Tuesday, December 14, 2010

Aduh Mazlan Aliman, Babi Pun Kau Jadikan Isu Ke?

Hari ini bila baca Malaysiakini kita dapat lihat presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) si Mazlan Aliman mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ada bukti baru tentang kegagalan FELDA membantu peneroka antara buktinya adalah  BABI HUTAN

Mungkin disebabkan kebanyakkan hujah beliau selama ini seringkali dapat dipatahkan oleh Ahmad Maslan, maka Mazlan Aliman si anak peneroka yang tidak sedar diri ini terpaksa mensensasikan bahawa banyaknya BABI-BABI HUTAN berkeliaran di tanah-tanah peneroka FELDA sebagai salah satu bukti bahawa FELDA gagal.

Mazlan nampaknya kerap menjelajah ke segenap FELDA dengan tujuan menarik para peneroka untuk menyokong Pakatan Rakyat, sebab itu bila kita lihat isu-isu serta masalah yang kecil dari kalangan peneroka pun Mazlan akan perbesarkan dan mengadakan sidang media.

Jika Mazlan Aliman betul-betul ingin membantu peneroka FELDA sepatutnya beliau menceritakan juga akan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap peneroka. Barulah adil, ini tidak beliau bertindak mencari salah serta isu-isu dari kalangan peneroka untuk disensasikan dengan tujuan memperlihatkan kerajaan BN gagal membantu para peneroka.

Untuk pengetahuan para pembaca, kerajaan BN cuba melakukan yang terbaik untuk membantu serta menaikkan taraf hidup para peneroka. Ini dibuktikan pada 23 April 2010 FELDA memberikan pinjaman tanpa faedah 198 peneroka berjumlah RM 6.1 juta. Pinjaman ini bertujuan untuk membantu serta menaikkan taraf hidup para peneroka serta memberikan mereka kehidupan yang selesa.

Penerima pinjaman tanpa faedah itu terdiri daripada peneroka Felda Sungai Tenggi, Felda Sungai Tenggi Selatan, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto.Seorang peneroka menerima pinjaman tanpa faedah sebanyak RM40,000 dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun.

Tidak cukup dengan itu FELDA juga menyediakan pinjaman perniagaan  untuk peneroka/penerokawati dan anak-anak. Skim pinjaman perniagaan yang diberi nama SUIF ini memperuntukkan pinjaman maksimum sebanyak RM10,000 setiap seorang untuk para  peneroka memulakan perniagaan yang berbentuk perkhidmatan, pertanian, perladangan, runcit dan pertanian.

Malah para peneroka juga mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka sepanjang 40 tahun mereka menjadi peneroka. Baik dari infrastuktur atau pendidikan. Ini terbukti dengan anak-anak peneroka FELDA dikhabarkan diberikan tuisyen secara percuma di setiap gagasan FELDA.

Kenapa Mazlan Aliman tidak menceritakan pasal ni setiap kali siri ceramahnya di dalam gagasan FELDA? Dah memang jelas niat Mazlan Aliman hanya untuk memecahbelahkan undi para peneroka kerana selama ini dapat dilihat undi para peneroka selalunya memihak BN.

Sudah la Mazlan! Kau sendiri pun hidup dan besar atas hasil daripada bapa kau jadi peneroka FELDA lah!! Sampai bila kau nak menipu Mazlan??

2 comments:

  1. hahahahaha... apasal la sengal sangat. Lebih baik dia cakap sistem pendidikan negara gagal kerana melahirkan orang macam dia nih...

    hahahahaha...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-