Friday, January 21, 2011

TERKINI : ADUN Selinsing Bakal Letak Jawatan?

Berita yang baru diterima daripada Pasir Puteh Kelantan mengatakan bahawa Adun Selinsing Drs. Saiful Bahrin bakal letak jawatan.

Saya dimaklumkan bahawa Ketua PAS Cawangan berkenaan mendesak Adun Selinsing letak jawatannya ekoran skandal tuduhan zina bersama isteri orang heboh diperkatakan.

Sebelum ini blogger Papa Gomo mendedahkan bahawa ada kes dimana seorang Adun ditangkap oleh Ustaz Saidi di atas gerabak keretapi dalam keadaan hanya berseluar dalam, manakala pasangannya bertuala merah.

Umum sedia maklum sehingga ke hari ini, langsung tiada tindakan undang-undang yang diambil oleh Adun Selinsing Drs. Saiful Bahrin berhubung pendedahan yang dibuat oleh blogger berkenaan.

Ada puak Pakatan Haram tuduh blogger BN sengaja fitnah, walhal kita ada saksi, dan saksi sendiri menunggu untuk dikenakan tindakan undang-undang jika beliau berniat melakukan fitnah ke atas Adun berkenaan.

Jika benar Ketua PAS Cawangan berkenaan mendesak Adun Selinsing letak jawatan, ini bermakna blogger BN di pihak yang benar.

Nampaknya tahun 2011 dimulakan dengan demam Pilihanraya Kecil!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-