Friday, January 3, 2014

@SPRMMalaysia Khir Toyo Beli Rumah Dapat Diskaun Adalah Rasuah, Bagaimana Dengan Pembelian Mercz Guan Eng?


Sekitar tahun 2008 ketika kerajaan BN Terengganu membeli 14 buah Mercedes model E200 untuk dijadikan kenderaan rasmi negeri tersebut, Guan Eng adalah pihak yang paling lantang mengkritik.

Tetapi sekarang situasi sebaliknya berlaku, tatkala BN sedang mengambil langkah berjimat, DAP Pulau Pinang pula dilihat berbelanja dan bermewah-mewahan.

Ramai beranggapan pembelian kereta model Mercedes-Benz S300L bagi menggantikan model Toyota Camry yang baru digunakan selama tiga bulan adalah satu pembaziran kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Guan Eng.


Apabila membaca kenyataan Guan Eng yang berkata pembelian Mercedes-Benz S300L dibuat pada harga lebih rendah, saya teringat kes yang menimpa Datuk Seri Khir Toyo satu ketika dulu.

DS Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM atas kesalahan melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah kerana membuat pembelian rumah dengan harga lebih rendah. 

Kesudahan kes Khir Toyo yang dibicarakan hampir setahun menyaksikan beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selain rumah tersebut dirampas oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Jika Khir Toyo yang membeli rumah dengan harga lebih rendah dari harga pasaran dianggap sebagai perbuatan pecah amanah dan rasuah oleh SPRM bagaimana pula dengan pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Guan Eng yang diberikan turut diberikan diskaun?

Tidakkah SPRM wajar siasat proses pembelian tersebut - adakah diskaun yang diberikan kepada Guan Eng turut diberikan kepada pembeli lain seperti saya?

Apa yang membezakan dua kes ini adalah Khir Toyo membeli rumah dengan membuat pinjaman kewangan dari bank HSBC manakala Guan Eng membeli sebuah Mercedez-Benz menggunakan kewangan milik kerajaan Pulau Pinang.

Guan Eng beli untuk kegunaan kerajaan manakala Khir Toyo beli rumah untuk peribadi tetapi ketika proses pembelian dibuat kedua-dua mereka adalah Penjawat Awam.

Jadi, soalan saya...

Perlu atau tidak SPRM menyerbu pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang serta menyiasat sama ada wujud unsur pecah amanah dalam proses pembelian tersebut kerana penjual begitu sayang Guan Eng sehingga memberikan diskaun RM100,000.

Berani ke siasat pembangkang wahai SPRM?

Arioss...!

4 comments:

  1. ko p report kat SPRM la mangkok,menyalak dlm blog watpe?

    ReplyDelete
  2. Pemimpin UMNO yang perlu take the lead buat report. Minta SPRM siasat bukan apa pun LGE tak perlu risau dan ANON anjing DAP kat atas tak payah menyalak komen. WAKAKAKAKAKA!

    ReplyDelete
  3. Kalau dikira dari proses pembelian memang terdapat keraguan. Sebab baru beli Toyota Camry tiga bulan beli lagi kereta baru. Syarikat jualan kereta mana agaknya. Apa kepentingan mereka dengan LGE?

    ReplyDelete
  4. Org buat blog, dia nak juga.. Apa kata semak kenapa Guan Eng leh beli Merc dgn potongan harga.. Kena pandai beza harta peribadi dan hak kerajaan negeri..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-