Wednesday, August 7, 2013

#PemilihanUMNO13 Diharap Mampu Mematangkan Ahli Akar Umbi & Membendung Politik Wang #UbahUMNO


Pemilihan Agung UMNO 2013 kali ini berjaya menarik minat ramai pihak  kerana buat pertama kalinya proses pemilihan jawatan tertinggi parti akan dilaksanakan selepas perlembagaan UMNO mengalami tujuh pindaan yang diluluskan pada tahun 2009.


Di sebalik proses pemilihan berdasarkan perlembagaan baru yang bakal menjadikan UMNO lebih demokratik dan terbuka (tiada terbuka sangat jika diteliti syarat) persoalannya adakah ahli akar umbi UMNO mampu menunjukkan sikap matang sepanjang proses pemilihan yang bakal berlangsung kelak?

Ini kerana berdasarkan rekod pemilihan yang lalu dengan melibatkan 2,500 ahli perwakilan, kita dapat melihat pelbagai perkara berlaku. Provokasi, pergaduhan, dan maki-hamun sesama sendiri dilemparkan di mana akhirnya tindakan tersebut hanya menyebabkan perpecahan sebagaimana berlaku ketika perebutan jawatan Ketua Pemuda pada 2009.


Ada suara nakal berkata jika 2,500 ahli perwakilan pun, proses pemilihan pucuk pimpinan parti berkecamuk - apa korang fikir proses pemilihan melibatkan 150,000 ahli akan berlangsung tanpa kekecohan dan provokasi serta pergaduhan?

Silap hari bulan boleh jadi 'sarkas'...


Hahaha...

Selain tahap kematangan ahli akar umbi, perkara yang difokuskan oleh pemerhati politik terutama seteru-seteru UMNO ialah masalah 'politik wang'. 

Mata-mata di luar UMNO juga mahu melihat adakah masalah 'politik wang' (barah dalam UMNO) dapat diatasi setelah pindaan perlembagaan parti dibuat, adakah dengan melibatkan lebih ramai ahli dalam proses pemilihan berbanding sebelum ini masalah 'politik wang' dapat dibendung?

Diharap melalui Pemilihan Agung UMNO 2013 dengan perlembagaan baru ini, ia mampu mematangkan ahli akar umbi bagi merealisasikan harapan anak muda untuk melihat proses transformasi berlaku  dalam UMNO.

Arios..!


YY : "Kalau hendak memilih kain. Pilih kain bertapak catur. Kalau hendak memilih pemimpin. Pilihlah pemimpin berakhlak jujur"

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-