Amat tidak adil untuk membandingkan pentadbiran DS Najib dengan Tun Mahathir.
Pertamanya kerana masing-masing berada dalam zaman yang berbeza dengan cabaran yang ditempuhi juga berbeza. Ia dipengaruhi oleh keadaan politik, ekonomi dan sosial pada zaman berkaitan.
Keduanya, tempoh masa untuk kedua-duanya memegang jawatan juga berbeza. DS Najib masih menyandang jawatan sebagai Perdana bermula pada tahun 2009 hingga sekarang. Manakala Tun Mahathir telah menjawat jawatan tersebut dari tahun 1982 sehingga tahun 2004.
Pada zaman Dr Mahathir, tidak ada istilah ‘berita di hujung jari’ sepertimana sekarang, dengan kemajuan teknologi komunikasi maklumat, perkara yang diperkatakan hanya dalam sekelip mata sudah tersebar di seluruh negara, malah dunia.
Memang diakui bahawa Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun telah berjaya memodenkan Malaysia dengan bangunan-bangunan hebat bersama infrastrukutur bertaraf dunia.
Namun disimpulkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 yang menyifatkan infrastruktur negara ketika itu berada dalam kelas dunia, namun cara berfikir rakyat Malaysia adalah ditahap kelas ke tiga.
Umumnya rakyat mengakui bahawa Tun Mahathir sewaktu mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membina berbagai infra samada melalui peswasataan mahupun dibina oleh kerajaan. Malangnya, semuanya itu, tidak berimpak langsung kepada rakyat, terutama golongan marhein.
Penumpuan pembinaan di Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung sahaja. Manakala pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak diabaikan. Ada yang mendakwa bahawa rakyat Sabah dan Sarawak dizaman Tun Mahathir sekadar “mampu memperhatikan daripada jauh sambil menelan keinginan yang gagal ditunaikan oleh kerajaan pusat ketika itu”.
Berbeza dengan era pentadbiran DS Najib yang jelas melihat lompang yang perlu diatasi pada kedua-dua negeri Malaysia Timur tersebut. Hasilnya, Rakyat di Sabah dan Sarawak kini akan menikmati Lebuhraya PAN Borneo sepanjang 1,236 km jaraknya dengan anggapan kos berjumlahRM 12.86 bilion.
Kerajaan pusat menanggung keseluruhannnya, bukannya diswastakan kepada kroni yang paling rapat. Apa yang lebih mengembirakan rakyat bahawa DS Najib menjanjikan lebuhraya yang akan dibina oleh kerajaannya adalah bebas tol.
Projek Lebuhraya Pan Borneo bakal menjadi pemangkin lonjakan baharu kepada demografi dan sosioekonomi Sabah dan Sarawak mencakupi peningkatan kualiti hidup, pembangunan koridor baharu ekonomi serta membuka peluang baharu kepada masyarakat setempat.
Selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir, rakyat marhein tidak langsung diberikan faedah bersama menikmati kekayaan negara. Beliau, yakni Tun Mahathir hanya mengumpul beberapa individu untuk “menjelmakannya” menjadi superkaya.
Berbeza dengan polisi membela rakyat yang memberi pelbagai inisiatif dan bantuan sebagai penghargaan kepada sasaran, iaitu rakyat miskin, BRIM misalnya, bukan sahaja bermanafaat secara langsung kepada rakyat bahkan mampu menghidupkan ekonomi kampung. Sebagai contoh, sebuah DUN di Sabah telah mengeluarkan sumbangan 42,000 orang penerima BR1M yang layak. Ertinya hampir RM40 juta wang tunai mengalir di kawasan dun tersebut dalam setahun.
Jumlah ini merupakan 40 kali ganda peruntukan kerajaan bagi sesebuah dun. Impak berganda kepada RM40 juta tersebut terhadap menyuburan ekonomi sesebuah DUN di luar bandar. Ianya merupakan nikmat untuk rakyat yang belum pernah dirasai sebelum ini, kecuali masa DS Najib.
Isu ekonomi menjadi tumpuan analisa perbandingan diantara zaman DS Najib dengan Tun Mahathir.
Serangan demi serangan yang berupa persepsi buruk dilakukan oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan DS Najib kononnya negara berada digerbang muflis.
Mereka yang menyerang kerajaan agaknya terlepas pandang berkait dengan kedudukan rekod KDNK Malaysia pada waktu ini antara yang terbaik di ASEAN dengan kadar USD 9,700 per kapita lebih tinggi dari Filipina (USD 2,900), Indonesia (USD 3,300) dan Vietnam (USD 2,100)
Pada tahun 1998 KDNK dizaman Tun Mahathir, KDNK kita berada pada tahap RM 288 bilion. Kedudukan ini berbeza pada tahun 2008 di mana ianya telah meningkat kepada RM924 billion. Pada tahun 2015 KDNK kita telah meningkat kepada RM1.15 trillion. Ini menunjukkan bahawa perancangan pertumbuhan ekonomi selari impak manfaat kepada rakyat.
Sebagai perbandingan, KDNK negara pernah berada pada kedudukan negatif 7% sewaktu Tun Mahathir memacu negara ketika Krisis Kewangan Asia pada 1998.
Pada 1998 sewaktu berlaku Krisis Kewangan Asia , KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 7%, manakala pada tahun 2008 sewaktu Krisis Kewangan Global KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 1.5%.
Pada 2015- 2016 walaupun kita berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak yang begitu mendadak dan menyebabkan kerajaan kehilangan lebih dari RM30 billion pendapatan tetapi negara masih merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positif iaitu 6% pada tahun 2014, 5% pada tahun 2015 dan 4.1% pada tahun 2016.
Pentadbiran keterbukaan DS Najib terhadap perdagangan antarabangsa berbeza berbanding Dasar Pandang Ke Timur (LEP) dilaksanakan Tun Mahathir .Di bawah LEP, Mahathir berusaha menggalakkan rakyat mengubah persepsi terhadap negara Barat sebagai model peranan dan melihat ke arah Jepun dan Korea.Dengan LEP, banyak kontrak kerajaan diberikan kepada syarikat bukan Jepun, terutama syarikat British, dibatalkan.
Berbeza dengan Tun Mahathir,. DS Najib lebih melihat jauh ke hadapan di mana beliau tidak membatalkan kontrak syarikat bukan China. Projek baru China yang dibiayai di Malaysia semuanya adalah projek baru.
DS Najib dan Tun Mahathir dilihat cuba menarik pelaburan tetapi sifat pelaburan adalah berbeza. Di masa Tun Mahathir, Jepun berusaha menubuhkan industri di Malaysia. Berbeza dengan pelaburan China masa DS Najib di mana pelabur China berminat untuk membangunkan projek mega infrastruktur yang tidak mampu dilakukan syarikat tempatan.
Orang China tidak hanya datang untuk melabur tetapi berusaha mengembangkan pelaburannya. Mereka merancang melaburkan berbilion ringgit dalam projek dan akan mempunyai kesan berganda ke atas ekonomi. Contohnya, kemasukan RM6 bilion daripada Pelabuhan Pulau Pinang, projek pelabuhan RM43 bilion Gateway Melaka dan RM55 bilion bagi projek Landasan Kereta api Pantai Timur (ECRL) .
Memang China mempunyai kepentingan geopolitik dalam pembiayaan projek mega tetapi berkata ia tidak bermakna Malaysia dijual kepada Beijing, seperti didakwa sesetengah pihak, termasuk Mahathir.
Selagi DS Najib mengekalkan pendirian terbuka dengan mengambil kira kuasa besar yang lain, seperti Amerika Syarikat, Jepun dan India, dan menarik pelaburan dari negara ini, maka kita boleh mengimbangi pengaruh China.
Berbeza dengan Tun Mahathir yang mengutamakan kroni-kroninya, terutama yang melibatkan pengambi-alihan beberapa agensi yang banyak menyumbang keuntungan melalui program penswastaan, pembagunan masyarkat luar bandar tenggelam dalam polisi Tun Mahathir yang dilihat terlalu mewah itu.
DS najib yang melihat pentingnya dibangunkan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar, tanpa meminggirkan mereka sama sekali dalam keseimbangan pembangunan.Kerajaan menerusi ETP juga tidak meminggirkan sosioekonomi masyarakat luar bandar dengan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai salah satu usaha pelengkap mengimbangi kepesatan pembangunan bandar dan luar bandar.
Program Transformasi Luar Bandar (RTP) adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan program-program pengingkatan pendapatan disamping pengurangan kos hidup.
Berdasarkan rekod pencapaian bagi tahun 2015, jumlah terkumpul nilai jualan di tujuh buah RTC iaitu RTC Perak, RTC Kelantan, RTC Pahang, RTC Johor, RTC Kedah, RTC Terengganu, RTC Sarawak (Miri) mencapai sehinggai RM454 juta dengan jumlah bilangan pengunjung ke RTC seramai 9.73 juta orang.
Projek ini memberi pulangan terus kepada rakyat sepertimana agihan subsidi lebih adil kepada golongan sasar.
Jelas bahawa Polisi Pembangunaan Ekonomi DS Najib lebih dilihat menyumbang kepada usaha membangunkan kehidupan masyarakat tersebut, berbanding dengan era pentadbiran Tun Mahathir yang lebih mengutamakan pembangunan kerabat dan kroni-kroninya yang berkepentingan.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-