Friday, October 30, 2015

PENIAGA DI PUDU SENTRAL DIHALAU SECARA PAKSA OLEH UDA MALL & SPAD @SPADChannel










Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Itulah slogan yang dilaungkan oleh DS Najib Razak sebaik sahaja beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Namun, adakah pegawai dan agensi bawahan memahami dan menyelami slogan yang dilaungkan oleh kerajaan hari ini?

Kelmarin saya didatangi kumpulan peniaga dari Pudu Sentral, 10 wakil peniaga yang bertemu dengan saya mendakwa dianiya oleh pegawai dan pihak pengurusan Pudu Sentral iaitu Uda Mall Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

KLIK IMEJ



Menurut mereka, tindakan pengurusan Pudu Sentral dan SPAD terlalu menekan dan tidak bertolak-ansur malah ada yang bertindak seperti samseng. 

Berdasarkan rekod, SPAD mengarahkan operasi bas ekspress bagi jarak jauh dipindahkan ke terminal bas Bandar Tasik Selatan atas alasan untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas.

Ia dinyatakan oleh Pengerusinya, TS Syed Hamid Albar sekitar bulan Ogos yang lalu. Ekoran daripada pemindahan operasi bas, Pudu Sentral tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai.

Dan difahamkan, bermula November ini - SPAD akan bertindak membatalkan permit mana-mana pengusaha bas ekspress yang masih beroperasi atau mengambil penumpang di Pudu Sentral.

Tindakan SPAD yang mahu memindahkan operasi bas ekspress atas alasan mengurangkan jumlah kenderaan di ibu kota seperti tidak masuk akal.




Kerana sejak Pudu Sentral diubah suai dan dinaik taraf menjadi UTC boleh dikatakan sekitar Pudu Raya tidak mengalami kesesakkan, jika berlaku kesesakkan pun di waktu puncak dan berpunca daripada lampu isyarat di sekitar Petaling Street, Masjid Jamek yang jaraknya berdekatan.

Paling menggelikan hati saya, SPAD turut memberi alasan tindakan pemindahan operasi bas ekspress adalah untuk mengelakkan ulat tiket.

Kalau kita kata SPAD bodoh nanti penguatkuasa SPAD berkecil hati.

Ulat tiket ada di mana-mana termasuk di KLIA. untuk menghapuskan ulat tiket adalah tindakan penguatkuasaan. Jika penguatkuasa lemah dan lembik atau makan suap sampai kiamat pun ulat tiket akan terus wujud.

Paling saya kecewa, tiada wakil rakyat BN tanya khabar atau cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para peniaga di Pudu Sentral. DAP terlebih dahulu menyelami masalah mereka, tidak malu ke?

Akhbar Cina lebih prihatin berbanding akhbar Melayu -
Wakil rakyat DAP telah turun jenguk peniaga di mana wakil rakyat BN?
Ekoran daripada pemindahan operasi saya difahamkan beratus peniaga akan terjejas kerana mereka terpaksa mengosongkan premis. Selain dipaksa mengosongkan premis, mereka turut diheret ke mahkamah dan terpaksa menanggung hutang dengan Uda Mall.








Difahamkan pihak UDA Mall tidak mengadakan perbincangan walaupun berpuluh kali para peniaga membuat rayuan. Lebih malang lagi, pegawai UDA Mall sendiri bertindak seperti gangster dengan mengugut para peniaga.

Selain mendapat bantahan daripada peniaga di Pudu Sentral, difahamkan pengusaha hotel berdekatan turut membantah cadangan yang dibuat oleh pihak SPAD.



Malah kumpulan peniaga turut mengumpul tandatangan di mana majoriti daripada mereka mohon diberikan tempoh lanjutan dan pampasan sewajarnya kerana ada di kalangan mereka telah berniaga di situ selama 39 tahun.











Kenapa begitu sukar untuk pihak UDA Mall bertolak ansur atau bertimbang rasa terhadap peniaga, sukarkah menyelami masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain menghabiskan berjuta untuk pengubahsuian. Pihak UDA Mall turut gagal menguruskan Pudu Sentral dengan baik.

Malah ruang premis perniagaan merosot berbanding sebelumnya kerana peniaga tidak mampu menyewa lot perniagaan ekoran sewa dinaikkan mendadak selain kos utiliti yang tinggi. Merujuk gambar di bawah, ruang yang berwarna adalah lot kedai yang masih menjalankan perniagaan mereka manakala selebihnya kosong.



Manakala carta di bawah pula menunjukkan penurunan jumlah peniaga di Pudu Sentral selepas ia diubah suai. Siapa mahu berniaga kalau kos sewa gas bulanan mencecah RM1300, itu belum campur sewa premis.


Kita bukan mahu menuduh, tetapi difahamkan Syed Hamid Albar ada kepentingan dalam syarikat yang menguruskan TBS, sebab itulah semua operasi bas ekpress bakal dipindahkan ke BTS. Adakah benar cakap-cakap orang di luar sana?

Bersambung...

Tuesday, October 27, 2015

Pembangkang Pening Bila Dato Azalina Othman Jaga Parlimen


Lama tak menulis, sejak parlimen bersidang pada 19 Oktober 2015, Ahli Parlimen pembangkang menunjukkan pelbagai aksi yang menjelikkan. Kebanyakkan pemimpin pembangkang langsung tidak menghormati institusi parlimen sebagai lambang demokrasi di Malaysia.


Pemilihan Dato Azalina Othman Said dalam barisan kabinet DS Najib Razak sebagai Menteri bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal parlimen dilihat mampu mengangkat kembali imej parlimen sebagai satu lambang demokrasi dalam pemerintahaan raja berpelembagaan di Malaysia.


Bermula dengan isu pemilihan Pengerusi PAC, undi tidak percaya kepada PM sehingga kontroversi penggantungan Kit Siang. Secara peribadi saya melihat beliau berjaya mengawal keadaan sidang parlimen walaupun ahli-ahli parlimen pembangkang berperangai seperti kera sumbang.



Setiap isu berbangkit berkaitan sidang parlimen dijawab dengan baik sekaligus menghalang segala bentuk pembohongan yang cuba diwujudkan oleh pihak pembangkang. 

Malah isu membabitkan keselamatan parlimen ekoran kontroversi beberapa wartawan yang memasuki tempat duduk ahli parlimen turut dijawab dengan pantas.


Setiap kenyataan yang dibuat boleh dikatakan tidak mampu dibalas oleh pembangkang, maka tidak hairanlah jika kebanyakkan pemimpin pembangkang lebih suka menyerang peribadi Dato Azalina Othman Said berbanding menjawab hujah yang beliau kemukakan.

Bagi saya jika beliau mampu melaksanakan tugas menjaga hal ehwal parlimen dan mengembalikan semula imej Biro Tata Negara (BTN) - saya tidak peduli apa Dato Azalina Othman mahu pakai, atau apa fesyen rambut beliau mahu gayakan.


Saya menilai apa yang beliau cakap dan apa yang beliau laksanakan. Kalau pembangkang boleh menerima DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin walaupun mahkamah telah mengesahkan beliau bersalah meliwat.

Kenapa penyokong UMNO sukar menerima kehadiran Dato Azalina Othman Said dalam barisan kabinet DS Najib Razak - lebih mengecewakan penyokong UMNO dilihat mendahului pembangkang dalam bab kutuk-mengutuk.

Namun, itulah hakikat orang UMNO hari ini - kita lebih suka mengkritik dan bercakap tentang kelemahan sendiri berbanding kelemahan pihak lawan.

Padahal, ketika ini pemimpin pembangkang dalam keadaan bingung dan terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk menghuru-harakan perjalanan sidang parlimen sehingga mereka terpaksa berbohong kononnya Kit Siang digantung kerana mengkritik 1MDB.



YY : Sokong pemimpin selepas dengar dan faham apa mereka cakap, bukan tengok apa yang menteri pakai heh!

Tuesday, September 15, 2015

Tayangan Amal Patriot #BRAVO5 - DAPJemput Forum Terbuka Goyang, Jemput Tengok Wayang Pun Takut?


Alhamdulillah...

Tayangan Amal Patriot anjuran Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam mendapat sambutan yang begitu meriah. Program amal semalam adalah idea yang tercetus secara spontan ketika pertemuan saya dengan penerbit filem berkenaan Nik Norashikin atau lebih mesra dengan panggilan Kak Noor.

Matlamat utama saya melalui penganjuran tayangan tersebut adalah untuk meraikan anak-anak yatim dan untuk memecahkan kepompong fikiran masyarakat kita yang sering kali mengingati golongan anak yatim setiap kali tiba bulan puasa dan sambutan aidilfitri sahaja.



Untuk kali ini, saya mengambil kesempatan menjemput wakil pemimpin DAP seperti YB Nga Kor Ming dan Ng Wei Aik di mana saya bertindak menyerahkan sendiri kad jemputan di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan tengah hari kelmarin.


Namun, seperti dijangka pemimpin DAP tidak hadir sebagaimana jemputan yang dibuat sebelum ini untuk mereka hadir dalam forum terbuka yang membincangkan isu patriotisme. Apa lagi kita mahu katakan, ajak berforum mereka tolak, ajak beramal juga ditolak.

Itulah DAP, mereka hanya tahu berpolitik 24 jam, mereka hanya tahu sebar kebencian bagi memastikan rakyat terus berpecah.

Walaupun dirancang dalam masa yang singkat, sambutan masyarakat amat memberangsangkan. Lebih 150 hadirin hadir termasuk para pelakon seperti Sofi Jikan, Xavier Fong, Sashi Taran dan Chee Kin Wah serta Fairel Desa.

Selain itu kemunculan angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar pasti menceriakan anak-anak yatim dari Rumah Anak Kesayanganku, Bukit Beruntung. Majlis tayangan yang diadakan di Quill City Mall, semalam turut memberi sumbangan berupa voucher tunai sumbangan TESCO.




Foto lain KLIK

Video dari sekitar program TV14 :





Arioss...!

YY : jemput forum goyang, jemput tengok wayang, langsung tak nampak bayang - elok balik Tiong Shan ternak babi dari jadi YB heh!

Thursday, September 3, 2015

ARAHAN @AzminAli : MPS SITA LORI ATAS KESALAHAN ADA NIAT HENDAK BUANG SAMPAH?




Menteri Besar Selangor sudah gila?

Atau Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memang bebal?

Saya terkejut apabila melihat satu laporan polis yang dibuat oleh pemilik lori yang mendakwa penguatkuasa MPS bertindak menyita lori milik beliau atas kesalahan berniat hendak membuang sampah.

Lebih menggelikan hati, penguatkuasa MPS mendakwa ia adalah arahan Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali sebagaimana diceritakan oleh pemilik lori dalam laporan polis yang dibuatnya.



Menurut Keeber, dia telah disaman atas kesalahan yang tidak masuk akal iaitu ada niat hendak membuang sampah. Selain disaman, tindakan penguatkuasa MPS yang menahan dan merampas kunci di tengah jalan serta mengarahkan dia keluar dari lori yang dipandu persis tindakan samseng tarik kereta.



Tidak keterlaluan jika saya katakan, individu yang bekerja sebagai tukang tarik kereta mungkin lebih berhemah berbanding penguatkuasa MPS. Selepas lori miliknya disita, dia cuba mendapatkan kembali lori tersebut daripada pihak MPS, di mana dia bertanyakan jumlah yang perlu dijelaskan agar pihak MPS memulangkan kembali lori tersebut.


Malangnya, pegawai MPS mengatakan dia perlu menunggu tempoh sebulan untuk membuat proses tuntutan. Ini undang-undang gila babi, jika babi boleh membaca nescaya babi turut terkejut bila tahu ada pemilik lori disaman kerana berniat membuang sampah. 

Lebih memeritkan, pemilik lori yang sanggup membayar kompuan dipaksa tunggu sebulan untuk proses tuntutan.

Justeru, saya ingin bertanyakan satu soalan dengan Menteri Besar Selangor dan Yang di Pertua MPS, jika seseorang ada niat untuk mencuri, tetapi tidak sempat mencuri - apakah ia menjadi satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah?

Memang ajaib, MPS boleh tahu niat seseorang sebelum orang itu melakukan kesalahan.

Moron punya law..!

Oh Selangorku...!

YY : Macam-macam gila di Selangor...!

Monday, August 24, 2015

PEMILIK PASAR RAYA HALAL METAMORF BERNILAI RM2.5 JUTA DIARAH PINDAH LIMA HARI NOTIS?


[VIDEO] : Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bertemu pemilik pasar raya Metamorf yang diberi notis lima hari oleh...
Posted by Buletin Usahawan Melayu on Monday, 24 August 2015
Tanah Melayu, Ketuanan Cina..?

Mungkin itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Walaupun telah 57 tahun Merdeka dan diperintah oleh pemimpin berbangsa Melayu, kita melihat orang Melayu dilayan seperti kelas kedua di negara sendiri.

Lihat saja kes yang dialami oleh Puan Nazilah yang diarah berpindah selepas diberikan lima hari notis oleh Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan.

Bagi saya, jika tanah yang diduduki adalah berstatus tanah TOL sekalipun apakah tiada budi bicara untuk melanjutkan tempoh supaya pemilik bersedia mengosongkan barangan dalam pasar raya tersebut?

Jika kita ditempat Puan Nazilah, apakah kita mampu mengosongkan barangan dalam gambar di bawah dalam masa lima hari?

Oh..

Sekarang tempoh mengosongkan premis telah tamat, mungkin esok atau lusa pasar raya milik usahawan Islam pula disondol seperti berlaku di Pulau Pinang hari ini.

Susah ke Pejabat Tanah dan Galian mahu memberi lanjutan tempoh supaya mereka sempat mencari lokasi baru untuk meletakkan segala barangan milik pasar raya mereka?

Selebihnya rujuk klik : BULETIN USAHAWAN MELAYU 







Saturday, August 8, 2015

SURAT LAYANG SIFATKAN ISLAM AGAMA EKSTREM, TERBUKTI WUJUD KELOMPOK CINA ANTI ISLAM DI MSIA!


Semalam terbaca artikel melalui laman Facebook rasmi PPIM memaparkan satu surat layang yang dihantar kepada Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan oleh seorang pengirim misteri. 

Berdasarkan surat berkenaan, pengirim meluahkan rasa marah kepada PPIM ekoran kenyataan Datuk Nadzim Johan mengenai 'peniaga cina yang sering menipu' seperti dilaporkan The Malay Mail beberapa hari sebelum umat Islam menyambut satu syawal.


Jika kita meneliti surat layang yang dikirimkan pada 20 Julai 2015, pengirim tersebut membuktikan wujud sekelompok kaum cina di Malaysia yang sememangnya bersifat anti Melayu dan lebih mendukacitakan kita mereka sebenarnya ANTI ISLAM!


Pengirim bukan saja meluahkan perasaan marah kepada Ketua Aktivis PPIM, tapi turut menghina agama Islam serta hukum Hudud. 

Paling membuatkan umat Islam rasa tercabar apabila pengirim cina chauvanis tidak sahaja anti Islam malah menyifatkan Hudud sebagai undang-undang yang diamalkan di negara-negara mundur.

Tidak cukup menghina umat Islam di Malaysia, pengirim turut menghina umat Islam di negara-negara arab.

Bagi saya, jika pengirim tersebut tinggal di negara arab - pengirim tersebut pastidicari dan disembelih.

Jika umat Islam sedar, kewujudan surat di atas sebenarnya bukti kelompok chauvanis cina memang biadap dan tidak tahu menghormati perasaan penganut agama lain.

Paling menggelikan hati saya, pengirim misteri tersebut tidak berani mendedahkan identiti dan hanya membuktikan bahawa sesetengah kelompok cina di Malaysia memang tiada 'telor' atau dalam bahasa kasarnya 'tiada batu pelir'!

Setakat berani menghina agama dan hukum Islam melalui surat layang, budak tadika Chung Hwa pun boleh lakukan.

Sebagai penutup, jika pengirim membaca artikel ini - saya gesa supaya dia tampil dan mengulangi penghinaan tersebut secara berhadapan sebagaimana dinyatakan oleh pihak PPIM melalui laman blog mereka.

Lagu chicken dance khas buat pengirim kerana bertindak persis pondan...



Arioss...!

YY : Crazy chinese people always doing crazy things...!

Friday, July 31, 2015

[VIDEO] : KONTROVERSI PLAT 'PATRIOT', YPNM CABAR @nweiaik SERTAI FORUM TERBUKA


Susulan plat PATRIOT kembali dibangkitkan oleh Ng Wei Aik pada 25 Julai lalu, YPNM menjemput tiga pemimpin DAP untuk hadir sertai forum terbuka yang disiarkan langsung di BernamaTV.

YPNM melihat tindakan beberapa pemimpin DAP yang menjadikan YPNM sebagai modal politik untuk menghentam MCA merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, bagi menjelaskan semua kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak yang berkepentingan dalam politik, BernamaTV bersetuju untuk memberi ruang kepada YPNM bersama pengkritik bersiaran langsung melalui rancangan Bual Bicara, hari Rabu depan.

Laporan Kini.TV :
"Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) has challenged critics of the sale of "Patriot" vanity plates to a live debate."


YY : What say you YB Ng Wei Aik, Nga Kor Ming, Liew Chin Tong..?

Tuesday, July 28, 2015

Admin FB Pseudoscience Watch Diminta Buktikan Tuduhan Terhadap Syed Mier


Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu pengguna. Berdasarkan pemerhatian, admin PW mewujudkan laman Facebook tersebut sebagai inkuiri untuk membincangkan khasiat di sebalik produk kesihatan yang berada di pasaran.
Dari maklumat yang dipaparkan, inkuiri ke atas sesuatu produk dibuat berdasarkan saintifik.

Jadi, saya tidak menolak kemungkinan admin PW mempunyai latar belakang bidang saintifik berdasarkan hujah yang dikongsikan bersama pengikut mereka.

Namun saya terpanggil untuk mempersoalkan tindakan admin PW, kerana mereka dilihat agak keterlaluan apabila mendakwa ada mangsa meninggal dunia selepas mengikuti protokol Tuan Syed Mier. 

Malah tidak keterlaluan saya katakan admin PW sebenarnya tidak ikhlas dalam inkuiri mereka.

Rujuk posting di bawah :


Berdasarkan posting bertarikh 15 Julai 2015, jelas menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dan membuat analisis membuta tuli.

Lebih parah apabila ia seperti memberi gambaran tiga pesakit meninggal dunia selepas mengikuti protokol rawatan dari Tuan Syed Mier.


Bagi saya, kita manusia hanya mampu berusaha untuk mengubati penyakit tetapi Allah SWT yang menentukan sama ada penyakit itu boleh sembuh atau sebaliknya.

Melihat posting bertarikh 15 Julai 2015, saya keliru dengan tindakan admin PW. 

Kalau benar Facebook PW menjalankan inkuiri ke atas sesuatu produk kesihatan bersandarkan hujah saintifik demi kepentingan orang ramai.

Tidak mungkin mereka mengeluarkan posting yang menimbulkan keraguan terhadap pembaca. 

Berdasarkan point nombor 5, saya ingin bertanyakan tiga soalan mudah kepada admin Facebook PW.

Pertama, adakah admin PW bermaksud kematian pesakit berkenaan disebabkan produk B17?

Kedua, adakah admin PW ingin mengatakan Tuan Syed Mier bertanggungjawab terhadap kematian tiga pesakit berkenaan?

Ketiga, adakah admin PW mahu mengatakan kematian tiga pesakit disebabkan gelaran professor palsu yang digunakan oleh Tuan Syed Mier?

Persoalannya, apakah bukti yang dikemukakan oleh admin PW untuk menyokong tuduhan yang dibuat terhadap Tuan Syed Mier?

Justeru, bagi membuktikan admin PW benar-benar ikhlas dalam setiap inkuiri mereka - saya mohon admin PW tampil dengan bukti serta jumlah mangsa yang membuat aduan berkaitan Tuan Syed Mier.

Ini adalah langkah terbaik untuk membuktikan admin PW tidak berbohong atau mempunyai niat lain dalam setiap posting yang dikongsikan bersama 30 ribu pengikut di laman Facebook mereka.

YY : Boring tengok jaguh di Facebook heh!