Sunday, December 12, 2010

WAJIB BACA! : Bukan Anwar dan Azmin Sahaja, PAS Juga Harus Bertaubat..??

Nampaknya selepas tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke-12, rakyat selalu disogok dengan politik taubat dan sumpah. Setiap perkara yang tidak betul pemimpin politik digesa bertaubat paling tidak pun akan digesa bersumpah di dalam masjid. Namun yang menyedihkan selepas seseorang bersumpah, muncul pula 'fatwa-fatwa' baru yang mengatakan sumpah itu tidak mengikut cara Islam, sumpah sebetulnya begini dan begitu. Bermacam versi sumpah kita akan dengar daripada mulut-mulut mereka yang 'tinggi' ilmu agamanya.

Jika pembaca selalu memerhati situasi politik Malaysia selepas kemenangan 'kecil' Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-12, dapat dilihat suasana yang boleh dikatakan keterlaluan serta tidak aman, dan terlampau radikal. Sehinggakan tindak-tanduk mereka kadangkala mendatangkan kemurkaan Raja-Raja Melayu.

Kali ini saya tertarik bila melihat gelagat pemimpin pembangkang digesa bertaubat, jika pada tahun 2009 tidak silap saya, kita pernah mendengar pemimpin dari kalangan mereka sendiri menggesa supaya pucuk pimpinan mereka segera bertaubat. Malah yang bertindak memberi cadangan supaya bertaubat itu bukanlah datangnya daripada pemimpin Islam. Ini saya merujuk kepada kenyataan Karpal Singh yang menyeru Anwar Ibrahim de factor Leader PKR supaya bertaubat berikutan memperkenalkan budaya 'lompat parti' yang dipercayai menjadi faktor utama tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Selepas seruan taubat dibuat oleh Karpal Singh, kita dikhabarkan dengan satu lagi gesaan supaya Anwar Ibrahim bertaubat, gesaan ini dibuat pula oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dimana saya lebih gemar menggunakan istilah Anak Muda Keliru (AMK). Di mana AMK PKR Cabang Bayan Baru meminta supaya Anwar Ibrahim bertaubat dan berundur daripada memimpin PKR serta menggunakan parti itu untuk kepentingan peribadi.

Hari ini seorang lagi pemimpin PKR digesa bertaubat ialah Azmin Ali, malah yang menyeru supaya Azmin bertaubat ialah adik beliau sendiri Umi Hafilda Ali. Umi Hafilda merayu supaya abangnya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan daripada terus menipu rakyat Malaysia.



                             











Memetik kata-kata Umi Hafilda Ali kepada abangnya seperti berikut :


‘Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat’.

Bagi saya bukan Anwar dan Azmin sahaja yang harus bertaubat, PAS juga harus dan perlu segera bertaubat di atas segala kekeliruan umat Islam yang ada di Malaysia pada hari ini. Kenapa saya menyeru supaya semua pemimpin-pemimpin PAS serta pengikutnya bertaubat?


Mereka perlu bertaubat kerana sering mengeluarkan bermacam 'fatwa' sehinggakan ianya menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam. Mari kita imbas amanat-amanat serta 'fatwa' yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS dari dulu hingga kini. Saya hanya memetik beberapa amanat sahaja, kerana jika hendak dipetik semua amanat, alamatnya berjela-jelalah artikel saya. Sila teliti amanat yang dibuat oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang di bawah :

1- Saudara-saudara sekalian,Percayalah ! kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang Barisan Nasional,bukan kerana nama Barisan Nasional.Kita menentang dia kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah,mengekalkan peraturan kafir,mengekalkan peraturan jahiliah".

2-  Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.Percayalah saudara,perjuangan kita adalah jihad,ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini,mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

3- Kita tidak payah masuk Yahudi,kita tidak payah masuk Kristian,kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha,tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik agama suku.

'Fatwa-fatwa' di atas sudah cukup menggelirukan umat Islam di Malaysia serta berlakunya perpecahan sehinggakan saya dikhabarkan ada sesetengah masjid berjemaah melibatkan dua imam, imam UMNO lain, imam PAS lain. Ada juga cerita dimana imam yang berfahaman UMNO dipulaukan oleh para jemaah. Serta sembelihan orang UMNO haram dimakan. Aduh.. siapa yang akan menjawab semua ini bila kita mati kelak?

Oleh sebab itu, saya menyeru pemimpin-pemimpin PAS serta para pengikutnya supaya bertaubatlah, jangan terus menerus mengelirukan umat Islam Malaysia dengan agenda politik sempit. Kita semua tahu, perjuangkan PAS sekarang bukan lagi untuk menegakkan syiar Islam sebaliknya lebih menjurus kepada dendam kesumat ingin melihat tersungkurnya UMNO/BN.


Akhir kata.. "PAS JUGA HARUS BERTAUBAT!"


No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-