Friday, December 3, 2010

Salam Perkenalan & Salam Perjuangan Dari Double-Y....

Assalamualaikum w.b.t

Salam perkenalan dan salam perjuangan Double-Y hulur untuk semua blogger mesra UMNO/BN.Saya merupakan blogger baru yang tergerak hati untuk berjuang melawan segala tohmahan jahat pihak Pakatan Rakyat terhadap kerajaan UMNO/BN.

Untuk yang masih tidak mengenali diri saya, saya merupakan penulis picisan di laman www.pejuang-maya.com, disebabkan terlalu lama meletakkan diri sebagai penulis tamu di blog milik sahabat-sahabat, dan juga dorongan para otai dalam dunia blog, maka saya menyahut seruan sahabat seperjuangan untuk membangunkan blog sendiri dan menyertai perjuangan mereka demi Agama, Bangsa dan Negara.

Matlamat Double-Y dalam berblog adalah untuk mempertahankan parti keramat UMNO dan mempertahankan kerajaan Barisan Nasional daripada serangan bertali-arus Pakatan Rakyat terhadap pemimpin kerajaan.

Tapi saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin UMNO/BN jika mereka melakukan sesuatu tindakan yang tidak menguntungkan perjuangan UMNO/BN dan tindakan-tindakan yang dilihat tidak memberi sebarang manfaat terhadap rakyat Malaysia. Dalam hal ini, saya mengambil pendirian untuk menegur secara berhemah demi kebaikkan serta keutuhan parti UMNO.

Sudah menjadi tanggungjawab saya selaku anak muda warganegara Malaysia untuk bersama membantu dan berjuang bersama para bloggers mesra BN demi mempertahankan kedaulatan serta keharmonian yang telah lama dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Saya merupakan penulis bebas, yang menulis berdasarkan pemerhatian dan serta penilaian yang dibuat sendiri oleh saya, jadi jika sebarang artikel yang disiarkan oleh saya menimbulkan keraguan serta ketidakselesaan pembaca,saya sedia menerima sebarang teguran dan kritikan daripada kalian warga pembaca blog.

Namun saya cuba untuk mengelakkan menyiarkan sebarang artikel berbentuk fitnah terhadap mana-mana individu demi menjaga nama parti yang didokong iaitu UMNO.

Akhir sekali, salam perkenalan dihulur untuk semua blogger pro BN serta blogger pro PR.Matlamat menang PRU13 menjadi nadi perjuangan!

Omong segala kebenaran, untuk menangkis segala kebatilan.

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-