Kumpulan totok PR nampaknya tidak berpuas hati dengan perlantikkan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA yang baru kerana dakwa mereka Isa Samad pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan UMNO pada tahun 2004.
Bantahan ini dibuat oleh lembu sondol PAS yang memang diberi tugas khas untuk memporak-perandakan FELDA itu Mazlan Aliman.
Malah Mazlan juga mengugut Perdana Menteri kita DS Najib agar segera menarik balik perlantikkan tersebut, atau mereka akan bertindak mengumpul tandatangan dan membuat pungutan suara daripada warga FELDA. Beliau juga berkata akan memohon campur tangan Yang di Petuan Agung berhubung isu perlantikkan tersebut. Laporan ini saudara boleh baca di HARA KAH KAH KAH DAILY
Benar Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang pada tahun 2004 dan beliau sudah menerima hukuman iaitu digantung keahlian sebelum 'bebas' pada 23/6/2008 kalau tidak silap saya. Jadi di sini beliau telah menerima hukuman di atas kesalahan yang beliau lakukan.
Berkokok Mazlan Aliman sebab Isa Samad pernah rasuah. Di sini jom kita tanya Mazlan Aliman kenapa beliau tidak pertikaikan perlantikkan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor walhal Anwar Ibrahim pernah dipenjarakan kerana terlibat dengan salahguna kuasa serta rasuah?
Wahai Mazlan Aliman, lupakah kau dengan kesalahan Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan lima pertuduhan rasuah bagi melindungi salah laku seksnya pada tahun 1998?
1) Pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit dia, Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya.
2) Pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah dengan mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukannya.
3) pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat.
4) 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana Anwar mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh Anwar dengan tujuan melindungi diri sendiri.
5) pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana Anwar telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat.
Ini antara pertuduhan yang dihadapi Anwar Ibrahim yang membuatnya merengkok dalam Penjara dahulu, wahai Mazlan Aliman kenapa kamu tidak mahu pertikaikan perlantikkan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor?
Anwar pun pernah hadapi pertuduhan rasuah, adakah kamu ingin mengatakan Anwar layak sebagai penasihat ekonomi walaupun menghadapi 5 kes salah laku rasuah, namun Isa Samad tidak layak kerana salah laku politik wang dalam pemilihan parti UMNO?
Kalau kau boleh menerima Anwar walaupun beliau pernah dipenjarakan kerana rasuah kenapa kamu tidak boleh menerima Isa Samad? Tidak lain dan tidak bukan sebab kamu memang berniat jahat untuk memecah-belahkan peneroka FELDA agar tidak menyokong kerajaan!
anwar al jub adalah any gerah tuhan bro...
ReplyDeletekah 100milionx
Hahaha patutlah dia layak jadi penasihat.. lupa aku dia ANUGERAH TUHAN. kAHKAHKAHKAH..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSokong Anon December 28, 2010 6:32 PM.
Jangan amrah Nuar bro..Nuar Al Jub kan anugerah tuhan...x baik tau...
Si Aliman tu kan kawan baik Nuar Al Jub..sama2 berjubor.. x baik tau cakap dia babi sondol.. Babi kan untuk Nuar jer..(Brader AnuWar Bin Ibrahim)
Aliman ni bawah sket jer..adik bab* jer kot..Opss..maaf yer aliman..jgn marah...nanti kene juall...
Ni semua UMNO punyer kerja la ni..knp marah2 kat Nuar dan Aliman rakan juboriannya..isskk..jahat betul UMNO neyh..
N.ajis telah pun memohonkan pengampunan dosa2 anugerah tuhan....
ReplyDelete-Nicky arjiss-
Emmm begitu lah anwar bro.. dia semua betul. Nanti ada fatwa baru pulak kan.. naya kita
ReplyDelete