Tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan memilih pucuk pimpinan bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semakin menghampiri. Ramai pemerhati sudah berkira-kira siapakah yang bakal dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google.
Manakala penyokong Azwanbro yakin perwakilan akan memilih Azwanbro berdasarkan kejayaannya mengetuai Pemuda UMNO di Perak begitu juga dengan saya. Keyakinan ini berdasarkan perjalanan politik, kelulusan serta hasil usaha yang dilakukan oleh Azwanbro di Perak.
Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri, selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.
Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak.
Kini Azwanbro masih meneruskan misi untuk melahirkan generasi yang cintakan UMNO sebagaimana diucapkan ketika perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Inilah misi yang ingin dibawa jika perwakilan pemuda memberi peluang kepadanya.
Upah Blogger Balun Calon NKP?
Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.
Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?
Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.
Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.
Layan sikit Wacana Bakal NKP :
Arios...!
YY : Bangga bila Tajuddin kini mula aktif baca blog. Hahaha...
Layan sikit Wacana Bakal NKP :
Arios...!
YY : Bangga bila Tajuddin kini mula aktif baca blog. Hahaha...
hahahaha...
ReplyDeleteAda banyak blog yang serang. Tapi jika dibandingkan dengan dua orang lagi calon. Azwan dilihat lebih ada kredibiliti untuk menarik org muda kerana selain buat kerja2 politik azwan juga dengarnya pensyarah sambilan.
ReplyDeleteHehehehe...
ReplyDeleteAPA KISAHNYA DGN PEMUDA YG DITINGGALKAN DI PASIR SALAK. KENAPA SEBENARNYA. KENYATAAN UTK MELAHIRKAN GENERASI YG SETIA DLM PERJUANGAN ADALAH MOMOK POLITIK SEMATA2 UTK MENINGKATKAN NAMA & POPULARITI DIPERINGKAT ATAS. HAKIKATNYA KAMI PEMUDA PASIR SALAK ADALAH GENERASI YG TERBIAR & DITINGGALKAN GARA2 CITA2 YG TINGGI MENGGUNUNG DLM POLITIK. MAAF, INDAH KHABAR DARI RUPA....
ReplyDeleteAzwanBro politik wang !
ReplyDeleteaku pernah dpt RM100 bila pergi perjumpaan kat hotel di KL.
AZWANBRO LEBIH LAYAK MENJADI NKPUM. KISAH PEMUDA PASIR SALAK TU CUMA DTG DR PUAK TAJUDDIN YG DR DULU HENDAK MEMBUNUH KARIER POLITIK AZWANBRO. GO AZWAN!
ReplyDelete