Saturday, December 4, 2010
Edisi Sudah Agak : NGO dan Pembangkang Akan Berdemo Mengenai Harga Barang??
Saya memang boleh agak akan gerak geri pihak PR jika pengumuman harga barang keperluan dibuat oleh kerajaan. Pihak PR akan menggunakan sebaik mungkin isu ini untuk menampakkan yang tindakan kerajaan menaikkan harga barang adalah sesuatu yang kejam serta tidak memperdulikan nasib rakyat hari ini.
Malah kenaikkan 5 dalam 1 yang diumumkan semalam merupakan 'bola lambung' yang sudah memang ditunggu-tunggu oleh pihak PR, kerana jika diperhatikan sekarang pihak PR kelihatan sudah kehabisan modal untuk memburukkan kerajaan, namun semalam bagaikan mengantuk disorongkan bantal bila mereka mendapat berita yang kerajaan mengumumkan kenaikkan beberapa harga barang keperluan.
Jadi isu ini akan di 'spin' habisan oleh juak PR untuk meneruskan agenda mereka menawan Putrajaya. Kenaikkan ini melibatkan beberapa jenis barang keperluan seperti gula, gas, diesel dan petrol jenis ron 95. Minyak jenis ron 95, diesel dan gas dilaporkan mengalami kenaikkan sebanyak 5 sen menjadikan harga baru untuk seliter adalah rm1.90, manakala harga diesel pula sebanyak rm1.80 seliter. Harga untuk sekilo gula pula dilaporkan sebanyak rm2.10 untuk sekilogram.
Jika saudara pembaca meneliti laporan malaysiakini di sini seolah-olah tindakan kerajaan telah menyebabkan majoriti rakyat Malaysia terus terhimpit dan terseksa. Sebenarnya saya bukanlah suka sangat akan kenaikkan harga barang ini, tapi saya percaya kerajaan bertindak sedemikian adalah demi kebaikkan kita rakyat Malaysia.
Jika saudara pembaca masih ingat pada 17 Januari lalu kerajaan ada mengumumkan penarikan pemberian subsidi gula, dimana tindakan itu dapat menjimatkan wang kerajaan sebanyak rm 1.3b sepanjang tahun 2010. Untuk pengetahuan pembaca kerajaan telah membelanjakan sebanyak rm 720 juta untuk subsidi gula sahaja. Sebenarnya tindakan ini dilakukan semata-mata untuk memastikan negara tidak menghadapi isu kemungkinan bangkrap menjelang tahun 2019.
Berbalik kepada isu minyak, masih ingatkan kita pada 1 November 2008 kerajaan dikatakan tidak lagi memberi subsidi petrol sebagaimana diumumkan Menteri Perdagagan & Industri masa itu iaitu Datuk Sharir Samad, namun disebabkan keprihatinan kerajaan waktu itu, walaupun subsidi minyak tidak diberikan, kerajaan bertindak memberi rebet tunai kepada pemilik kenderaan. Seingat saya rebet yang diberikan kerajaan pada waktu itu demi meringankan beban rakyat berjumlah rm625.
Saya masih ingat lagi, rata-rata rakyat Malaysia tersenyum lebar tatkala menerima wang rebet itu di pejabat-pejabat pos. Kenapa pada waktu itu tidak keluar isu bebankan rakyat walhal pada waktu itu seingat saya harga seliter minyak petrol ialah rm2.70? Yer mereka tidak berbunyi dan marah kerana dalam masa yang sama kerajaan BN bertindak memberikan rebet tunai. Cuba minta DS Najib umumkan kenaikkan minyak 5 sen, tapi pemilik kereta akan diberikan rebet tunai sebanyak rm600. Saya yakin tiada satu suara pun akan keluar perkataan 'membebankan'. Jadi tidak keterlaluanlah saya mengatakan yang rakyat Malaysia terlalu dimanjakan dengan subsidi malah terlalu mengharapkan 'tongkat' dari kerajaan, berbeza dengan rakyat negara lain macam Thailand contohnya.
Namun jangan lupa yang selepas penurunan harga minyak dunia, kerajaan pada waktu itu bertindak menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen sebanyak lima kali. Yer lima kali bukan sekali atau dua kali saudara, malah LIMA KALI. Iaitu pada 23 Ogos, 24 September, 15 Oktober ,1 November dan 18 November semuanya dalam tahun yang sama iaitu 2008. Jika difikirkan buat apa kerajaan menurunkan harga minyak, sedangkan pada waktu itu rakyat tidak mengeluh kerana telah diberikan rebet sebanyak rm625? Pada waktu itu, harga minyak turun tapi peniaga barang keperluan lain tidak menurunkan harga barang seperti sediakala, kenapa waktu itu PR tidak berdemo? Tapi bila naik sebanyak 5 sen, mula mengadakan mesyuarakat bersama beberapa NGO tunggangan mereka untuk berdemo sebagaimana dilaporkan di sini
Sebenarnya saya sudah dapat meramal akan tindakan PR, sudah tentu mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang muncul, untuk menyatakan PROTES dengan harapan dapat membangkitkan rasa benci kepada rakyat sebagaimana dilakukan pada tahun 2008. Pada tahun itu kenaikkan harga barang tanpa kawalan juga penyebab kerajaan pimpinan Tun Abdullah dilihat sebuah kerajaan yang gagal serta lemah, walhal pada waktu itu semua kenaikkan berlaku di luar kawalan kerajaan.
Kali ini mereka sekali lagi akan mengadakan demo, bila berlakunya sesuatu demo, sudah tentu media asing serta wartawan-wartawan dari luar negara turut hadir untuk melaporkan berita ini, dengan ini PR dapat 'market' secara meluas untuk menggambarkan kerajaan pimpinan orang Melayu adalah sebuah kerajaan yang gagal, malah dalam masa yang sama mereka akan memperlihatkan 'ketuanan Melayu' adalah sesuatu slogan yang gagal memartabatkan bangsa Melayu.
Jadi dalam hal ini sepatutnya pihak kementerian yang terlibat lebih berhati-hati, malah perlu memberikan perjelasan yang lebih dan kalau boleh adakan iklan sebulan sebelum kenaikkan dengan menyatakan sebab munasabab kenapa ianya perlu dinaikkan, kerana setiap kali pengumuman mengejut sebegini, rakyat masih tidak faham serta memahami akan setiap langkah penyelarasan yang diambil oleh kerajaan. Adakah cukup dengan menyiarkan sidang media yang tidak sampai 5 minit untuk perjelaskan isu kenaikkan harga barang?
Dengan cara ini juga sekurangnya ianya telah memberi penerangan awal kepada rakyat, sebelum isu ini di 'spin' oleh juak PR.
Yang mana menjadi pilihan? Hadapi kenaikkan 5 sen atau kita semua hidup dalam sebuah negara yang muflis menjelang tahun 2019? Tepuk dada, tanyalah minda.
kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak boleh ditolak... wajib kita terima selagi negara ini mengamalkan sistem yang duk pakai sekarang, bahkan kalau pakai sistem perdagangan Islam sekalipun... peningkatan harga akan tetap berkisar kepada teori asas ekonomi, permintaan, penawaran dan bahan mentah..
ReplyDeleteKita bakal berhadapan dengan krisis makanan tidak lama lagi memandangkan kawasan pertanian telah banyak bertukar menjadi kawasan industri. Dan ini bukan sahaja fenomena yang berlaku di Malaysia, sebaliknya di seluruh dunia, manakala kawasan-kawasan pertanian tradisional pula, banyak yang tidak dapat menghasilkan yang memenuhi permintaan akibat malapetaka dan alam semulajadi.
Tiada sesiapa pun di kalangan Pakatan Rakyat yang cuba menimbulkan isu tentang bekalan dan harga TEPUNG GANDUM yang dijangka meningkat lebih 30% apabila negara pengeluar terbesar, Russia, membuat keputusan untuk tidak mengeksport walau sebutir gandum pun keluar dari negara mereka.
Perhatikan bagaimana harga tepung gandum akan dimainkan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha mendapatkan sokongan...
Taktik mereka terkini adalah EKONOMI DOMESTIK... itu yang lebih efektif kalau nak menyerang kerajaan sedia ada.
Terima Kasih atas maklum balas cucu tok wan.. itulah.. kita kena sebarkan supaya fikiran rakyat tidak dipesongkan..
ReplyDeleteSalam.. blog tuan telah dilink di blog taming sari.
ReplyDeleteSelamat berjuang...
T.kasih
Terima Kasih,
ReplyDeleteSaya hargai kesudian saudara.. selamat berjuang.