Kebelakangan ini saya perhatikan ada beberapa rakan blogger yang juga ahli pemuda Putrajaya begitu kerap menghentam Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
Walhal jika diperhatikan, perkara yang ditimbulkan dan diperbesarkan bukanlah satu isu besar di kalangan ahli UMNO Putrajaya.
Difahamkan kebanyakkan ahli pemuda di bahagian Putrajaya tidak selesa dengan tindakan blogger berkenaan.
Malah ada yang menyifatkan blogger tersebut seperti 'kaduk naik junjung', itu bukan saya kata, tetapi rakan-rakan dalam pemuda di Putrajaya.
Perkara ini bermula ketika perletakkan jawatan seorang Ketua Cawangan kerana tidak berpuas hati mengenai perlantikkan Pengerusi Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MBKB).
Lol...
Ingatkan besar masalah yang berlaku...
Tak puas hati perlantikkan Pengerusi MBKB rupanya, hahaha...
Tetapi saya tahu, isu perletakkan jawatan Ketua Cawangan sekadar 'trigger' untuk rakan blogger tersebut menyerang Ku Nan.
Sebab itu jika diteliti apa saja kata-kata Ku Nan dipusing sebaik mungkin bagi memburukkan Ku Nan contohnya seperti kata-kata mengenai penerima BR1M diperbesarkan konon tidak mahu ia dijadikan bola tanggung oleh PR.
Hahaha...
Kita baca kenyataan Ku Nan ;
Baik punya spin, menurut blogger tersebut Ku Nan menuduh penerima BR1M menggunakan wang bantuan untuk berjudi di kafe siber. Maksudnya Ku Nan membuat tuduhan ke atas penerima BR1M dan bagi dirinya tuduhan tersebut tidak berasas.
Benarkah Ku Nan menuduh penerima BR1M atau blogger tersebut sengaja memutar belit kenyataan Ku Nan sehingga membuatkan dia terbelit dengan kenyataan sendiri?
Kita baca kenyataan Ku Nan ;
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi.
“Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).
“Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut,”
Penjelasan kata-kata Ku Nan ialah, beliau kesal kerana ramai penerima BR1M menggunakan bantuan tersebut untuk perkara yang salah termasuk berjudi.
KESAL, KESAL, KESAL...
Kesal, sedih, frust, kecewa sebab ada yang salah guna bantuan BR1M untuk perkara yang bukan-bukan itu bahasa mudah faham.
Ia bukan satu tuduhan, soalan saya adakah blogger berkenaan faham apa Ku Nan kata. Justeru tidak timbul cerita Ku Nan menuduh penerima BR1M sebaliknya blogger tersebut menuduh Ku Nan.
Terbukti ia bukan satu teguran kepada pemimpin, sebaliknya satu tindakan terdesak persis pembangkang kerana sengaja memutar belit kenyataan pemimpin UMNO di bahagian yang dianggotainya sendiri.
Jadi memang betul kata-kata rakan-rakan pemuda bahawa blogger tersebut melakukan serangan secara MEMBABI-BUTA.
Main sondol jer...
Hahaha...
KESAL, KESAL, KESAL...
Kesal, sedih, frust, kecewa sebab ada yang salah guna bantuan BR1M untuk perkara yang bukan-bukan itu bahasa mudah faham.
Ia bukan satu tuduhan, soalan saya adakah blogger berkenaan faham apa Ku Nan kata. Justeru tidak timbul cerita Ku Nan menuduh penerima BR1M sebaliknya blogger tersebut menuduh Ku Nan.
Terbukti ia bukan satu teguran kepada pemimpin, sebaliknya satu tindakan terdesak persis pembangkang kerana sengaja memutar belit kenyataan pemimpin UMNO di bahagian yang dianggotainya sendiri.
Jadi memang betul kata-kata rakan-rakan pemuda bahawa blogger tersebut melakukan serangan secara MEMBABI-BUTA.
Main sondol jer...
Hahaha...
Bagi saya tiada salah menegur seorang pemimpin, tetapi tegur dengan cara berhemah dan jangan 'over spin' kenyataan pemimpin sendiri serta melakukan sindiran berbentuk provokasi terhadap rakan-rakan pemuda yang prihatin bertanyakan punca serangan ke atas Ku Nan.
Akhir sekali jangan ambil hati, dan jangan melompat dengan teguran ini kerana ia suara kalangan ahli pemuda UMNO Putrajaya sendiri.
Arios...!
Arios...!
BLOG APA NI BRO?
ReplyDeleteSuruh kulaan niring tulis kisah seram je. Takyah tulis pasal politik sebab banyak merapu je artikel pasal politik di blog dia.
ReplyDelete-Fanatik cerita hantu
ku nan pukimak.. dia cuba jadi firaun kat putrajaya..orang putrajaya undi pas lepas ni kalau dia masih dalam umno
ReplyDelete