Wednesday, September 17, 2014

#BN4N01 #PengkalanKubor : Video Exco Kelantan YB Nasaruddin Daud Menghasut & Fitnah Kerajaan!



Rakaman ceramah di UPU Kampung Simpangan oleh ADUN PAS Meranti, YB Nasaruddin Daud yang memfitnah kerajaan membayar royalti kepada kerajaan Thailand serta bersubahat bersama kerajaan Thailand dalam insiden Tak Bai.


Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ;
“Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok, kita dah sedia dah tempat, kita reserve untuk pendaratan gas di Pantai Senok, dia (Kerajaan Malaysia) buat perjanjian dengan Thailand, dia bawak pergi ke Pantai Cenok di Songkhla. Cenok ini tempat orang Melayu jugak, tempat orang Islam jugak. 
Bawa naik ke Cenok, bayar royalti kepada Kerajaan Siam, Kerajaan Thailand yang membunuh orang Islam di Takbai, sebelah situ. Ini zalim, kita tidak boleh sokong kezaliman...” 
Mengikut undang-undang kenyataan yang dibuat oleh YB Nasaruddin Daud jelas mempunyai kecenderungan menghasut dan mendatangkan kebencian terhadap kerajaan.


Petikan laporan Mstar :
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan. 
Ketua pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Ahad lepas.   
Menurut Akbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.   
Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dikalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.     
Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dah Hubungan Serantau Negeri.   
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

2 comments:

  1. Astaghfirullahal'azim. Diorang ni tak takut ke Sakaratul Maut boleh muncul bila-bila aje. Kesian. Takut tak sempat minta ampun dan maaf pada yang difitnah.

    ReplyDelete
  2. AlFatihah buat Allahyarham Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan yang telah kembali ke Rahmatullah awal hari ini.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-