Meneliti ucapan Hishammudin Rais, saya merasakan sewajarnya ia disiasat dan dikenakan hukuman setimpal oleh pihak berkuasa kerana bukan sahaja menghina bendera milik negara kita tetapi turut menghasut supaya rakyat supaya mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.
"Saudara-saudara sekalian...Lupakan Jalur 'Temberang', ini adalah bendera baru untuk negara Malaysia. Jalur 'temberang' adalah bendera tipu dari Amerika..."Ini bukan kali pertama Jalur Gemilang dihina oleh pembangkang!
Malah berkali-kali!
Mungkin sikap tidak endah serta serius ke atas individu yang menghina Jalur Gemilang oleh pihak berkuasa negara kita telah mendorong binatang-binatang politik pembangkang mengulangi perbuatan biadap dengan menghina dan mempertikaikan Jalur Gemilang.
Sewajarnya kerajaan Malaysia mencontohi tindakan yang dilakukan oleh pihak pemerintah di Indonesia yang memandang serius dan mengenakan hukuman yang berat terhadap kesalahan menghina bendera negara republik itu.
Tindakan biadap dan kurang ajar binatang politik bernama Hishammuddin Rais dengan mengatakan sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos bukanlah ulang tahun kemerdekaan sebaliknya ia merupakan HARI MALAPETAKA kepada rakyat Malaysia serta menghasut rakyat mengibarkan bendera Sang Saka Malaya menggantikan Jalur Gemilang adalah satu penghinaan besar kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56.
Hishammuddin Rais WAJIB ditahan dan dikenakan tindakan sebagaimana tindakan yang dikenakan ke atas penulis blog Syed Azidi atau kickdefella yang direman selama dua hari serta disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menjalankan kempen mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan pada 2008.
Jika kickdefella ditahan reman dua hari dan disiasat di bawah Akta Hasutan hanya kerana menyiarkan artikel mencadangkan sambutan kemerdekaan disambut dengan cara terbalikkan bendera Malaysia.
Apakah pemimpin politik dan pihak berkuasa akan berdiam diri dengan melihat kebiadapan Hishammuddin Rais yang terus-menerus menghina sambutan hari Merdeka dan mempertikaikan bendera kebanggaan 28 juta rakyat Malaysia?
Kita tunggu, kita lihat, kita nilai...
Arios!
YY : Nak jalankan kempen terbalikkan Timbalan Menteri Pertanian boleh?
Terbalikkan Timb Menteri...siapa bro Tajuddin ke?
ReplyDeleteLUCUTKAN KERAKYATAN!!! BANGSAT NI!
ReplyDeleteDah disiasat ke belum. Asal libat pembangkang je pemimpin kita kecut telur nak siasat.
ReplyDeletetarik kerakyatan mereka yang terlibat!
ReplyDeleteSamad said yg turut ada malam kejadian rela kerakyatan ditarik balik. Kerajaan jgn takut2. Tarik kerakyatan sekali nak tgk pak janggut mcm mana.
ReplyDeleteSamad said yg turut ada malam kejadian rela kerakyatan ditarik balik. Kerajaan jgn takut2. Tarik kerakyatan sekali nak tgk pak janggut mcm mana.
ReplyDelete