Alhamdullilah, semua rakan-rakan bloggers di pihak kerajaan nampaknya telah berjaya membogelkan taktik yang cuba dimainkan oleh Malaysiakini dan beberapa bloggers Pakatan.
Terkial-kial Malaysiakini cuba membetulkan kembali laporan berita mereka dari semalam sehinggalah ke petang tadi.
Ini bukan perkara asing bagi portal berita pro-pembangkang.
Sudah banyak kali kita dapat tangkap gelagat mereka bila sudah kantoi mula 'edit' artikel malah HaprakahKah dahulu pernah turunkan artikel selepas hebat digasak bloggers.
Ini membuktikan bahawa golongan yang mengendalikan laporan berita di portal milik pembangkang langsung tiada kredibiliti dalam menyampaikan berita.
Dari baca portal mereka, baca majalah Mangga rasanya lebih bermanfaat. Hahaha...
Petang tadi saya dedahkan sedikit maklumat identiti Mismah sekitar jam 5.47 pm sebelum JPN mengeluarkan kenyataan rasminya melalui Ketua Pengarah JPN iaitu Datin Jariah Binti Mohd Said.
Baca kenyataan akhbar yang dikeluarkan JPN di SINI
Daripada komen-komen yang ditinggalkan di laman blog ini.
Kebanyakkan dari pembaca seolah-olah percaya bahawa wujudnya penglibatan 'orang dalam' yang mana mereka ini memiliki akses untuk masuk ke dalam sistem JPN atau pun SPR.
Banyak komen-komen yang boleh kita kupas bersama.
Antaranya dari Anonymous yang meninggalkan komen berikut :
"Pemegang Pemastautin Tetap boleh jadi Warganegara melalui kelulusan permohonan yg dibuat. Apabila dpt jd warganegara malaysia dia berhak mengundi. Yang pelik skrg nie, kat mane Malaysiakini dapat no ic misbah tue?... Dan semakan yg dibuat adakah dr data sistem JPN?..Kalu data selain dr sistem JPN xleh pakai/cth: semakan ic pemohon (website). Data sistem JPN adalah sulit!!!.. adakah k/tgn awam yg terlibat???.. nampaknya malaysiakini, k/tgn awam pun kena siasat sbb takut masing2 kena tipu nie...bala...balaa..."
Lagi komen menarik :
"JPN kena siasat secara menyeluruh, bukan semua kakitangan JPN Pro-Kerajaan, mereka-mereka inilah yang mencacatkan sistem DEMOKRASI yang ada. Ambil tindakan sewajarnya ke atas mereka-mereka ini yang tak amanah ini, SISTEM DATABASE JPN adalah SULIT kalau begini caranya, alamatnya NEGARA boleh tergadai."
Saya juga memikirkan perkara yang sama.
Bagaimana Malaysiakini dan Unit IT PAS Titiwangsa mampu memasukkan setiap nombor IC yang mana memang tepat IC tersebut dimiliki oleh pemilik kad pengenalan merah atau PR?
Malaysiakini memberikan waktu yang tepat iaitu selepas 4 jam mereka memeriksa nombor yang sama IC tersebut bertukar dari MyPR kepada MyKad.
Seolah-olah mereka sudah dimaklumkan bahawa waktu itu proses kad pengenalan biru sudah siap dan sistem JPN dikemaskini?
Yang anehnya, setiap nombor yang mereka periksa semuanya adalah nombor kad pengenalan merah (MyPR)?
Bro Jinggo dah buktikan bahawa screen shot begini boleh dibuat melalui photshop, malah jika dibuat betul-betul lebih daripada photoshop ini kami mampu hasilkan.
Gambar di atas kita buat sekadar untuk menunjukkan contoh bahawa print screen begini boleh direkayasa oleh sesiapa pun.
Kesimpulannya saudara pembaca yang budiman, selepas kantoi satu isu. Isu MyPR ke MyKAD adalah satu lagi percubaan mereka untuk menyerang kerajaan BN. Setelah kegagalan dalam isu cincin RM24 Juta, Suhardi Mat Isa, drama Mat Sabu dan drama Anwar Ibrahim guna pendakap leher.
Semua permainan yang kononnya licik bagi pihak mereka gerakkan semuanya telah gagal secara total!!!
Mengimbas memori kegagalan Malaysiakini dan bloggers pembangkang :
KLIK SINI ,
SINI
Akhir sekali ketiga pemimpin pembangkang rupanya bekas pemilik IC Merah SINI
Kesian Mismah... mungkin tersedak-sedak beliau berbuka hari ini.
YY : Esok cerita pasal 6P yang tergendala gara-gara Mismah.... gapo dio 6P tu??
parpukari cedok artikel hangpa semua.. dia clim dia yg buat pendedahan....
ReplyDeletemuka tak malu parpukari ni! tuuiiii...
tukar saja nama malaysiakini jd fitnahkini...
ReplyDeleteTakpelah Bron J...
ReplyDeleteAsalkan ia berguna untuk serang PR... :)
up gua nampak hahaha tq bros... sama2 kita layak blogger pakatan haram jadah!
ReplyDeleteNice issue...
ReplyDeleteTak lupa,tq very2 much bro...Di atas kesudian link blog sya di Double-Y. Segalanya amat di hargai...Salam Ramadhan untuk u sekeluarga juga...
aku pun fikir ini mesti penyokong pembangkang yg nak sabotaj kerajaan. maklumla, yg sering kita dengar, penyokong2 pembangkang ni la yg kuat makan rasuah. takde kesetiaan dan keikhlasan bekerja. so senang je kena suap!!!
ReplyDeletePOWER LARR KO BRO!!! AKU PEMINAT BARU!!! TERUSKAN PERJUANGAN!!
ReplyDeleteTerima kasih Jerric,
ReplyDeleteNak autograf tak? Hahaha.. jom sama-sama lanyak Pakatan Riot bro!!!
Lepas ic hijau Mykas ic merah mypr lh pulak jd mangsa pembangkang nyata sgt dahagakan kuasa
ReplyDeleteSepatutnya pihak pembangkang menjadikan isu kad pengenalan hijau mykas kenapa diberikan kepada org lahir dlm negara sedangkn MYpr org kelahiran luar negara diberi status lebih baik dri mykas
ReplyDelete