Thursday, December 30, 2010

NGO Pun Tolak Orang PKR?


Pemilihan MTUC semalam menyaksikan satu kejutan di mana kita dapat melihat kekalahan tokoh PKR Syed Shahir Syed Mohamud kepada pencabarnya Mohd Khalid Atan.

Syed Shahir Syed Mohamud. sebelum ini yang menerajui MTUC untuk dua penggal hanya mendapat 213 undi manakala Mohd Khalid Atan dapat 255 undi.

Kalau tidak silap saya pada PRK Hulu Selangor tempoh hari, ada pihak yang cuba melobi supaya Syed Shahir Syed Mohamud menjadi calon di parlimen tersebut.

Malah ada laman facebook diwujudkan untuk melobi beliau iaitu ' Sokong Tuan Shahir Syed Mohamud Calon Parlimen P94 Hulu Selangor'. Tujuan laman facebook ini diwujudkan tidak lain tidak bukan untuk melobi supaya beliau diletakkan sebagai calon di parlimen tersebut, namun pada masa itu Zaid Ibrahim yang dianggap hero oleh PKR diletakkan sebagai calon yang menyaksikan beliau kalah kepada calon BN P.Kamalnathan.

Sementara itu, regu Syed Shahir Syed Mohamud iaitu Abdullah Sani yang juga ahli PKR juga tewas kepada Abdul Halim untuk jawatan Setiausaha Agung MTUC.

Jika diperhatikan jelas menunjukkan bahawa NGO juga menolak orang-orang PKR daripada memimpin mereka kerana sikap mereka ini yang cuba menyerapkan ideologi pembangkang ke dalam NGO yang dipimpin mereka.

Sebelum kekalahan ini Syed Shahir Syed Mohamud pernah dikritik hebat kerana dikatakan cuba membawa pengaruh pembangkang ke dalam MTUC. Mungkin ini salah satu punca kegagalan beliau mempertahankan kerusi presiden MTUC.

Inilah sikap sebenar orang-orang PKR, kita beri mereka kepercayaan untuk memperjuangkan sebuah NGO tapi mereka lebih gemar menyebarkan pengaruh politik sonsang mereka.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-