Memetik artikel yang disiarkan melalui blog The Bebalians yang mendakwa wujud amalan diskriminasi dalam Putrajaya Holdings Sdn. Bhd (PJH) - pemaju kepada Putrajaya.
Selain penyingkiran kakitangan lama PJH sebaik sahaja kemasukkan pemegang-pemegang saham baru dari KLCC ke dalam PJH, kes terbaru pula melibatkan diskriminasi amalan kontrak bagi pembangunan kawasan komersial yang bernilai RM1.6 billion iaitu Parcel F.
Penyelewengan yang berlaku di dalam PJH dikatakan melibatkan Azlan Abdul Karim iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi PJH. Azlan dikatakan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dalam PJH bagi mengawal serta memastikan projek pembangunan Parcel F diberikan kepada syarikat yang dipilihnya.
dari blog The Bebalians :
Nilai pembangunan yang dirancang untuk Parcel F adalah RM1.6 bilion. Parcel F telah dibahagikan kepada empat seksyen yang membolehkan setiap pemaju memperolehi RM400 juta setiap seksyen. Lapan syarikat telah terbabit dalam tender.
Proses pemilihan dijalankan secara merit. Bermakna, tidak ada isu langsung membabitkan empat syarikat Melayu dan empat syarikat bukan Melayu.Empat Seksyen dan lapan syarikat terlibat. Secara teorinya, empat daripada lapan syarikat berkenaan akan diberikan tender membina Parcel F.Ada tiga syarikat Melayu yang cukup syarat kewangan termasuklah teknikal. Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat berkenaan telah ditolak dengan arahan daripada CEO PJH, Azlan Abdul Karim.
Biarpun terdapat klausa yang menghalang perbuatan melobi projek, tetapi Azlan Abdul Karim lebih bijak menggunakan kuasa dan kedudukannya bagi memastikan projek pembangunan Parcel F diserahkan kepada syarikat-syarikat yang dipilihnya.Tiga syarikat terakhir yang lambat menghantar borang tender adalah SUNCON, WCT Berhad dan MITRAJAYA. Azlan Abdul Karim telah keluarkan arahan supaya ketiga-tiga syarikat diberikan keutamaan kerana ketiga-tiga syarikat itu milik Cina.SUNCON atau Sunway Construction adalah penerima sebenar kerja-kerja pembangunan Parcel F bagi pihak Persona Metro (Pesona).
Pesona merupakan syarikat yang dicipta oleh SUNCON bagi mendapatkan projek-projek kerajaan atas keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
Operasi utama Pesona adalah dapatkan projek dan diserahkan kepada SUNCON. Pesona hanya mengambil upah dan komisyen daripada kerja-kerja SUNCON
Baca seterusnya...
Apa tunggu SPRM kan ado?
ReplyDeleteSekarang suncon dah dapat untuk projek parcel f. Dah start keje dah even x handover lagi daripada previous kontraktor Suhati. Huhu
ReplyDeleteSudah kena.
ReplyDeleteDouble y.
You terorlah.
Manyak dashyat.
Akhirnya tewas jugak mangkok ayun ni
ReplyDelete