Hanya tinggal 48 jam sahaja lagi sebelum berakhirnya tempoh kempen PRK Sungai Limau, satu rakaman perbualan Phahrolrazi yang berusaha menjatuhkan arwah Ustaz Azizan didedahkan.
Dalam perbualan telefon tersebut jelas kedengaran bahawa Phahrolrazi ingin merancang supaya arwah Ustaz Azizan kalah di DUN Sungai Limau dalam PRU13 bagi membolehkan Nasir Mustafa dinaikkan sebagai Exco.
Jika calon PAS adalah proksi kepada individu yang pernah cuba menjatuhkan arwah semasa hayatnya. Tiada sebab untuk pengundi Sungai Limau harus KEKAL dengan dengan memilih calon PAS pada 4 November nanti.
Pengundi Sungai Limau perlu BERANI HIJRAH dengan memilih BN bagi menghalang usaha Phahrolrazi yang meletakkan proksi apabila gagal menjatuhkan arwah semasa PRU13 lima bulan lalu.
YY : Replika kaki arwah merupakan provokasi paling hina dalam sejarah PRK di Malaysia...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-