Tuesday, August 23, 2011

Dan Kini... Bau Sungai Buloh Semakin Menghampiri Anu-war



Sebelum ini kebanyakkan blogger mengemukakan bahawa Anu-war hanya mempunyai 3 pilihan dalam perbicaraannya semalam sebelum bersambung pagi tadi.

3 pilihan tersebut adalah :
  1. Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi(ada kredibiliti, disoal balas DPP)
  2. Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak disoal balas DPP)
  3. Berdiam diri ( terus jatuh hukuman)
Dalam 3 pilihan ini nampaknya Anu-war memilih untuk memberi keterangan secara tidak bersumpah dari kandang bersalah, Anu-war dilaporkan memberi ceramah dari kandang saksi. Membebel mengatakan dirinya tidak meliwat tapi gagal menjawab bagaimana kehadiran air mani beliau di dalam dubur Saiful.

Selepas membebel 2 jam dalam kandang yang tidak memerlukannya bersumpah, Anu-war dikatakan memberi ceramah mengenai isu politik semasa dan langsung tiada kena mengena dengan kes Liwat II yang dihadapinya sekarang. Ini orang nampaknya sudah 'gila' dek kerana sumpahan rakyat Malaysia yang inginkan kebenaran.

Dalam video di atas Anu-war bijak mengelak dengan mengatakan dia memberi keterangan dari kandang, tetapi tidak dinyatakan secara spesifik kandang yang mana dipilih olehnya kerana bimbang kredibilitinya akan hilang jika menyatakan dia memilih untuk memberi keterangan dalam kadang salah.

Konspirasi..konspirator adalah alasan dari dulu lagi, tapi sehingga kini rakyat dapat menilai bagaimana takutnya Anu-war berhadapan dengan kes Liwat II sehingga hampir 67 kali menangguhkan perbicaraan. Apa yang dapat dinilai dari perbicaraan semalam adalah Anu-war sudah dapat menghidu aroma River Buloh Inn yang akan menjadi 'hotel' penginapannya tidak lama lagi.

Ikuti live bersama TheUnspinners KLIK untuk perbicaraan hari ini.


YY : Pusing sana..pusing sini buat mahkamah sendirilah Nuar oiii!


No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-