Saturday, June 22, 2013

Pengikut #BlackOut505 Selamba Berarak dan Berhimpun, Elok Mansuhkan Saja Akta Perhimpunan Aman!

Puduraya
Sahabat bloggers yang berada di sekitar ibu kota mengirimkan beberapa keping foto situasi terkini dari Puduraya dan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Melihat kelakuan peserta himpunan 'aman' anjuran pembangkang ini, saya tidak tahu sudah berapa ratus kali pembangkang 'meliwat' dan melanggar Akta Perhimpunan Aman.


Akta Perhimpunan Aman menyebut himpunan boleh diadakan di satu tempat tidak melibatkan perarakakan.

Tapi hari ini pengikut pembangkang berkumpul di tujuh lokasi berbeza dan berarak menuju ke Padang Merbok.

It's OK! atas nama 'AMAN' pihak berkuasa tengok saja...

Akta Perhimpunan Aman menyatakan menjadi satu kesalahan membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan berbentuk protes jalanraya (berarak).

It's OK! atas nama 'AMAN' budak kecil diheret pun tak apa...

Beli baju dulu..
Sogo
Jalan Raja Laut
Dalam BERSIH3.0 berapa ramai penyokong yang membawa kanak-kanak dihadapkan ke mahkamah?

Pak Menteri hanya tahu gubal undang-undang tapi tidak guna pakai undang-undang yang mereka sendiri persetujui kerana 'takut' tekanan pembangkang...

Tahan kepala-kepala saja tidak cukup, sebaliknya pengikut mereka perlu ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, barulah rakyat hormat dengan undang-undang!

Teringkat aku masa BERSIH - mereka yang ditahan dirakam keterangan, dijamu nasi briyani dan dihantar pulang dengan bas berhawa dingin...

Kahkahkahkah!




Ehsan foto : Blogger APA, Sangkakala & pemain twitter tegar Zapa

1 comment:

  1. Tak habis-habis berhimpun aman yang tak berapa nak aman. Dah le cuaca jerebu - duduk kat rumah makan ice cream corneto lagi best.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-