Friday, January 21, 2011

Ada Pemimpin PKR Bakal Melompat Masuk Kompenen BN?

Ada sumber saya memaklumkan kepada saya sebentar tadi, bahawa ada MP dari Pakatan Rakyat sekarang ini tengah mengadakan perbincangan atau 'deal' dengan pemimpin parti kompenen BN.

Perbincangan ini dipercayai dilakukan oleh MP yang bermasalah dalam partinya sekarang ini demi survival politiknya. Umum sedia maklum bahawa ada seorang MP dari Pakatan Rakyat dikatakan mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan parti berkenaan.

Jadi untuk menyelamatkan karier politiknya, MP ini dikatakan mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti kompenen BN untuk melompat masuk ke dalam salah sebuah parti kompenen BN selepas Tahun Baru Cina ini.

Nampaknya berita ini merupakan satu 'tamparan' buat Anwar Ibrahim yang berangan-angan untuk menuju ke Putrajaya. Kita sedia maklum bahawa sebelum ini telah ramai MP dari Pakatan Rakyat yang bertindak keluar parti dan menjadi MP Bebas.

Sudahlah tidak dibenarkan berkempen di PRK Tenang, tiba-tiba MP mereka pula bakal berpaling tadah, nampaknya Anwar Ibrahim sekarang betul-betul tidak Tenang.

Sehingga ke saat ini kita ada 4 orang MP Pakatan Rakyat yang bertindak keluar parti ada menjadi Bebas dan menyokong BN. Itu belum dicampur dengan Adun Pakatan yang mengambil tindakan sama dengan MP-MP berkenaan.

Di sini saya senaraikan senarai MP yang telah pun insaf dan sedar akan pembohongan Anwar Ibrahim :

1) YB Zahrain Mohd Hashim (MP Bayan Baru)
2) YB Zulkifli Nordin (MP Bandar Baru Kulim)
3) YB Tan Tee Beng (MP Nibong Tebal)
4) YB Mohd Fadzli Samsuri (MP Bagan Serai)

Tidak cukup dengan 4 orang MP ini, nampaknya selepas Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat bakal kehilangan seorang lagi MP mereka.

Cuma kita hendak ingatkan pemimpin kompenen BN supaya menapis dengan teliti jika ada MP dari Pakatan Rakyat hendak cuba melompat masuk ke dalam parti kompenen BN.

Kenapa saya cakap kena tapis terlebih dahulu sebelum kita menerima mereka? Lihat sahajalah kegagalan Adun PKR yang telah melompat masuk ke dalam UMNO. Iaitu YB Badrul Hisham Adun Pelabuhan Klang.

YB Badrul Hisham ini pada awalnya masuk UMNO kononnya untuk menyatukan orang Melayu di Selangor, beliau bertindak menghantar sendiri borang permohonan masuk UMNO kepada YAB DS Najib di Janda Baik pada 30 April 2010.

Ketika mula-mula serah borang beliau berkata tindakannya melompat keluar daripada PKR adalah demi rakyat Pelabuhan Klang dan ingin bersama-sama pemimpin parti UMNO Selangor memantapkan lagi pasukan UMNO di Selangor.

Tapi selepas masuk UMNO, beliau ternyata masih gagal memperjuangkan nasib penduduk Pelabuhan Klang. Setelah Speaker Dewan Negeri Selangor umumkan kerusi yang dimiliki beliau kosong, baru beliau muncul mengatakan beliau sakit dan sebagainya. Barulah kita tahu yang YB Badrul Hisham ini rupanya sudah 6 bulan tidak hadir ke Sidang Dewan. Sakit apa agaknya sampai 6 bulan berubat tidak sembuh-sembuh? Ada laporan rasmi dari Hospital atau mana-mana bomoh?

Kita bukan apa, cuma tidak mahu parti keramat yang kita sayang, yang kita perjuangkan seringkali menerima dan menanggung 'biawak hidup'.

Sama juga dengan kes MP Pakatan Rakyat yang dikatakan akan melompat parti ini, bagi saya tidak salah rasanya jika pemimpin parti kompenen BN, meneliti terlebih dahulu sebelum menyambut dan menerima mereka sebagai ahli parti.

Siapa MP Pakatan Rakyat yang hendak keluar selepas Tahun Baru Cina ini? Tunggu dan lihat sajalah. Tak 'suprise' kalau saya dedahkan sekarang. Tapi Anwar Ibrahim dengan juak-juak dalam Pakatan Rakyat bakal 'terduduk' sekejap dengan berita ini khabarnya.

Sekarang para sahabat semuanya sudah berkampung di Tenang, Alhamdullilah jentera BN sekarang semuanya mantap-mantap dari segi persiapan.

Siapa sahaja calon BN di Tenang, kita pasukan cyber-tegar BN akan cuba sedaya upaya untuk berkempen bagi beliau demi memastikan kerusi DUN Tenang kekal milik BARISAN NASIONAL. 

Selamat berjuang untuk semua sahabat saya di Tenang!


BN Menang.. Rakyat Senang!

2 comments:

  1. Tak kan la Saifudin Nasution kut...????!!! Tak sabor nak tunggu....

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-