KUALA LUMPUR, 12 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim  menggunakan Twitter pagi  ini untuk mengetepikan pendedahan WikiLeaks  bahawa perisikan Australia  percaya beliau terlibat dalam kes liwat  keduanya, dengan mengatakan  sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB)  Polis Diraja Malaysia. 
 
Ketua Pembangkang ini tidak membalas panggilan telefon The Malaysian Insider   untuk mengulas laporan akhbar Australia, The Sun-Herald tetapi   memberikan respons menerusi akaun Twitter apabila ditanya oleh beberapa   pengikutnya. “Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada,” kata Anwar.
  
Dalam respons terdahulu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, “sumber? SB Malaysia ha ha.”
  Pendedahan  WikiLeaks mendominasi aliran mesej Twitter di Malaysia  hari ini dengan  ahli-ahli politik dari Barisan Nasional (BN) dan  pengikutnya  memberikan respons ke atas pendedahan terbaru ini.
  
“Ia  satu perangkap, ia seolah-olah (perangkap) tetapi sasaran pula  tidak  dapat mengelak umpan...,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk  Ti  Lian Ker dalam mesej Twitternya.
  
Terdahulu, The Malaysia Insider  melaporkan, tuduhan liwat  kedua ke atas Anwar, yang sedang didengar  sekarang, didakwa sebagai  hasil kerja “perangkap” membabitkan ahli-ahli  politik yang memusuhinya.
  
  
Menurut  laporan The Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan  Negara  Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura   memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat   dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau   menafikan sama sekali. 
“Jabatan  Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa  kelakuakn itu  adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Encik Anwar,”  lapor akhbar  itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan  Sydney Morning  Herald.
  
Baca Selanjutnya di  Tranungkite Online 
Double Y : Memang sudah agak, setiap kali pendedahan dibuat, ada sahaja pihak lain yang akan dipersalahkan. Totok PR taknak berdemo ke? Anwar taknak saman ke? Kena 'check mate' dah Anwar berundur ajelah Nuar oii!!

No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-