Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia.
Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.
Setiap kali berlaku kejadian tanah runtuh, sektor pertanian sering dikatakan punca dan penyebab utama kejadian hakisan tanah.
Contohnya kadar hakisan tanah kebun sayur kawasan terbuka di Cameron Highlands mencecah 84 tan sehektar setahun meskipun penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian di kawasan tersebut hanya sekitar 7.4 hektar.
Bagi mengatasi masalah tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif memperkenalkan kempen 'Peliharalah Tanah Kita' satu kempen yang menetapkan garis panduan dalam pembangunan tanah bercerun untuk sektor pertanian.
Buku panduan versi terbaru yang dilancarkan oleh DS Ismail Sabri di Wisma MOA semalam bakal mengelakkan persepsi negatif sesetengah pihak yang sering kali menganggap sektor pertanian adalah punca berlakunya hakisan tanah.
Kempen 'Peliharalah Tanah Kita' beberapa langkah transformasi terbaru MOA selepas mengadakan 'bilateral meeting' bersama Vietnam ketika kunjungan PM DS Najib Tun Razak tempoh hari.
Selepas Vietnam, Kementerian Pertanian melalui DS Ismail Sabri turut mengadakan 'bilateral meeting' bersama Denmark bagi mengeratkan kerjasama yang sedia ada antara kedua-dua negara dalam sektor pertanian, perikanan dan ternakan.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-