Thursday, September 5, 2013

Apa Status Laporan Polis Terhadap Kes Rasuah CEO #Putrajaya Holding Sdn. Bhd @PDRMsia


Saya difahamkan terdapat satu laporan polis dibuat ke atas Datuk Azlan Abdul Karim iaitu CEO Putrajaya Holding Sdn. Bhd telah dibuat pada 29 Ogos 2013 di Balai Polis IPD Putrajaya oleh seorang individu. Laporan tersebut dibuat berhubung artikel yang disiarkan di laman blog The Bebalians yang mana turut disiarkan di laman ini.

Menurut pengadu ketika beliau membuat laporan tersebut, soalan yang diajukan oleh pihak polis agak melucukan antaranya "adakah saudara sudah hubungi Datuk Azlan, tanya dia ambil rasuah?". Petikan emel yang dikirimkan oleh warga prihatin :

KLIK UNTUK LEBIH JELAS
Selain soalan yang agak melucukan daripada pihak penguatkuasa, menurut pengadu dari tarikh beliau membuat laporan sehingga ke hari ini tiada sebarang berita mahu pun panggilan telefon daripada pihak polis memaklumkan status perjalanan kes tersebut.

Apakah laporan yang dibuat oleh seorang rakyat Malaysia sekadar direkodkan tetapi tiada prosedur siasatan dijalankan berhubung laporan tersebut?

Mohon pihak PDRM memberi respon terhadap status laporan sebagaimana tertera di bawah :




YY : Lepas ini kalau buat repot kes culik - jangan ada anggota yang tanya "adakah encik sudah telefon penculik tanya sama ada benar dia menculik? LOL...

3 comments:

  1. HAHAHA...MUJUR DIA TAK SURUH TUKANG REPOT PI SALAM DATUK AZLAN BERAYA LEPAS TU TANYA ELOK2. SIAPA NAK MENGAKU? WTF!!!

    ReplyDelete
  2. Big fish mana nak siasat...biasalah kroni UMNGOK!!!

    ReplyDelete
  3. NI PUN SATU, KENAPA KES RASUAH DILAPOR KPD PDRM? KENAPA TAK KE SPRM? TUJUANNYA MELAPOR BOLEH DIPERTIKAI...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-