Tadaa...
Mana sah Pemilihan Agung UMNO jika kita tidak mengintai apa yang berlaku di dalam satu lagi sayap UMNO iaitu Pergerakan Puteri.
Gempal, gebu dan gedik...
Itulah label yang diberikan oleh sesetengah pihak kepada anggota Pergerakan Puteri UMNO, malah perkara ini pernah dibangkitkan oleh salah seorang perwakilan puteri dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini. Tetapi keadaan fizikal yang gemuk, gempal atau gebu bukanlah masalah yang menjejaskan sayap Puteri.
Sebaliknya tanggapan Puteri UMNO itu terdiri daripada mereka yang 'gedik' merupakan masalah yang perlu difokuskan oleh calon yang bakal mengisi jawatan nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan tersebut.
Bagi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia di mana tiga calon yang menawarkan diri, saya merasakan Nazliah Ali wajar dipilih serta diberikan peluang untuk mengisi jawatan Naib Ketua Puteri.
Ini kerana latar belakang Nazliah Ali yang bertugas sebagai Pengurus Syarikat Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) iaitu sebuah pusat mengaji Al-Quran mampu mengubah persepsi dan tanggapan negatif kononnya Puteri UMNO terdiri daripada mereka yang gedik-gedik.
Nazliah Ali Ketua Puteri Tawau menyerahkan cenderahati kepada ADUN Titingan |
Cik kak...
Budak-budak perempuan sekarang tak suka you gedik, you seksi, you rambut merah, gincu menyala sehingga berbatu-batu dapat dilihat. Sebaliknya mereka senang mendekati individu yang dilihat berpewatakkan muslimah. Mereka lebih suka hadir ke program yang diisi dengan ilmu-ilmu agama bukan tarian poco-poco.
Percayalah cakap saya cik kak, buktinya tengok sajalah bagaimana sambutan anak muda golongan wanita ini terhadap program Malam Cinta Rasul dulu.
Selain itu Nazliah Ali juga dilihat mampu menarik minat golongan muda untuk menyokong parti menjelang PRU14 berdasarkan pengalamannya dalam penyelidikan gerak saraf dalam bidang sosiopolitik dan agama serta bertanggungjawab menyusun strategi dan perancangan serta menyediakan pelan tindakan untuk Pilihanraya 2008 bagi peringkat Parlimen Tawau.
Cik Kak oii...
Jangan lupa no.03
Arios...!
Betul aku setuju, Puteri kena ubah imej sikit.
ReplyDeleteSiapa Nazliah ni? background bagus untuk ubah imej puteri ni. Tapi kalau perwakilan tak kenal susah jgk sebab lawan dia yg kuat YB Sabrina
ReplyDelete
ReplyDeleteHa ha ha ada lagi ya orang umno