Monday, April 7, 2014

SUARAM Taja Tian Chua Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Cabar Azmin Ali?



Selain perebutan jawatan Presiden melibatkan pasangan suami isteri, pertembungan tiga penjuru melibatkan penyandang iaitu Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Tian Chua untuk jawatan Timbalan Presiden PKR juga dilihat bakal menghangatkan bahang pemilihan PKR 2014.

Menurut sumber dalaman PKR, perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR lebih panas selepas Tian Chua turut menawarkan diri untuk bertanding kerana Tian Chua dikatakan bakal mendapat bantuan sepenuhnya dari SUARAM.



SUARAM mahu Tian Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana keupayaan yang dimiliki oleh Tian Chua dalam menghasut dan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat. 

Tian Chua antara peranan penting yang membantu SUARAM dalam memfitnah kerajaan konon terdapat perbicaraan di Mahkamah Perancis berkaitan pembelian Scorpene.

Malah SUARAM dikatakan akan membantu dan membiayai sepenuhnya kempen Tian Chua sepanjang pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April hingga 11 Mei 2014.

Nampaknya selain perlu melepasi halangan yang dibina dari kem Khalid Ibrahim, Azmin Ali terpaksa berhempas pulas merobohkan tembok yang dibina oleh Tian Chua dengan bantuan SUARAM yang dibiayai oleh Open Society Institute (OSI) yang diasaskan oleh Soros.


YY : Mampu ke Azmin Ali pertahankan jawatan apabila Tian Chua dibantu oleh pertubuhan Suara Anak Haram? 

1 comment:

  1. Segala tindak-tanduk cina ini boleh memudaratkan negara kepada kuasa2 luar. Malah fitnah beliau terhadap UMNO dengan mudah dimaafkan. Adakah kepimpinan UMNO terlalu pemaaf hinggakan fitnah yg telah menjejaskan kredibeliti parti dibiarkan begitu saja. Sampai bilakah nak biarkan mulut celuparnya bercakap bagai orang gila.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-