Tuesday, August 23, 2011

KDN Jangan Main Timbang-Timbang...

Hiasan artikel

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikatakan sedang menimbang keputusan sama ada ingin mengenakan tindakan undang-undang terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung mewujudkan 'skrip bersumpah' palsu yang disiarkan dalam berita penipu Suara Keldaian. Di bawah adalah contoh 'skrip sumpah' yang dikatakan digunakan oleh kerajaan untuk mendaftarkan PATI di bawah program 6P sebagai warganegara Malaysia dan pengundi yang sah.



Selain Zuraida Kamaruddin, blogger MiloSuam juga menyiarkan dan memainkan fitnah yang sama dalam laman blognya. Jadi adalah lebih wajar sekirannya diheret sekali blogger tersebut kerana sehingga ke hari ini beliau dan Zuraida Kamaruddin gagal membuat sebarang laporan berhubung dakwaan 'skrip sumpah' yang didakwa mereka.

Petikan artikel MiloSuam

Bagi saya KDN tidak perlu lagi bermain dengan sebarang 'penimbang', apa yang dinyatakan oleh Zuraida Kamaruddin sudah jelas berniat menghasut serta memfitnah satu program anjuran KDN iaitu program 6P tanpa sebarang bukti. Tujuan mereka mewujudkan dakwaan ini adalah demi memburuk-burukkan agensi kerajaan seperti KDN dan Imigresen.

KDN dilaporkan sedang memperincikan 3 langkah yang akan dikenakan kepada Zuraida Kamaruddin melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis atau mengemukakan saman terhadap beliau.

Namun KDN satu perkara saya ingin tegaskan di sini, jangan sekadar mengeluarkan kenyataan di media. KDN mesti mengambil salah satu tindakan sama ada ingin melaporkan kepada Polis, SPRM ataupun menyaman sahaja Zuraida Kamaruddin.

Ini demi membuktikan bahawa KDN sentiasa betul, amanah dalam mengendalikan sebarang program. Tuduhan yang dibuat oleh Zuraida Kamaruddin bagi saya merupakan satu tuduhan yang serius. Persepsi masyarakat terhadap KDN telah hancur setelah dilemparkan pelbagai tohmahan baik dalam kes yang melibatkan Polis, JPN dan pelbagai agensi yang berada di bawah KDN.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang menyokong kuat setiap tindakan KDN, secara jujurnya saya ingin nyatakan di sini bahawa tolong ambil tindakan terhadap Zuraida Kamaruddin demi membersihkan nama baik KDN.

Malah jika KDN tidak mengenakan tindakan ke atas Zuraida Kamaruddin selepas mengeluarkan kenyataan dalam Utusan Malaysia. Percayalah kata saya bahawa KDN akan dilihat sebagai sebuah kementerian yang hanya 'cakap kosong', malah tidak keterlaluan juga mungkin akan dilabelkan sebagai takut untuk mengambil tindakan kerana ada benda yang tidak betul cuba disorokkkan.

Sekaligus membuktikan dakwaan kosong Zuraida Kamaruddin dianggap benar oleh rakyat Malaysia walaupun pada hakikatnya ianya merupakan fitnah jahat ke atas KDN.

Jadi saya menyeru supaya KDN silalah bertindak untuk kali ini, paling tidak pun saman malu perlu dikemukakan oleh KDN ke atas Zuraida Kamaruddin tidak perlulah bermain dengan mesin 'penimbang', timbang-timbang, ada kes dan kita di pihak yang benar heret sahaja 'hantu betina' ini ke mahkamah!!!

Dari Utusan Malaysia :

PUTRAJAYA 22 Ogos – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bakal berdepan dengan tiga tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya wujud ‘skrip bersumpah’ yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.
Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini Zuraidah masih gagal membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya itu.
‘‘Justeru, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.
‘‘KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekali gus dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zuraidah, katanya, menuduh inisiatif kerajaan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.
Minggu lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.
Pada skrip itu katanya, tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa beliau sebagai diperoleh daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekali gus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

YY : Sila buktikan setiap kata-kata, kalau tidak mahu bertindak usahlah keluarkan kenyataan media...!


4 comments:

  1. Saya rasa perkara ini perlu diambil tindakan SEGRA...bukan perlu dipertimbang kerana semua orang sedia maklum bahawa KDN merupakan salah satu kementerian yang bertanggungjawab dalam menjaga keamanan negara. Pemalsuan dokumen merupakan salah satu kesalahan yang serious.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. KDN patut heret hantu lampir sekali ni. Kalau tidak rakyat tengok KDN pandai bg kenyataan media tp tindakan tak ada.

    Talking cock mat saleh cakap.

    ReplyDelete
  4. - jebat derhaka -

    apsal lembik sgt KDN ni? mcm2 fitnah dh dilempar tp masih dok buat ngokkkk juga. makin mlampau la si pembuat fitnah tu.
    ni dlm malaysia insider ada lak artikel kata malaysia salah guna kuasa. ambik refugee yg muslim & sokong BN je sbg pertukaran dgn australia. apa ni? dah sah2 maruah negara MALAYSIA dicalarkan oleh mangkuk2 ayun tu dgn sekutu australianya. KDN masih nk diam juga? mmg bengong la KDN ni.!!!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-