Friday, December 17, 2010

Wahai PAS Surau Al-Hidayah di Rawang Akan di Robohkan! Tak Mahu Berdemo Ke?

Kata orang-orang tua, hidup ibarat roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah, cuma kita jangan menjadi roda, adalah elok jika kita bertindak sebagai pemandu yang mengemudi arah tuju roda tersebut.

Begitulah juga dalam perjalanan politik di Malaysia, hari ini kita kata orang, esok lusa orang akan memulangkan kembali apa yang kita perkatakan tepat ke atas batang hidung kita. Saya mendapat pesanan BBM daripada saudara Armand yang mengatakan beliau dihubungi oleh penduduk setempat bahawa surau Al-Hidayah akan dirobohkan oleh kerajaan negeri Selangor pada hari ahad ini.

Bila saya disampaikan pesanan begini saya teringat akan satu kes di Kg.Bujal yang terletak di negeri Terengganu. Masih ingatkah saudara pembaca dengan peristiwa yang berlaku pada 26 Mei 2005? Jika lupa pergi ke yotube dan taip saja 'surau kg.bujal'. Maka akan keluarkan rakaman yang menunjukkan kononnya kerajaan Barisan Nasional kejam kerana bertindak merobohkan surau tersebut.

Dalam kes Surau Kg.Bujal banyak permainan fitnah dibuat oleh PAS untuk menggambarkan bahawa kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang pada waktu itu dipimpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh adalah kerajaan yang kejam. Malah mereka mengatakan bahawa perobohan masjid Kg. Bujal itu adalah kerana kerakusan seorang pengawai tanah untuk merampas tanah penduduk.

Mengikut maklumat daripada Penasihat Badan Bertindak Surau Al-Hidayah Datuk Ir. Mohd Basir Ibrahim tindakan kerajaan Negeri Selangor meluluskan 8 geran berasingan di atas tapak surau berkenaan adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati sensitiviti umat Islam. Menurut penduduk surau Al-Hidayah wujud di sana sejak tahun 1920 lagi.

Dakwa beliau lagi, pada awalnya kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengekalkan kewujudan surau tersebut, namun selepas projek ini diserahkan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor SAP Holdings Berhad pemaju bertindak tidak menepati janji dengan memberi notis supaya pihak surau mengosongkan rumah Allah itu selewat-lewatnya 30 November yang lalu.

Kesimpulannya kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan parti PKR telah mengkhianati penduduk sekitar surau tersebut, inikah yang dinamakan kerajaan rakyat? Kerajaan berkebajikan?

Wahai totok PAS, tak mahu berdemo kah? Tak mahu serah memorandum kah? Tak mahu maki hamun PKR ke? Kenapa dalam isu Surau Kg.Bujal kamu begitu hebat menyuarakan bantahan? 

Untuk itu saya menyeru para penduduk yang ada di sekitar Rawang bersama Armand Perkasa serta beberapa NGO untuk mempertahankan surau tersebut daripada di robohkan pada pagi Ahad ini lokasi di Surau Al-Hidayah Rawang.

Baca juga Gelombang Rakyat di SINI

Err.. Dengar cerita sampai kena pukul-pukul ADUN Rawang tempoh hari dalam kes surau ini? Betul ke?

4 comments:

  1. Sikap PR memang bangsat.Kalau kena batang hidung sendiri,dikatakan pembangunan.Kalau BN buat,dikatakan ZALIM.....
    BABI GORENG BETUL !

    ReplyDelete
  2. Hehehe Babi Goreng sedap bro.. tak percaya tanya ADUN Rawang Gan Pei. Hahahahaha

    ReplyDelete
  3. surau tu jemaahnya banyak orang islam atau orang pas. kalu orang islam ramai, pas memang suka kalau dirobohkan. kalu orang pas ramai, umno tali barut yg menyebabkan surau itu akan dirobohkan baru boleh tunjuk perasaan dan berdemo...

    ReplyDelete
  4. salam bloggers!

    sebagai individu yang beragama ISLAM, WAJIB untuk kita pertahankan tempat beribadah kita..tak kiralah surau itu PAS atau UMNO isinya..jangan lidah kita terkedu untuk menjawap di padang mahsyar nanti kenapa kita tidak berbuat sesuatu bagi mencegah kemungkaran..

    - a s a m -
    wadahkelanajaya.blogspot.com

    p/s: kasi blog kita link sudah!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-