Tuesday, December 14, 2010
RON 97 Lebih Berbaloi Dari RON 95??
Hari ini saya menerima satu email daripada pengirim yang tidak dikenalpasti. Isi kandungan email ini mengatakan bahawa kajian yang dibuat terhadap minyak RON 95 dan RON 97. Mereka mengujinya dengan menggunakan sebuah kereta perodua viva elite, untuk melihat perbezaan RON jenis apakah yang menguntungkan pengguna.?
Untuk bacaan para sahabat di sini saya lampirkan email tersebut :
"Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama).
Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.
RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o =7.33 Km
Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.
RM1 RON97 = 9.85 kmRM1 RON95 = 7.33 km
Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km.
Maka lebih baik anda membeli RON97.
Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?
Gambar di atas adalah pembuka artikel semata-mata, serta bertujuan untuk membuka mata Menteri yang cakap tak serupa bikin, yang banyak menyusahkan blogger-blogger pro kerajaan.
Sayur naik rakyat perlu tanam sayur sendiri, beras naik tanam padi di belakang rumah, gula naik perah tebu sendiri, minyak naik???? GALI MINYAK SENDIRI???
Bijak sungguh Sabri ni kan pembaca...? Hahahahaha
Lu ni sapa beb? Baru jadi blogger dah merapu. Jangan mudah menunding jari kepada kerajaan kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteBeb, belajar dan tuntut ilmu sedalamnya sebelum menyerang orang lain dengan artikel engkau.
Double X.
Siapa menyerang ni? terima kasih Double X :)
ReplyDeletememang benar ron 97 lebih jimat berbanding ron 95 kalau untuk perjalanan jarak jauh. itupun perlu mengisi penuh baru nampak perbezaannya.
ReplyDeletesaya hanya mengisi ron 97 jika untuk perjalanan jauh dan ron 95 jika hanya untuk pergi kerja sahaja. kebiasaannya rm 30 ron95 cukup untuk seminggu.
Yeker bro..? Ntah la selama ni aku main isi je minyak.. hahaha. Terima kasih YB Raz.
ReplyDeleteSaya adalah pengguna RON97 sejak 6 bulan lalu dan memandu kereta Myvi. Memang petrol RON97 adalah lebih baik kerana fuel combustion adalah lebih sempurna berbanding RON95. Pengeluaran karbon adalah minimum jadi enjin akan lebih lancar tanpa rasa tersekat-sekat (more pickup). Dulu saya selalu isi minyak RON95 tapi rasa cepat habis jadi saya cuba pula RON97. Hasilnya poket saya mempunyai sedikit lebihan wang setiap bulan (peruntukan bulanan RM450 untuk petrol) berbanding sebelumnya. Tuan-tuan boleh buat perbandingan sendiri kedua-dua RON95 dan RON97, tetapi harus diingat perjalanan mestilah sekata dan jarak perjalanan yang sama. Pecutan kenderaan juga haruslah optimum antara 80km-90km/jam. Paling penting ialah enjin kenderaan anda dalam keadaan baik bagi memastikan penggunaan minyak yang effisien. Terima kasih, cubalah sendiri.
ReplyDeleteTerima kasih bro Zulkifly. Satu penerangan yang padat.. Lepas ini saya pun boleh cuba di MyVi saya.. Betul tu kadang2 minyak ron95 ni semput2..
ReplyDeleteSama2 DY. Tuan boleh cuba experiment sendiri tetapi cuba elakkan jalan sesak (jam) kerana ianya tidak memberikan hasil memuaskan. Saya selalu berulang-alik dari K.Trg - K.Brang, so ia memudahkan saya memandu secara sekata antara 70-100km/h. Memecut hingga 120-140km/h juga adalah kurang bijak kerana tekanan tinggi dalam kebuk pembakaran akan menyebabkankan pembaziran petrol berlaku. Tips2 ini saya dapat dari internet dan telah saya praktikkan. Tak caya cuba tanya pakar.. P/s: Kajian juga mendapati pada kelajuan 70-80/h kita masih mampu mengawal kenderaan jika brek kecemasan, tetapi jika lebih 90km/h ke atas alamatnya masuk longkang la jawabnya atau sondol bontot lori.. so why speeding??
ReplyDeleteRon97 minya... Ron95 pun minyak... sama sahaja.. nak jimat gunalah ron95.. Macam beras ST15 dan ST10 serta ST5... nak jimat gunalah ST15.. semua tu sama sahaja mengikut kajian saya... ukm.
ReplyDeleteHmm klau mcm sy ni jarak prjlnan utk pergi balik krja dlm 3km..so utk jrk dekat better ron95 la kot ye..hihi
ReplyDelete