Saturday, June 22, 2013

[VIDEO] : Tak Dapat Pukul Polis, DBKL Jadi Mangsa - Identiti Perusuh #BlackOut505 Pukul Anggota DBKL Didedahkan!



Sudah berapa kali perhimpunan yang dikatakan aman berakhir dengan kekecohan?

Bersih 1, Bersih 2, Bersih 3 & Bersih 4 - Rekod menunjukkan berakhir dengan kekecohan, provokasi, pergaduhan malah ketika Bersih 3 anggota polis diperlakukan umpama binatang, dipukul dibaling batu, disepak dan diterajang oleh pengikut pembangkang seolah-olah negara tiada undang-undang!

Negara koboi...!

Ironinya di sebalik segala kekalutan, penipuan, pembohongan yang dibuat pembangkang sehingga ke hari ini kita belum melihat ada peserta yang dipenjara, didenda atau dihadapkan ke mahkamah.

Yang ada hanyalah pemimpin pembangkang, itu pun pihak berkuasa dilihat teragak-agak untuk membuat tangkapan.

Maka disebabkan kegagalan pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas ke atas peserta yang membawa kanak-kanak kecil, yang melakukan kekasaran fizikal ke atas anggota penguatkuasa mereka dilihat tidak lagi takut dengan undang-undang.

Imbas semula memori tahun lalu, aksi beruk ketika Bersih 3.0 - lihat bagaimana mereka memperlakukan anggota polis -  mujur beliau mampu berlari untuk mendapatkan bantuan walaupun kepalanya berlumuran darah!



Sudah dipenjarakan ke belum beruk yang memecahkan kepala anggota PDRM ketika Bersih 3.0?

Tapi ini semua belum cukup untuk membuka mata menteri, pihak berkuasa, peguam negara untuk menghalang perhimpunan seumpama ini dibuat oleh pembangkang.

Pemimpin kita akur dan tunduk dengan kehendak pembangkang, sekaligus menafikan hak majoriti rakyat Malaysia yang memberikan mereka mandat untuk mentadbir negara selama 5 tahun akan datang!

Hari ini mereka tidak dapat mengasari anggota polis - anggota DBKL pula ditolak, dipukul di kepala oleh pengikut pembangkang!

Apakah pegawai yang menjalankan tugas mereka ini binatang, tiada keluarga, tiada isteri?

Tidakkah beruk-beruk ini fikir apa perasaan kaum keluarga anggota terbabit apabila melihat ahli keluarganya diperlakukan persis binatang?

Jelas penganjur gagal mengawal perangai pengikut mereka sebagaimana dinyatakan dalam Akta Perhimpunan Aman...

Pemuda berkaca mata meluru dari belakang anggota DBKL lalu 
 memukul kepala menggunakan kadbod.

Kenalkah anda wajah ini?


Kini rakyat menunggu tindakan menteri, pdrm dan peguam negara!

Jika Hishammuddin digelar Menteri Amaran, apa pula 'name calling' untuk DS Zahid Hamidi nanti?


YY : Teringat ayat, tiada lagi amaran tindakan akan dikenakan - KDN punya taring dan kuku mana sudah kena potong kaaa..?

5 comments:

  1. Polis tangkap, Ghani taknak dakwa tak guna jua. Kena tukar Ghani baru ok.

    ReplyDelete
  2. Peguam Negara yang perlu ditendang keluar bukan salahkan PDRM. Ini yang perlu dibayar kerana ketiadaan ISA untuk menuju negara maju 2020.

    ReplyDelete
  3. Satu kesilapan yang sangat besar apabila kerajaan memansuhkan ISA. Sekarang rakyat tak rasa hidup aman damai separti dahulu kerana, tanpa ISA, manusia durjana sudah semakin berani memporakperandakan negara.

    ReplyDelete
  4. dah ramai mati dalam tahanan kerana hukum islam cara umno

    ReplyDelete
  5. ANONYMIMOUS 1230 24JUNE

    HUKUM ISLAM NEGERI MENGAKU SERAMBI MEKAH PULA..MASIH ADA LAGI PELACURAN DAN SEKS BEBAS...

    RAMAI? SILA KELUARKAN BUKTI RAMAI TU?

    -smh-

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-