Saturday, August 20, 2011

HOT : Makcik Bedah Nak Saman PR Kerana Dirinya Difitnah?


Apa dosa makcik Bedah kita ini sehingga nama beliau diheret ke kancah permainan politik bangang pembangkang?

Pembangkang yang majoriti diwakili oleh wakil rakyat yang dungu walaupun berkelulusan tinggi masih lagi menjalankan misi kononnya wujud pengundi hantu dan hantu keluar mengundi. Isu #mismahgate telah membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat pembangkang semuanya bohong dan dusta belaka.

Kini #bedahgate pula diwujudkan demi menyakinkan penyokong bodoh mereka bahawa SPR dan JPN merupakan alat kerajaan. Tapi dengan izin Allah SWT satu-satu pembohongan mereka digagalkan, individu yang didakwa sebagai pengundi hantu mula tampil menafikan dakwaan yang dibuat ke atas mereka.

 Apa kata Makcik Bedah diatas fitnah yang dibuat ke atas dirinya oleh pembangkang?

“Ya Allah, sampai hati depa gunakan nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadan.”

Demikian luahan kekesalan seorang daripada dua Besah binti Mat (450713-09-5010) ketika ditemui di Taman Gasing, Jejawi Batas, di sini semalam dalam misi menjejak kebenaran susulan dakwaan Pemuda Pas bahawa berlaku penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu yang masing-masing didakwa memiliki dua kad pengenalan.

Sebelum ini melaporkan kecurigaan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaiza Kaiat apabila mendapati dua individu bernama sama dengan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir didaftarkan sebagai pengundi di tempat berbeza.

Masih tergamam apabila Sinar Harian memaklumkan nama dan maklumat peribadinya didedahkan dalam akhbar, Besah mengakui tidak menyangka dirinya didakwa mengundi dua kali di tempat berasingan.

Menurutnya, dia hanya mengundi di Alor Lanchang, di sini bersama suaminya, Meh @ Bahari Yaakob, 73, pada setiap pilihan raya dan tidak pernah menukar daerah mengundi.

“Saya berasal dari Bohor Mempelam, Arau sebelum berpindah ke Jejawi Alor Lanchang setelah berkahwin pada usia 16 tahun.

“Kami sekeluarga tidak pernah berpindah keluar dari kawasan Jejawi Batas dan sekiranya saya didakwa mengundi dua kali di kawasan lain, itu bohong,” katanya.

Agaknya Badrol Amin si Ustaz Setan dapat taraf warganegara melalui jalan depan ke jalan belakang? Pi mai pi mai dok kata kerajaan import pengundi hantu, rupanya kalangan pemimpin mereka sendiri kebanyakkan mereka tidak dilahirkan di Malaysia. Wan Azizah, Saifuddin Nasution, Zuraida Mat Lampir dan terbaru Badrol Amin si nafsu setan pun rupanya Indon mari. KLIK SINI...

Tahniah kepada Sinar Harian yang menjejak dan mendedahkan kebenaran!

Imbas kembali kegagalan #mismahgate oleh Malaysiakini KLIK SINI dan saya berjaya mendedahkan status warganegara Mismah pada hari yang sama Klik DI SINI


YY : Kes pengundi hantu ini adalah senjata untuk salahkan kerajaan jika mereka bungkus dalam PRU13 kelak... tunggu dan lihat!


No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-