Saturday, September 10, 2011

Kakitangan Imigresen Merungut Kebajikan Mereka Terabai...?




Awal pagi tadi saya sempat berbual-bual dengan rakan baik saya yang bertugas sebagai kakitangan Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar iaitu pintu masuk ke Singapura. 


Saya kenal sahabat saya ini lebih 10 tahun, malah beliau sekarang seorang yang berjawatan dalam Kesatuan Imigresen Johor. Bila terdapat rungutan daripada kakitangan awam ini, rasanya saya perlu ketengahkan agar masalah yang membelenggu kakitangan Imigresen diberi perhatian oleh pihak berkenaan terutama sekali Kementerian Dalam Negeri.

Dalam asyik berborak mengenai isu Mat Sabu, komunis dan isu politik tiba-tiba sahabat saya ini meluahkan sedikit permasalahan dan rasa terkilan beliau kerana kakitangan Imigresen dikatakan tidak mendapat perhatian sewajarnya jika dibandingkan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Walhal dari segi bidang tugas, mereka juga menjaga keselamatan negara sebagaimana pasukan Polis, cuma bidang kuasa mereka terhad berbanding dengan Polis yang berkuasa penuh. Beliau membangkitkan beberapa isu kepada saya terutama sekali mengenai kebajikan kakitangan Imigresen.

Katanya jawatan untuk L/Koperal bagi PDRM gajinya lebih tinggi berbandingTimbalan Penolong Pegawai Imigresen yang gaji mereka bermula pada KP27. (Kod Perjawatan)

Contoh Jabatan kerajaan yang lain yang melibatkan bidang penguatkuasaan, dimaklumkan bahawa tiada skim gaji yang bermula dengan KP27 sebaliknya bermula dengan KP29 contohnya SPRM bermula dengan skim gaji Gred29 begitu juga dengan Bomba.

Sekadar gambar hiasan
Secara mudahnya gaji kakitangan Imigresen pada ketika ini adalah lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan jabatan-jabatan penguatkuasaan yang lain.

Bila dengar rungutan mengenai skim gaji ini pada saya biasalah, namun ada lagi yang diluahkan selain anjakan skim gaji untuk kakitangan Imigresen. Mereka mengeluh kemudahan peralatan dan logistik untuk jabatan mereka juga tidak cukup jika hendak dibandingkan dengan PDRM.

Sehingga ada kes di mana kereta milik persendirian kakitangan Imigresen terpaksa digunakan untuk menghantar Orang Kena Tahan (OKT), tahun lepas dikatakan banyak kenderaan milik jabatan Imigresen rosak namun tidak dapat dibaiki. Maka terpaksalah mereka menggunakan kenderaan persendirian setiap kali ada OKT.

Tempat kursus bagi kakitangan Imigresen juga dikatakan terhad iaitu di Port Dickson untuk semua kakitangan Imigresen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Tidak cukup dengan itu, tahun lepas juga dilaporkan banyak pejabat Imigresen (terutama sekitar Johor) terpaksa mengumpulkan duit daripada kakitangan sendiri untuk membeli kertas A4 bagi kegunaan pejabat.

Yang paling menarik dan memalukan adalah (sebenarnya sahabat saya tak benarkan saya tulis hal ini) uniform bagi kegunaan kakitangan Imigresen dimaklumkan kepada saya ianya belum digazetkan dari dulu, menurut sahabat saya ini, bila uniform tidak digazetkan ianya menjadi tidak selaras dan boleh digunakan oleh jabatan-jabatan yang lain.

Itu antara beberapa rungutan daripada sahabat saya yang berjawatan dalam Kesatuan Imigresen Johor, namun disebalik rungutan beliau ada juga memaklumkan sudah ada beberapa peningkatan terhadap jabatan mereka antaranya peluang kenaikkan pangkat sudah sampai ke tahap KP48 berbanding dulu hanyalah KP38.

Mengambil kira kejayaan jabatan Imigresen dalam perlaksanaan program 6P tempoh hari, saya rasa wajarlah sekiranya pihak berkenaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri turun padang dan mendengar keluhan kakitangan Imigresen ini terutama yang bertugas di pintu-pintu masuk negara.

Setahu saya KPI untuk jabatan Imigresen berada pada tahap yang baik tetapi imej kakitangan Imigresen dikatakan tercalar kerana ada segolongan wartawan yang tidak berpuas-hati  atau bersikap anti Imigresen kerana tidak dapat keluar negara gara-gara gagal menjelaskan hutang PTPTN.

Hahaha... wartawan dari berita mana agaknya...?

Jeng...jeng....jeng...


YY : Jenguk-jenguklah kakitangan Imigresen ini... sekarang ini setiap rungutan kerajaan kena ambil berat bertepatan dengan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...



17 comments:

  1. Bukan Imigresen sahaja bro... Kakitangan Penjara pun perlukan perhatian.

    -warden-

    ReplyDelete
  2. Tepat sekali apa anda tulis tu Bro.Kami kerja di Bangunanan Sultan Iskandar yg gah namun kebajikan jabatan kami tidak gah seperti jabatan2 lain.Diharap Dato'Hisyam,Dato'Mahmood & Dato' Alias dapat turun padang menyiasat masalah kami terutama di Johor

    -ApTyco-

    ReplyDelete
  3. cam tau jer paper yg anti tu......

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana membuat entry ini. a[a yang anda catatkan di sini semuanya benar.

    ReplyDelete
  5. salam..

    berat telinga mendengar berat lg bahu kami pegawai yg memikul..bkn setakat penempatan kursus yg limited tetapi bajet juga limited...sepanjang tempoh berkursus induksi kami terpaksa keluar duit belanja sendiri utk membeli tshirt, seluar track suit serta kelengkapan yg lain...sedih bukan?

    kami terutama yg bertugas di BSI..setiap hari keluar bekerja kami terpaksa memikir kan keselamatan kereta yg terpaksa di parking di tepi jalan..risiko di saman, di pecah atau digesel dgn kenderaan lain yg lalu lalang kerana bangunan besar lg gah itu tidak menyediakan parking utk kakitangan..takkan lah kami nak mengeluar kan wang utk parking?gaji kami pun setakat cukup makan..

    kami bkn mahu banyak tp cukup sekadar kebajikan kami dijaga..

    ReplyDelete
  6. Rasanya semua kakitgn warga Imm, terasa kebajkan mmg terabai, lbih2 lg kepada yg bertugas di pos kawalan yg d pendalamn yg merentasi sungai dan jalan2 kayu balak....jauh dr perhubungan bandar....seperti d sarawak...alangkah brsyukurnya kami jika ada elaun hidup susah seperti yg d berikan oleh guru2 jauh d pendalaman...

    LB..

    ReplyDelete
  7. Rasanya mmg terasa terabai juga wrga Imm semua...bg kami yg brtugas d pos2 kawalan yg merentasi sg2 dan jaln2 kayu balak spt d srwak..lg la jauh dr bandar...tapi prbalnjaan bnyk kna kluar bila mau ke bandar...alangkah brsykurnya kami jika elaun hidup susah di berikan kepada sesetgh peg yg bertugas d tpt seperti ini, seperti gak ngan gru2 yg d tptkan d pendalaman...jenguk2 jga la kami d pendalamn ni..

    ReplyDelete
  8. Saya cuma membawa ke pengetahuan semua pihak, sejak artikel ini ditulis mmg saya sendiri terima byk emel aduan dan rungutan daripada kakitangan IMM.

    Mudahan dpt respon dari pihak berwajib.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas budi baik menyiarkan keluhan kakitangan imm...

    ReplyDelete
  10. kenape diorg nak marahkan imigresen kalo da sendiri da ader keje baya je la ptptn tue....kenapa nak salah kan imigresen plak????

    ReplyDelete
  11. BETOL APA YANG SAUDARA SEMUA CAKAP. PADA PENDAPAT SAYA SUDAH TIBA MASANYA KITA PANJANGKAN KELUHAN KITA KEPADA PIHAK YANG TERTINGGI.. TAKPUN KAT FACEBOOK JABATAN. BIAR ORG RAMAI TAHU BETAPA SADISNYA KEHIDUPAN KITA "PEGAWAI IMIGRESEN " INI. diharap saudara YY boleh bukak discussion table kat laman facebook jabatan imigresen. gerenti kiter semua follow..

    ReplyDelete
  12. balak dari allah,ada yang tak amanah

    ReplyDelete
  13. balak dari allah,ada yang tak amanah

    ReplyDelete
  14. kat BSI parking pun susah.. dahla living cost di johor makin tinngi gara2 singaporean. peniaga d cni lebih mengutamakan orang singapore. elaun sekarang dah tak padan dengan keadaan sekarang. elaun kerja shif pun tak ada. nak cuti pun susah.. apatah lagi kalau nak cuti sabtu ahad. bos mmg susah nak kasi. apa nak jadi daaaa............ :-(

    ReplyDelete
  15. kalau kp27 merungut....bagaimana pula dengan KP17?lebih banyak rungutannya..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-