GST...
Goods and Services Tax atau dalam bahasa melayu Cukai Barangan dan Perkhidmatan...
GST adalah satu perkara yang bermanfaat kepada rakyat dan ia diakui sendiri oleh Anwar Ibrahim ;
Justeru saya merasakan beruk-beruk pembangkang yang bermain dengan playkad membantah GST tempoh hari hanya bertindak untuk menarik perhatian delegasi Australia dengan harapan aksi mereka disiarkan di tabloid-tabloid utama di negara berkenaan.
Pelaksanaan GST juga memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah. GST akan menurunkan IHP tetapi bukan bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain.
Ok cukup sampai situ, kerana saya bukanlah salah seorang dari 500 speaker yang dilatih menjelajah memberi penerangan kepada rakyat. Ironi di sebalik 500 speaker terlatih ini, rakyat dilihat masih samar-samar dan kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan GST.
Usahkan rakyat, rasanya masih ada wakil rakyat yang masih kurang jelas perihal GST.
Ok ketepikan promosi melalui televisyen, radio, billboard - kita tengok publisiti GST yang dilakukan oleh MOF dalam usaha menerangkan kepada rakyat Malaysia mengenai kebaikkan sistem GST.
Boring...
Kita tengok yang lain pulak...
Juga memboringkan seperti Ahmad Maslan...
Kita cari yang up to date sikit...
Melihat bahan-bahan rasmi GST yang memboringkan ini, maka tidak hairanlah pembangkang mudah manipulasi isu GST dengan menyebarkan pelbagai bahan-bahan yang lebih menarik untuk ditonton.
Saya boleh luangkan masa seharian untuk mencari semua bahan-bahan berkaitan GST yang rasmi dikeluarkan oleh MOF. Tapi rasanya cukuplah dengan beberapa video ini sebagai contoh.
Hairan dana RM17 juta dibelanjakan untuk publisiti GST, tapi masih ramai rakyat yang keliru, kurang jelas malah ada yang tidak faham apakah kebaikkan GST dan kenapa ia perlu dilaksanakan.
Kenapa MOF tidak menggunakan aktivis media sosial pro BN yang terdiri daripada Facebookers, Bloggers, Kartunis sebagai platform dalam menyebar dan perbesarkan sebaran serta info mengenai GST?
Justeru boleh Ahmad Maslan berikan signifikan atau peratusan berapa ramai rakyat yang faham mengenai GST setelah membelanjakan sebanyak RM17 juta sepanjang dua tahun publisiti dilakukan?
Tidak malukah MOF setelah belanjakan RM17 juta bagi program publisiti di media sosial selepas kena balun dengan PR, aktivis Facebookers, Bloggers pro BN juga yang kamu cari minta bantu perjelaskan.
Jangan pula Datuk Ahmad Maslan sikat rambut sambil berkata publisiti GST menelan belanja RM17 juta ini merupakan langkah ke 12 penjimatan kerajaan hasil inisiatif sendiri memandangkan PM hanya umumkan 11 langkah sahaja.
Hello MOF, jangan syok sendiri di media sosial perlukan rangkaian yang luas dan percayalah aktivis media sosial yang secara sukarela membantu BN mempunyai rangkaian mereka tersendiri.
Mungkin kalau kena gaya tak perlu habis berjuta...
Mungkin kalau kena gaya tak perlu habis berjuta...
Hahaha...
Arioss...!
YY : Sharing is caring...!
YY : Sharing is caring...!
TOK MAT MEMANG DARI DULU SYOK SENDIRI PUN BRO..!
ReplyDeleteHAHAHA SIKAT RAMBUT MACAM SIAL AYAT LU DER!
Salam,
ReplyDeleteSecara peribadi saya turut merasakan penerangan mengenai GST tidak sampai kepada golongan sasaran. Rakyat tidak faham apa GST kerana sessi penerangan yang dibuat oleh UMNO sebelum ini hanya bersama ahli-ahli UMNO. Bagaimana dengan rakyat biasa, tiadakah pihak Kementerian Penerangan menyebarkan risalah di ceruk-ceruk kampung. Publisiti di televisyen seperti RTM juga tidaklah sebesar dan rancak sangat.
-Zulhaslam Bangi
Ahmad Maslan akan guna Blue Wave Army. Peranan bloggers macam lu tak diperlukan lagi kekekekeke Mari join PR bro bersama kami!!!!
ReplyDeleteAku bersama UMNO walau tidak sempurna kerana PR itu terlalu hina. Jangan marah...
ReplyDelete:)