Aktivis PPIM berjaya tewaskan anggota sindiket yang melawan |
Kebanyakkan mangsa ditipu selepas terpukau ayat manis dan cinta yang diberikan 'awang hitam' sehingga kerugian ratusan ribu ringgit.
Selain menjadikan wanita tempatan sebagai sasaran, anggota sindiket turut mensasarkan golongan hartawan dengan menjanjikan satu pelaburan yang memberi keuntungan bernilai jutaan ringgit.
Hasil aduan dari mangsa 'awang hitam', Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut dijemput menyertai operasi Pejabat Imigresen Negeri Selangor menggempur markas yang disyaki menjadi kediaman anggota sindiket di sekitar Puchong Perdana malam tadi.
Hasil operasi yang digerakkan malam tadi lebih 30 warga Afrika diperiksa dan ada yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Penghuni berdegil memaksa anggota Imigresen memecahkan pintu rumah mereka. |
Aktivis PPIM memantau warga afrika yang ditahan sementara Imigresen membuat proses dokumentasi. |
Operasi malam tadi merupakan tindakan susulan selepas penahanan anggota sindiket berkenaan hasil penyamaran oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan di PWTC seperti dilaporkan Harian Metro.
Dato Nadzim Johan yang menyamar sebagai hartawan kaya berjaya memperdaya seorang anggota sindiket untuk bertemu di PWTC.
Di mana saya juga turut serta dalam operasi tersebut pada hari Rabu yang lalu.
Operasi menggempur sindiket penipuan warga Afrika antara operasi yang difokuskan oleh PPIM bagi membanteras sindiket berkenaan kerana nilai kerugian dari aktiviti berkenaan mencecah jutaan ringgit setiap tahun.
Kemasukkan warga asing dari negara Afrika perlu dipantau pihak berkuasa kerana kebanyakkan dari mereka tinggal di Malaysia dengan tidak bekerja tetapi mampu hidup mewah hasil penipuan yang dijalankan.
Operasi membanteras aktiviti jenayah antara operasi yang digerakkan oleh aktivis dan sukarelawan PPIM selain memperjuangkan hak pengguna Islam di Malaysia.
Sepanjang terlibat dan bersama dalam beberapa operasi yang digerakkan oleh PPIM, bagi saya setiap aktivis PPIM patut disenaraikan dalam 'Hall Of Fame'.
Arioss....!
YY : kalau banyak duit derma kepada anak yatim, bermurah hati kepada anak yatim lebih mulia dari beri kepada negro.
ok
ReplyDelete