Saturday, December 25, 2010

Isu Adun PAS 'Zina' : Semua Blogger BN Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang?

KOTA BHARU – Pas Kelantan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah kononnya Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selising, Pasir Puteh, Drs Saipul Bahrin Mohamad pernah ditangkap kerana berzina isteri orang.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, pihaknya dalam kajian untuk mengambil tindakan itu terhadap mana-mana pengendali blog, penceramah atau mereka yang terbabit dalam penyebaran fitnah itu.

“Jika ada bukti tunjukkan. Penyebaran fitnah ini dakyah politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin Pas cara tidak bermaruah. Sebelum ini calon ADUN Galas juga pernah menjadi mangsa tetapi apabila Pas kata hendak bertindak, mereka tarik balik dan minta maaf.

Baca Selanjutnya...



Ulasan Double Y :

Masuk hari ini sudah 5 hari berlalu, namun amat mengelirukan kerana sehingga ke saat ini masih tiada sebarang laporan polis dibuat walaupun sekeping.  Dalam artikel di atas Dr.Mohammed Fadzli Hassan mengaitkan isu ini dengan kisah PRK Galas, di mana katanya dulu UMNO minta maaf secara terbuka.

Namun dalam isu Adun Selinsing ini, kita hendak tanya PAS, ada ke setakat hari ini individu yang menyebarkan pendedahan ini membuat permohonan maaf? Setahu saya tiada, sehingga ke hari ini blogger PapaGomo dan Kumpulan Nadi Rakyat tidak menarik balik sebarang artikel atau menyiarkan permohonan maaf secara terbuka.

Sehingga ke hari ini juga saya difahamkan bahawa Ustaz Saidi iaitu individu yang menangkap Adun Selinsing ini juga tidak menarik balik serta melakukan permohonan maaf. Adakah kes ini akan didiamkan sebagaimana kes-kes yang lalu. Walaupun beliau dikatakan diserang individu tidak dikenali, sehingga ke saat ini juga beliau masih berpegang kepada apa yang beliau perkatakan dalam video ceramahnya yang didedahkan oleh blogger tempoh hari.

Masih ingatkah PAS dengan kes Mat Sabu ditangkap berkhalwat? Kes itu juga diam begitu sahaja, jadi saya harap jika PAS benar-benar telus segeralah heret mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Kerana saya difahamkan juga lebih banyak pendedahan yang akan dibuat oleh Kumpulan Nadi Rakyat pada bulan Januari nanti.

Saya tidak mahu menuduh, namun sekurangnya perkara ini perlu dijernihkan agar rakyat Kelantan malah seluruh rakyat Malaysia inginkan kebenaran, samada iainya betul fitnah atau memang benar perkara ini pernah terjadi. 

Malah Ketua Pemuda UMNO Kelantan juga menyeru agar Adun terbabit segera heret pihak yang terlibat ke muka pengadilan kerana beliau mendakwa, beliau mempunyai bukti-bukti lain, malah perkara ini juga turut diperkatakan oleh masyarakat sekitar Selinsing. 

Jadi dalam kes ini Adun Selinsing adalah 'mangsa', oleh sebab itu saya melihat beliau perlu segera membuat laporan polis. Sebagai contoh dalam kes rogol 'mangsa' biasanya yang perlu membuat laporan polis bukan 'pemangsa'. Jadi dalam kes ini memang wajar 'mangsa fitnah' iaitu Drs.Saipul Bahrin segera membuat laporan polis agar kes ini dapat diselesaikan dan rakyat serta masyarakat Selinsing amnya tidak hidup diselubungi bermacam persoalan. 

Err.. itu pun kalau Adun PAS Selinsing tu masih ada 'maruah' la. Saya nasihat sahaja, hendak terima atau tidak lantak kaulah, tetapi sebagai anak Kelantan saya malu dengan kes begini.

Wallahua'lam...



8 comments:

  1. mati la kita bro... kecut batu dzimba

    ReplyDelete
  2. Hehehe Dzimba, aku pun 'kecut' telor dah ni. Dengar cerita semua akan diheret.. SEMUA.. SEMUA..SEMUA..

    :)

    ReplyDelete
  3. PAS ada perasaan malu..?? Orang kuat agama pun ada kelemahannya...bukan anak tuhan mahupun N.Ajis..

    ReplyDelete
  4. Waaaaaaaaaaaa

    Gua punya teloq tarak hilang...
    Cuma lagi jadi baik...

    PAS banyak iklan ubat kuat u

    ReplyDelete
  5. kalau depa nak ambik tindakan, suruh buat cepat2 sikit. masuk aku sekali sebab nak tolong dedahkan KeBENARan.

    Apa depa ingat kita tak reti hukum Islam dan undang2 dunia ka?

    SAMAN JANGAN TAK SAMAN. LEBIH CEPAT LEBIH BAUIH...Ada BERANI?

    ReplyDelete
  6. kenyataan pihak umno minta maaf secara terbuka pada prk galas dulu berkenaan dengan calun pas dituduh berkhalwat adakah fakta atau auta..?

    ReplyDelete
  7. elok sangat tu...semua bloger pro kerajaan ditangkap dan di masukan ke dalam penjara sg buloh...
    senang kita dapat cerita apa yang anwar buat dalam penjara nanti...
    korang semua jadi wakil kami kat sana..
    dalam penjara nanti jubor siapa dia main....

    ReplyDelete
  8. dah dok dalam camne nak berblog bro.. nyanyi lagu 'azizah tak datang' la sama anwar.. ehe.. (tgk video anwar nyanyi dlm srikandi7)

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-