Saturday, December 25, 2010

Gobalakrishnan Kata Ada Exco Selangor Penipu?

N.Gobalakrishnan nampaknya betul-betul 'panas' dengan sikap sesetengah pemimpin dalam PKR sehingga beliau menulis beberapa perkara di laman twitternya yang jelas menunjukkan beliau sekarang amat-amat tidak berpuas hati dengan sikap Anwar dan Azmin.

Boleh dikatakan saban hari N.Gobalakrishnan ahli parlimen Padang Serai ini meluahkan ketidakpuasan hati beliau di laman twitter. Namun apa yang menarik perhatian saya adalah tulisan beliau pada pukul 7.32 pm bertarikh 24/12/2010 iaitu semalam (gambar).

Beliau menulis bahawa ada Exco Selangor yang menipu dalam urusan menyediakan 24 unit komputer kepada sebuah sekolah Tamil dengan membuat tuntutan sebanyak RM85,0000.

Sebagai contoh kita letakkan harga sebuah komputer bernilai RM2,000 jika di darabkan dengan 24 unit jumlah tersebut baru bernilai RM48,000. Ini kiraan secara kasar mengikut harga pasaran untuk sebuah komputer.

Saya tidak tahu pula komputer jenis apakah yang disediakan oleh Exco terbabit sehingga harganya lebih mahal 2 kali ganda daripada harga pasaran.

Jika kita teliti daripada apa yang diperkatakan Gobalakrishnan dalam urusan penyediaan komputer kepada sekolah Tamil ini jelas bagi saya ada berlaku penyelewengan.

Siapa Exco terbabit wahai Gobala?? Siapa?

2 comments:

  1. sape lg kalu bkn ADUN SRI ANDALAS..
    'USTAZ' yg bersyarah dalam MASJID AR RAHIMAH...

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.. dah agak.. thanks Anon di atas..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-