Saturday, September 10, 2011

HOT : Exco PAS Kelantan Bergaya Dengan Kereta Mewah..?



Jika TG Nik Aziz menggunakan kereta jenis mercedes memang kita sedia maklum bahawa kereta tersebut adalah milik kerajaan. Namun agak aneh jika exco-exco PAS di Kelantan dilihat mula hidup mewah sehingga ada yang memiliki mercedes jenis S-Class.


Dalam gambar (atas) kereta jenis Mercedes no pendaftaran DAT 55 memang milik kerajaan dan digunapakai oleh TG Nik Aziz. Cuma DBB 55 yang di sebelahnya itu dimaklumkan milik kaum kerabat Nik Aziz.

Baca laporan kelatekito.net bahawa terdapat exco-exco Kelantan memilik kereta mewah selepas 21 tahun pemerintahan PAS.

KOTA BHARU - Mewah sungguh exco kerajaan Pas Kelantan kini apabila datang ke tempat kerja pun di Kota Darulnaim, ramai antara mereka menaiki Mercedes Benz. 
Bukan jenis kelas C, tapi jenis kelas S dan kita boleh tahu siapa empunya exco kerana terpampang tempat letak kereta di Kompleks Darulnaim jawatan ahli exco. 
Menurut seorang pengunjung yang datang meminta bantuan kerajaan negeri, berkata beliau tidak menyangka Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pun boleh ada dua Mercedes Benz di tempat letak keretanya. 
"Exco lain pun sama sekarang ni banyak sudah ada Mercedez Benz, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun pakai Mercedes baru, tiada lagi Mercedes lama dia. 
Semua sekarang ni dah jadi kaya sejak 21 tahun jadi kerajaan negeri.

"Tetapi peliknya rakyat tidak menikmati kemakmuran kekayaan exco Pas. Apa yang kita lihat setiap majlis Pas pasti ada tabung derma minta bantuan rakyat hulurkan sumbangan, exco pakai Mercedez baru-baru. Di mana rasionalnya itu. 
"Saya ajak rakyat pakat ramai-ramai datang ke Kota Darulnaim ini, Mari tengok orang Pas dah kaya dan tunjuk kaya, negeri banyak masalah lagi dengan isu bekalan air, bantuan orang miskin sedikit dengan beri beras sahaja, rampas tanah rakyat untuk ladang rakyat, projek pembangunan yang hendak dibuat tidak menjadi," katanya kepada kelatekito.net. 
Sekarang ni, katanya oleh kerana banyak wang ramai pula exco berpoligami dengan ada isteri yang tinggal jauh di Kuala Lumpur. 
"Maka exco terbabit kena berulang alik, jadi sempatkah mereka meneliti masalah rakyat?" ujarnya sambil tersenyum sinis. 
Di mana nilai zuhud dalam Pas, sedangkan menteri-menteri Barisan Nasional lebih elok apabila mereka menggunakan kenderaan rasmi mereka untuk bekerja mahupun merasmikan majlis menggunakan Proton Perdana V6. 
"Datuk Seri Mustapa Mohamed pun guna Perdana V6 hitam dia tu tidak kira apa majlis pun, tidak pula di menunjukkan kekayaan beliau. Siapa yang lebih Islamik dalam hal ini," katanya. 
-KELATEKITO.NET-

YY : Takdok zuhud mano la weii... tambah bini tu bendo wojib puak lebai malang ni kalu kayo sikit gak, silap hari  bulan bini org demo kebas supo Mat Sabu tu.... haha!

2 comments:

  1. brother, kereta kereta ni di pandu oleh manusia dan bila manusia ia mempunyai nafsu dan manusia dari parti mana punya keinginan utk berkereta besar dan bila ada duit lebih boleh lah beli apa apa pun kereta yg patut...jgn beli dgn duit haram sudah lah dan jgn sblm kita nk beli kita caci org lain yg dah beli ...

    sebab tu ustaz mat sabu beli kerusi roda je...ana nak selit skit...ana cukup kecik hati depa pilih mat sabu...ustaz yg dah ada tk mau pi sokong....dah makin byk sgt mat sabu buat tk betoi...

    tak pelah kwn kwn kita tunggu gelombang baru nanti..kwn kwn tk pyh lompat mcm katak...pangkah kat dlm hari tu tk laku tak pa nanti kita pakat pangkah lain kat luar.....

    ReplyDelete
  2. laaa itupun nak pelik ke..kesian orang kelantan dah kena kencing dengan puak pas selama 21 tahun.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-