Mahkamah tidak adil...!
Mahkamah dimanipulasi oleh BN...!
Hakim telah dibeli oleh BN...!
Liwat dua adalah konspirasi dan fitnah BN untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim...!
Antara tuduhan yang dilemparkan oleh pemuja pemimpin 'anugerah Tuhan' selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim.
Sehingga ke hari ini, para pemuja Anwar Ibrahim masih tidak menerima hakikat pemimpin mereka adalah seorang peliwat.
Bagi mereka jika liwat itu berlaku sekalipun, ia mungkin perangkap BN terhadap Anwar Ibrahim.
Hahaha...
Sebelum ini Rafizi Ramli tampil dengan penerangan video bagi menyokong dakwaan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah fitnah.
Antara yang dibangkitkan oleh Rafizi Ramli adalah :
- Ketika kejadian Anwar sedang bermesyuarat bersama 14 individu lain.
- Air mani tidak pernah muncul dan dibuktikan di mahkamah.
- Sampel B5, B7, B8 mustahil ada sampel yang boleh ada DNA.
Kita tahu Rafizi Ramli serba boleh, sekejap jadi pakar ekonomi, sekejap jadi pakar undang-undang tetapi siapa sangka Rafizi juga boleh bertukar menjadi pakar DNA dan penyiasat kes jenayah seksual.
Disebabkan masih ramai totok PKR menganggap mahkamah dikawal oleh BN dan sengaja menjatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim.
Terpaksa kita jawab satu persatu tuduhan yang dibuat oleh PKR terhadap sistem kehakiman negara kita.
Fakta sebenar yang membuktikan Anwar Ibrahim meliwat adalah :
1. Anwar tak berani menyahut cabaran Saiful untuk bersumpah Quran sebab takut dimakan sumpah.2. Anwar tak berani berdiri di dalam kandang saksi sebab takut disoal balas oleh Pendakwaraya.3. Anwar gagal menghadirkan 14 orang `Saksi Alibi’ yang dia janjikan kepada Mahkamah sebab semua saksi berkenaan tak sanggup bercakap bohong kepada mahkamah.
4. Anwar gagal menafikan melalui `Saksi Alibi’ bahawa dia berada di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 di antara jam 3.10 petang – 4.30 petang pada masa dia didakwa meliwat Saiful.5. Anwar tak berani memberikan sampel DNA sebab dia tahu DNA dia sepadan dengan `semen’ yang diperolehi dari dalam dubur Saiful.6. Tiga orang doktor yang memeriksa Saiful mengesahkan ada `anal penile penetration’ ke dalam dubur Saiful.7. Ahli Kimia Dr. Seah mengesahkan ada `semen’ male `Y’ di dalam dubur Saiful yang sepadan dengan DNA Anwar.
Malah tuduhan Anwar Ibrahim meliwat turut dibuat oleh Karpal Singh yang mendakwa dia mempunyai bukti Anwar terbabit sodomi pada 22 Oktober 1997.
Ketika itu, Karpal meminta Anwar membersihkan namanya kerana dikatakan terlibat sodomi dengan Azizan Abu Bakar bekas pemandu Dr. Wan Azizah, memandangkan Anwar Ibrahim dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir.
Benarkah hakim membuat keputusan terburu-buru?
Kita susuri kronologi perbicaraan liwat II sejak 2008 :
1. Kes ini telah mula dibicarakan pada 7 Ogos 2008.2. Pada 3 Februari 2010 kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.3. Pada 9 Januari 2012 Anwar dibebaskan.4. 20 Januari 2012 Pendakwa Raya mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.5. Prosiding rayuan berlangsung pada 6 hingga 7 Mac 2014.6. Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar pada 7 Mac 2014.7. Anwar telah mengemukakan 67 kali penangguhan sepanjang tempoh mahkamah berjalan.8. Keputusan dibuat selepas 6 tahun proses mahkamah, bukan keputusan tergesa-gesa.
Benarkah prosiding mahkamah rayuan - konspirasi kerajaan untuk menghalang Anwar Ibrahim di Kajang?
Banyak cantik muka PKR, semua benda konspirasi BN sedangkan hakikat yang sebenar adalah ;
1. Anwar tahu kes dakwaan liwat beliau terhadap Saiful dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sejak 3 Februari 2010.2. Pendakwa Raya mengemukakan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sejak pada 20 Januari 2012.3. Anwar sudah tahu lebih awal Prosiding Rayuan akan didengar pada 6 dan 7 Mac 2014.4. Walhal PRK Kajang hanya timbul pada bulan Februari 2014 atas perancangan dia sendiri.5. Anwar yang merancang perletakkan jawatan bekas ADUN Kajang yang membawa kepada PRK Kajang diadakan. Sebenarnya Anwar yang mengarahkan perletakan jawatan ADUN N.25 Kajang.
Akui sahaja liwat itu berlaku di antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari kerana Anwar Ibrahim memang pantang melihat jejaka jambu.
Arioss..!
YY : Tak tahan penggulungan hujah pendakwaraya, dalam mahkamah Anwar bangun sambil berkata - "Sudah-sudah la tu Shafee, awak dah dapat apa awak nak, tak perlu aibkan saya macam ni sekali.." haha tahu pulak dia malu eik...
Good point admin. Thumbs up!
ReplyDeleteTotok PR lu kata apa pun mereka takkan faham sebab mereka memang sengaja tidak mahu faham keadaan sebenar. Bagi mereka DSAI suka main bontot itu hal peribadi.
ReplyDeleteWAKAKAKAKA..
Jgnlah terlalu mengaibkan org. Ingt satu hari Allah akan aibkan kamu pula. Dunia hanya pinjaman.
ReplyDeleteAnon 9:59 AM,
ReplyDeleteKalo kena kat DSAI tahu pula soal aib. Bila PKR dok aibkan PM, isteri dengan menteri2 dengan fitnah tak cakap soal aib pulak yer.