Friday, July 29, 2011

Eksklusif : Video Pendirian Dato Saifuddin Abdullah Terhadap Bersih 2.0



Selepas saya menulis surat terbuka kepada Dato Saifuddin Abdullah yang disiarkan di laman blog ini. KLIK SINI...

Dato Saifuddin Abdullah segera memberi respon di laman twitter dengan mengajak saya berjumpa bagi menyuarakan maksud sebenar beliau disebalik kenyataan yang dikeluarkan di dalam forum anjuran Sinar Harian berjudul 'Apa Selepas 9 Julai'.

Dengan takdir Allah S.W.T saya diizinkan berjumpa dengan beliau secara tidak dirancang dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Putrajaya semalam. Melihat beliau dalam keadaan santai lalu saya mendekati beliau dan bertindak memperkenalkan diri saya.

Alhamdullilah beliau seorang yang mesra, tidak sombong dan boleh dikatakan memiliki 'jiwa muda' Hahaha...

Tujuan saya adalah untuk membetulkan segala presepsi yang timbul terhadap beliau yang mana saya melihat ramai blogger pro kerajaan menggangap beliau cenderung kepada pembangkang termasuklah saya sendiri.

Malah disebabkan pendirian yang tidak jelas kenyataan beliau disalah-tafsir oleh blogger pro pembangkang kononnya Dato Saifuddin Abdullah menyokong semua tindakan yang Bersih 2.0 lakukan.

Video (atas) merupakan pendirian SEBENAR Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berhubung kenyataan beliau yang dilihat menyokong demontrasi Bersih 2.0

Ungkapan paling memuaskan hati saya yang diluahkan sendiri oleh beliau kepada kami  adalah "SAYA TETAP UMNO"....

Selebihnya terpulang kepada saudara pembaca untuk menilainya, saya punya persoalan Dato Saifuddin Abdullah sudah jawab jadi sebagai orang Islam kita perlu bersangka baik...




YY : Terima kasih Dato Saifuddin kerana sudi menerima 'terjahan' kamera cap ayam kami.... hehehe..

8 comments:

  1. hebat jgk lu bro... secara jujur kenyataan video begini barulah dpt memberikan gambaran sebenar bhubung kenyataan seseorang...

    takde la dok blur lg... mungkin Saifuddin ada cara dia sendiri kut..

    ReplyDelete
  2. Hari tu dia kata 'bersih adalah satu program dan saya sokong bersih' dan semua orang tepuk tangan. Masa tu tak pulak dia kata 'saya sokong sekiranya bersih buat perhimpunan aman'.

    Yang mana satu nie....cakap tukar2 ni susah lah...

    ReplyDelete
  3. Kenyataan beliau dalam majlis tu tak lengkap saya tidak nafikan... sebab tu cuba dptkan kenyataan dgn tulis surat terbuka tu...

    Alhamdullilah dia respon.. so kita bersangka baik. Sy pegang kenyataan akhir yg diberikan di hadapan sy sebagaimana anda saksikan dlm video...

    ReplyDelete
  4. 'Saya tetap UMNO' itu yg bgus..beliau tidak berbohong ttg isu dan beliau jujur dlm memberi kenyataan..mungkin beliau membawa pendekatan baru..pemimpin yg matang dalm demokrasi..tahniah!.

    ReplyDelete
  5. Aku terbaca kt satu blog tadi dia cakap jangan percaya sangat dengan Saifuddin ni.

    Tapi siapalah kita untuk menilai isi hati orang. Cakap lebih2 nanti jatuh fitnah pulak.

    Hormati la dia punya style intelektual style mcm ni kut.

    ReplyDelete
  6. kita kena hormati pandangan orang lain walaupun sedikit berbeza dengan kehendak kita... apa yang penting selagi seseorang itu tidak bersama pembangkang sudah... paling tidak bersama kita jika pun bukan atas pagar...

    marilah kita sahabat-sahabat yang menyokong kerajaan, kita tentang dan hentam pembangkang habis-habisan...

    Kulaan : aur berparantakan kaepak handak bagawik...

    ReplyDelete
  7. Saya pasti sebelum Dato Saifuddin dicalonkan bertanding parlimen Temerloh pihak MT UMNO telah meneliti political standing beliau. Saya yakin beliau tidak menyokong dan tidak akan menyokong pakatan pembangkang. Cuma pendekatan beliau radikal & berbeza dgn pemimpin-pemimpin UMNO yg dahulu. Mungkin hasil dari pengalaman sebagai presiden MBM. Beliau a straight forward person, putih tetap putih, hitam tetap hitam tiada kelabu. Beliau memecat 2 orang pegawainya dari UMNO Bahagian Temerloh yg juga merupakan orang kuat beliau di bahagian atas alasan yg hanya mereka sahaja yg tahu, tanpa mementingkan consequence sokongan ahli-ahli UMNO di bahagian. Pemimpin sebegini tidak pentingkan perebutan jawatan di bahagian sebaliknya rakyat didahulukan. Inilah pemimpin era baru UMNO. Salah seorang dari mereka berterusan "mengerjakan" beliau di laman fb UMNO Temerloh. Satu lagi contoh ketelusan pendirian beliau ialah menyokong tindakan yg diambil oleh Pemuda UMNO Temerloh melakukan demonstrasi aman membantah penjualan tanah oleh Majlis Perbandaran Temerloh yg mengakibatkan peniaga-peniaga gerai melayu terpaksa berpindah ke kawasan yg tidak strategik. Rakyat didahulukan. Salam.

    ReplyDelete
  8. yeahhhh~!saya tetap UMNO!! syabas datuk!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-