Saturday, March 29, 2014

#AntiComango : Tiga Sebab Kenapa Umat Islam Wajib Tolak COMANGO


Sebelum ini negara digemparkan tuntutan kontroversi oleh COMANGO ke atas kerajaan, antara tuntutan yang mencetuskan bantahan umat Islam adalah :
  • Malaysia digesa menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).
  • Malaysia digesa menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).
  • Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI).
Tiga tuntutan yang dibuat oleh COMANGO selain bercanggah dengan kesucian Islam ia turut menyentuh perkara yang termaktub dalam perlembagaan.

Tuntutan COMANGO juga bakal memberikan implikasi buruk kepada rakyat negara ini yang berbilang kaum.

Justeru, tiga sebab kenapa kita sebagai umat Islam wajib menolak COMANGO adalah ;
  • ICCPR - kerana memberikan hak kebebasan beragama dilihat bercanggah dan tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.
  • ICERD - kerana mencetuskan perkauman di mana melibatkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan orang Melayu dan kontrak sosial.
  • SOGI - kerana memberikan pengiktirafan terhadap amalan seks songsang Lesbian, Gay, Biseksual, dan perkahwinan sejenis, perkara ini selain tidak selari dengan hukum alam.


Luangkan sedikit masa untuk mendengar bahaya tuntutan COMANGO dan gerakan liberalisme yang dibawah oleh kumpulan manusia gila di zaman moden :



Jika anda belum menandatangani petisyen menolak COMANGO sila laksanakan tanggungjawab kita untuk memerangi musuh-musuh Islam [PETISYEN COMANGO]

Bersama tolak COMANGO menerusi laman Facebook - Anti Comango

Arioss...!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-