Proses demokrasi yang dilaksanakan dalam Pemilihan UMNO 2013 bagi tiga pergerakan sayap berakhir dengan peristiwa memalukan gara-gara sikap tidak profesional JK Pemilihan sendiri.
Selain tidak profesional kerana terlalu awal mengeluarkan kenyataan kononnya keputusan dapat diketahui seawal jam 8.00 malam dan keputusan rasmi sekitar jam 3.00 pagi.
Keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya para 70,000 perwakilan pemuda.
Keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya para 70,000 perwakilan pemuda.
Sehingga jam 5.00 petang tadi media yang mula berkampung juga tertanya-tanya apakah yang berlaku terhadap keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang melibatkan empat calon yang bertanding.
Keraguan mula muncul apabila keputusan yang dipaparkan di umno-online tiba-tiba hilang sekitar jam 1.00 tengah hari di mana tertera proses pengiraan akhir undi sedang dijalankan :
Justeru kita perlu susuri semua kronologi keputusan pemilihan bagi sayap pergerakan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, TV3 dan beberapa media lain sejak semalam.
Memetik dua laporan media iaitu Berita Harian dah TV3 yang berakhir jam 2.30 pagi :
Memetik dua laporan media iaitu Berita Harian dah TV3 yang berakhir jam 2.30 pagi :
Khairul Azwan 44, Jamawi Jaafar 35.
Selepas tunggu semalaman, pagi (13 Oktober 2013) tiba-tiba media dimaklumkan proses pengiraan semula dijalankan kerana beberapa masalah teknikal. (mungkin kalkulator habis bateri)
Ok, kita terima.
Akhirnya satu keputusan (SERI) dikeluarkan di mana Khairul Azwan memperolehi undi dari 73 bahagian begitu juga Jamawi Jaafar.
Satu keputusan yang menimbulkan keraguan kepada ramai pihak lebih-lebih lagi satu salinan keputusan awal pengiraan telah pun dikirimkan kepada seseorang.
Dalam kiriman tersebut menunjukkan Khairul Azwan Harun memperolehi undi dari 74 bahagian manakala Jamawi Jaafar hanya mendapat undi dari 71 bahagian.
Disusuli dengan Iruan yang mendapat undi dari 26 bahagian dan Lokman Adam 18 bahagian.
Jumlah keseluruhan ialah (74 + 71 + 26 + 18 = 189) - keputusan pemilihan bagi pergerakan sayap dikira berdasarkan undi dari 189 bahagian kerana dua bahagian iaitu Pensiangan dan Gelang Patah mempunyai masalah di peringkat bahagian.
Dari awal keputusan yang berakhir 2.30 pagi kebanyakkan media melaporkan Khairul Azwan mendahului Jamawi Jaafar.
Tetapi anehnya hari ini ia berakhir dengan keputusan seri 73-73 dan bakal ditentukan melalui undian popular.
Undi popular tidak akan menyelesaikan kemelut ini, kerana berdasarkan undi popular ia jelas memberi kelebihan kepada Jamawi Jaafar yang memperolehi undi sebanyak 19,497 perwakilan dari 71 bahagian.
Manakala Khairul Azwan pula hanya memperolehi undi sebanyak 16,953 perwakilan dari 74 bahagian. (perkiraan awal sebagaimana tertera dalam kertas yang dikirimkan kepada seseorang)
Justeru bagi menyelesaikan misteri 73-73 sewajarnya undi setiap bahagian dikeluarkan satu persatu iaitu jumlah 73 undi bahagian yang diperolehi oleh kedua-dua calon datang dari bahagian mana?
Contoh undi bahagian A jatuh kepada Jamawi atau Khairul Azwan atau ikut saranan KJ :
Kalau undi popular, umum sahaja Jamawi Jaafar menang dalam sidang media tadi kenapa perlu 70,000 perwakilan pemuda menunggu selepas Hari Raya Haji?
Ia peristiwa yang cukup memalukan UMNO, siapa mahu jawab dan siapa harus dipertanggungjawabkan?
Arios...!
P/S : Bro Jamawi Jaafar, saya tiada masalah sama kamu bah, cuma bermasalah keputusan yang meragukan - jangan marah buss!!!
kenapa plak nak tunggu KJ...umum sajalah...
ReplyDeleteAku bukan nak sokong mana2,tapi aku lihat Jamawi lebih layak berbanding WanBro untuk kerusi NKP,,tapi semua orang tahu WanBro sokong sapa,,almaklum sajalah,,kita mahu baik pemuda,wanita,puteri mahupun bahagian sekali pun mesti balance..jangan hanya memihak sebelah saja..akibatnya buruk,pru14 belum tentu lagi orang nak sokong..
ReplyDeletedalam pengundian dapat terjadi kecurangan
ReplyDeleteKJ tu kan bawak nama Jamawi skali mase kempen.confirm meragukan kalu budak oxford ni ade.apa2 pun kalu nak kira ikut undi popular semua jawatan kene kira ikut undi popular bukan untuk naib pemuda shj.
ReplyDeleteSoalnya klu betul Azwanbro menang siapa dan nape dia atau mereka tak mahu azwanbro jadi naib kp? jeng jeng jeng
ReplyDeleteroses pemilihan nape tertakluk pd pemimpin tertentu sebelum diperakukan? klu ikut undi fofular kan dah tahu, nape tak umum saje? ni mcm perlu masa tambahan nak ejas ape yg patut?
ReplyDeleteSelagi Raop ade di ibupejabat umno selagi itu haru hara parti. dia buat ikot kepala dia je. tengok la di bahagian dia asal Bkt Bintang. selagi ade org di masukkan dlm cwgn dataran merdeka utk kepentingan dia. las2 baru sedar nak dapat kuorum mesuarat pon payah. teros cabut ke bahagian masjid tanah lwn ketua bahagian.
ReplyDeleteWujud keraguan dalam akal waras hamba. JK Pemilihan perlu menafikan perkiraan awal yang dipaparkan di blog ini iaitu 74-71. Jika JK Pemilihan gagal menjelaskan hal tersebut undi popular tidak boleh diteruskan kerana jelas ia memberi kelebihan kepada seorang lg calon. JK Pemilihan perlu serah kes ini kepada Pengerusi Tetap.
ReplyDeleteApepun keputusan yg bakal diumumkan kewibawaan proses pemilihan Naib KP sudah tercemar. klu jemawi diumumkan menang pon timbul peroslan samajugak klu azwanbro. puncanya SUK UMNO Raop yg bkn berpengalaman dan mahir sangat dgn peraturan umno berbanding setaf2 veteran yg dah puluhan tahun mengendalikan pemilihan parti. inilah bahananya org tidak ahli dilantik memegang tanggungjawab. hancusss.
ReplyDelete