Wednesday, October 9, 2013

KPI Pemuda UMNO : Lahirkan Ramai Pemimpin Muda, Calon NKP No.04 @Azwanbro Sesuai Bantu Tugas @khairykj

No. 04 untuk Naib Ketua Pemuda!
Berbaki empat hari sahaja lagi sebelum tiba tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan membuat pilihan bagi pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tiga calon utama telah tawarkan diri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim.

Menjelang minggu terakhir kempen, adalah penting untuk para perwakilan meneliti kebolehan serta pengalaman yang telah dilakukan oleh calon-calon yang menawarkan diri.

Perwakilan harus memilih calon berdasarkan pengalaman serta kebolehan yang dimiliki. Kebolehan mereka perlu diukur dari segi kerja-kerja yang telah dilaksanakan bukannya populariti singkat kerana kenaikkan harga minyak.

Selain itu amat penting untuk kita memilih calon Naib Ketua Pemuda yang mampu merealisasikan KPI Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin bagi penggal kedua di mana fokus utama adalah melahirkan pemimpin muda dalam parti sebagaimana dinyatakan semalam.

Jika dinilai dari merit KPI yang dirancang oleh KJ untuk penggal kedua, Azwanbro adalah calon yang dilihat mampu merealisasikan hasrat tersebut berdasarkan pengalaman Azwanbro melalui 'engagement' dengan anak muda seperti yang dilakukan melalui 'Program Political Internship'.

Mahu lahirkan pemimpin muda dalam parti, calon Naib Ketua Pemuda perlu tahu cara membuat 'engagement' dengan orang muda. Kebolehan mendampingi orang muda bukan dinilai melalui jumlah ceramah.

Tak kenal Azwanbro, kita tanya orang yang telah lama kenalinya :



1 comment:

  1. Perwakilan harus memilih calon berdasarkan pengalaman serta kebolehan yang dimiliki. Kebolehan mereka perlu diukur dari segi kerja-kerja yang telah dilaksanakan bukannya populariti singkat kerana kenaikkan harga minyak.

    Yob, kome tuju kat siapa ni Lokman ke?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-