Friday, December 17, 2010

Bila Orang Politik Kemaruk Dengan PRK, Kematian Menjadi Mainan..?

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama bersedekah Al-Fatihah buat ADUN Tenang Dato Sulaiman Taha, yang telah pergi meninggalkan kita semalam pada jam 1.10 pagi. Semoga roh Allahyarham Dato Sulaiman ditempat di kalangan orang-orang yang soleh.

Namun saya agak terkilan dengan sikap sesetengah manusia yang 'gila' politik. Untuk pengetahuan pembaca, berita mengenai kematian Allahyarham tersebar pada jam 10.11 malam lagi dan orang pertama yang begitu biadap menyebarkan berita ini adalah Shamsul Iskandar di laman twitternya. Walhal pada waktu itu Allahyarham masih lagi bernafas walaupun menggunakan alat bantuan pernafasan.Sebagai bukti saya sertakan apa yang beliau tulis di laman twitternya dan saudara pembaca boleh melihat waktu beliau menulis berita ini.


Tanpa menyelidik beliau bertindak menghebahkan berita bahawa Adun Tenang meninggal pada jam 10.11 malam. Tidakkah beliau fikir apa perasaan keluarga Allahyarham? Kemaruk sangatkah beliau dengan kematian ahli politik? Seronok sangatkah bila melihat ahli politik meninggal?

Mereka ini seronok sebab, bila ada sahaja Adun yang meninggal maka kita akan hadapi Pilihanraya Kecil. Di sini mereka jadikan medan untuk menunjukkan kepada rakyat parti mana yang kuat, parti mana yang lemah, parti mana yang mendapat sokongan rakyat dan parti mana pula yang ditolak rakyat.

Di sebabkan berita palsu yang dihebahkan oleh Shamsul Kemetot, blogger kita bertindak pergi sendiri ke Hospital Ampang Puteri untuk mendapatkan berita yang sahih. Dan perkara yang sebenar adalah pada waktu itu Allahyarham masih lagi hidup dan bernafas walaupun menggunakan alat bantuan pernafasan.

Usahlah kita cuba menjadi 'radio buruk' atau cuba jadi juara untuk menyebarkan berita, adalah lebih wajar sekiranya berita yang disampaikan kepada kita diselidik terlebih dahulu sebelum bertindak menghebahkan kepada orang ramai.

Kalau kemaruk PRK sekalipun, fikirlah sedikit perasaan keluarga serta waris-waris si mati. Mereka tengah berhadapan dengan peristiwa yang menyedihkan, kita pula seolah-olah gembira kerana kerana akan ada PRK baru.

Akhir kalam, sekali lagi saya menyeru rakan-rakan pembaca bersama menyedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Dato Sulaiman Taha, dan ucapan takziah saya kirimkan kepada semua ahli serta waris keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah....... Amin....

9 comments:

  1. Alfathihah

    SEBENARNYA BUKAN PEMBANGKANG SAHAJA YANG KEMARUK, DIKALANGAN ORANG ORANG UMNO JUGA ADA YANG KEMARUK

    TAPI,AKU YAKIN BN AKAN MENANG JIKA

    1.CALON BERWIBAWA DIKALANGAN ANAK TEMPATAN ,

    BUKAN CALON ANAK LUAR JOHOR DAN

    TIDAK SEMESTINYA DIKALANGAN AJK UMNO TAPI SESIAPA SAHAJA YANG RAKYAT BERKENAN,

    SEBAIK BAIKNYA ANAK LABIS

    2.MAJORITI MELAYU LABIS SUDAH SELESA DENGAN BN

    PEMBANGKANG BOLEH CUBA TAPI JANGAN TERLALU BERHARAP UNTUK MENANG

    anak labis

    ReplyDelete
  2. MANA PERGINYA ROKOK YANG DIPEGANG

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas maklum balas saudara anak labis. Itulah sebaiknya biar anak tempatan kerana lebih faham akan kehendak penduduk setempat.

    ReplyDelete
  4. PRK PHOBIA bila ada kematian.Semuanya dijadikan isu.Sehinggakan BABI mati pun dikatakan kerajaan tsk sediakan VAKSIN......

    ReplyDelete
  5. Alfatihah...

    Itulah modern logic politics yang mengenepikan soal kehalusan tatamoralisasi orang timur yang tinggi. ideologi politik yahudi ini sebenarnya akan menghancurkan budaya murni masyarakat kita.

    ntah yahudi mana yang bawak ke malaysia budaya tidak bertanggungjawab camni... sial!!!

    ReplyDelete
  6. SI KETOT ni sbnarnya tak sabar2 nak jadi ADUN sbb dah menang kerusi ketua PARTI AL-Juburi,ntah2 dah pi tongeng bntot kt aljuburi mintak jadi calon DUN TENANG..

    ReplyDelete
  7. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang Datuk Sulaiman Taha dirawat di ibu negara hampir sebulan lalu tetapi stabil, kata pembantunya, sekali gus menolak spekulasi akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil.
    Pembantu peribadi Sulaiman, Razak Rashid berkata, wakil rakyat Umno itu dimasukkan ke hospital sehari selepas sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor.

    source
    http://theflyingkick.blogspot.com/2010/12/adun-tenang-stabil-dan-semakin-pulih.html

    **check ur facts plez..

    ReplyDelete
  8. Nampaknya Anon December 17, 2010 6:16 PM agak ketinggalan.

    Itu berita yang di siarkan oleh cucu tok wan selepas beliau menyiarkan artikel bahawa ADUN tersebut meninggal lebih awal dari waktu yang sebenar.

    Lalu beliau bertindak mengeluarkan RALAT untuk menarik balik artikel sebelumnya dan di ganti dengan artikel yang awak sertakan link.

    Jadi baik Anon yang check facts, artikel itu di siarkan pukul berapa 12.15 AM? Thats mean semalam. Arwah meninggal pukul berapa? 1.10 AM.. please check ur facts.. thanks.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-