Wednesday, August 3, 2011
Enam Aktivis PSM di Dakwa Hari Ini Atas Kesalahan Miliki Bahan Subversif
Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat yang baru beberapa hari dibebaskan akan didakwa hari ini di mahkamah Butterworth.
Mereka akan didakwa atas kesalahan memiliki bahan subversif.
Nampaknya hajat kumpulan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) tercapai. Sebelum ini mereka mendesak kerajaan pimpinan Najib Tun Razak mendakwa enam tahanan PSM ini dimahkamah jika benar mereka memiliki bahan yang bersifat subversif.
Tahniah PROHAM kerajaan tunaikan hasrat kumpulan anda. Hahaha...
Kenyataan penuh kumpulan PROHAM ini boleh dibaca di S.I.N.I
Rujuk balik artikel Kenyataan Dato Hishamuddin Tun Hussein
Dah banyak kali beritahu, walaupun mereka dibebaskan tidak semestinya penyiasatan ke atas mereka turut dihentikan serta-merta.
Polis pun dalam kenyataan mereka menegaskan bahawa siasatan ke atas keenam-enam anggota PSM ini tetap diteruskan kerana pihak polis masih mempercayai bahawa ancaman untuk cuba meghidupkan semula fahaman komunis tetap wujud walaupun mereka dibebaskan tempoh hari.
Hasilnya mereka '6 jahanam' bakal didakwa di mahkamah sebagaimana yang diinginkan pihak mereka.
Good luck Jeyakumar komunis!!!
YY : Ada yang melompat pasal kod negara kelahiran Mismah, rileks bulan puasa tak baik mencarut... saya hanya belaja 'spin' dari Malaysiakini....Hahaha.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-