Monday, January 7, 2013

[VIDEO] : Pendedahan Terakhir Skandal Tabung Memali - Pemimpin PAS Kedah Terlibat?


Satu persatu pekung PAS dibuka, malah pendedahan yang dibuat dilihat tidak mampu ditangkis dengan baik oleh pucuk pimpinan PAS.

Belum terjawab isu pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Jajahan Gua Musang kepada sebuah syarikat milik Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham, kini Cikgu Non tampil membuat sessi penerangan terakhir mengenai dalang di sebalik Tabung Memali.

Menurut Cikgu Non selepas sessi penerangan terakhir mengenai Tabung Memali beliau akan menumpukan kepada isu-isu semasa yang melibatkan PAS. Nampaknya semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum, makin banyak kontroversi melanda parti itu.

Mungkin ini adalah petunjuk Allah SWT kepada PAS yang begitu ghairah menghukum orang lain sebagai kafir serta mendoakan kecelakaan ke atas seteru politik mereka.

Menurut Cikgu Non, pemimpin PAS Kedah bertanggungjawab menipu balu-balu dan anak-anak yatim dalam urusan Tabung Memali. Ikuti penjelasan Cikgu Non berhubung skandal Tabung Memali yang hingga ke hari ini PAS gagal memberi penjelasan yang munasabah kepada balu-balu mangsa yang terkorban dalam peristiwa berdarah itu :




No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-