Jika kunjungi kebanyakkan program bengkel keusahawaan sering kali dinyatakan bahawa kegagalan usahawan Bumiputera yakni Melayu Islam disebabkan oleh sikap, tiada kecekapan dan kelemahan strategi pemasaran.
Selain itu, peniaga Melayu Islam dikatakan tidak konsisten berbanding peniaga bukan Melayu. Berikut antara punca yang sering kita dengar setiap kali berbicara mengenai kegagalan peniaga Melayu :
- Peniaga Melayu Islam tidak mengamalkan rasuah.
- Tiada sokongan pihak berwajib iaitu kerajaan.
- Pembekal bangsa lain 'menganaktirikan' peniaga Melayu.
- Produk tiada kualiti.
- Gagal kerana hanya memilih yang 'halal'.
- Terlalu mementingkan keuntungan segera.
- Lebih suka berniaga sebagai orang tengah.
- Terlalu bergantung kepada projek kerajaan.
- Tidak peka kehendak dan keperluan pengguna.
- Sistem pengurusan yang lemah.
- Tiada perancangan jangka panjang.
- Tiada matlamat perniagaan yang jelas.
Sebagai pengguna berbangsa Melayu Islam, kita harus hentikan 12 punca di atas kerana bagi saya ia tidak lebih sekadar mitos.
Secara peribadi saya melihat punca kegagalan peniaga Melayu disebabkan sikap pengguna Melayu termasuk saya yang mengagungkan produk asing berbanding produk yang dihasilkan atau dijual oleh peniaga bukan Melayu.
Malah ada dari kalangan pengguna Melayu Islam memperlekehkan produk keluaran orang Melayu Islam sendiri di mana ia antara penyebab peniaga Melayu Islam gagal bertahan sekaligus menyaingi peniaga-peniaga bukan Melayu.
Justeru, mulai hari ini sebagai pengguna berbangsa Melayu Islam, bersama kita berazam untuk aksanakan Jihad Ekonomi bagi memastikan ekonomi orang Melayu Islam sebaris dengan peniaga bukan Melayu.
Kita perlu utamakan produk halal muslim bumiputera setiap kali berbelanja membeli keperluan harian. Antara produk keluaran bumiputera ialah :
MINYAK MASAK |
JUS BUAHAN |
Saudara kita yakni peniaga-peniaga Melayu Islam sebenarnya mampu bersaing dengan peniaga bukan Melayu jika kita sentiasa memberikan mereka sokongan kerana kuasa selaku PEMBELI dan PENGGUNA berada di tangan kita.
Bersama laksanakan Jihad Ekonomi, layari Facebook Pembeli, Pengguna Melayu Islam untuk ketahui senarai peniaga-peniaga Melayu Islam klik ---> KPPMi
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-