Tuesday, June 25, 2013

#HanyadiKedah : Pemimpin UMNO Buta Perut - Bloggers Kedah Jangan Terus Jadi Bengong!


Saya masih ingat ketika mula-mula saya berkomunikasi dengan McTheory penulis blog kedahkekl.blogspot.com, pada masa itu saya mempelawa beliau menyertai UMB tetapi ditolak kerana UMB pada waktu itu lembik.

Boleh dikatakan sombong nak mampos di McTheory pada waktu itu, eksyen nak mampos!

Tapi berkat kesabaran gua menerangkan peranan UMB, akhirnya dia bersetuju menyertai UMB kerana pada masa itu UMNO Kedah yang dipengerusikan oleh Ahmad Badshah hanya membantu bloggers yang tidak berpusat di negeri tersebut.

Dia yang berada di Kedah tidak dipandang langsung walaupun berblogging siang malam untuk UMNO Kedah. Walaupun tidak dibantu, dia tetap mempertahankan pemimpin UMNO negeri tanpa mengkritik, menghentam melalui laman blognya.

Boleh dikatakan McTheory setia nak mampos dengan pemimpin UMNO Kedah...

Setelah beberapa bulan menyertai UMB dia berjaya menubuhkan Team Media Kedah (TMK) dan hasilnya pendedahan demi pendedahan berjaya dilakukan.

Akhirnya hasil pendedahan dan strategi TMK membuatkan BN berjaya merampas semula Kedah selepas sepenggal jatuh ke tangan PAS.

Berbeza dengan bloggers yang dibiayai oleh Ahmad Bashah, walaupun dibiayai oleh UMNO Kedah artikel dan hasil di laman blognya hanya fokus kepada isu nasional tanpa pendedahan eksklusif berkaitan negeri Kedah.

Kalau ada artikel berkaitan pendedahan dan penyelewengan PAS Kedah pun ia diambil dari blog geng TMK.

Selepas PRU13 saya tertanya-tanya apakah pemimpin UMNO negeri menghargai peranan pasukan bloggers TMK yang diketuai oleh McTheory di atas banyak gerak kerja dan strategi menyerang PAS Kedah sebelum PRU13 sehingga membuatkan exco-exco kerajaan negeri yang diketuai oleh PAS ketika itu 'panas punggung'?

Baru-baru ini dengarnya khidmat McTheory digunakan lagi untuk program live streaming ceramah agama yang dianjurkan oleh Menteri Besar Kedah yang baru Mukhriz Mahathir.

Ingatkan pasukan TMK dibawah McTheory sudah menjadi pasukan khas media Pejabat Menteri Besar, tapi rupa-rupanya McTheory hanya diperkudakan sahaja.

Tu..dia HANYA DI KEDAH beb! hahaha!
Hahaha!

Pertama peranan lu dalam membantu UMNO Kedah ketika PRU13 besar, sekarang mereka panggil dan guna lagi khidmat lu tapi untuk wujudkan 'live streaming' ceramah agama tapi apa lu dapat bro...?

Lu hanya digeli-gelikan oleh pemimpin UMNO Negeri dengan ucapan terima kasih, "saya nampak peranan bloggers Kedah bla bla bla..."

Maaf cakap...

McTheory lu memang bengong!

Pemimpin UMNO termasuk exco baru buta perut, dia tak nampak peranan lu yang sebenar. Buat apa nak terus berblogging membantu mempromosikan pemimpin UMNO sedangkan mereka tidak pernah menyumbang atau membantu lu dengan kawan-kawan lu?

Kalau benar dia nampak sumbangan lu membantu UMNO Kedah, sudah lama dia membantu lu dengan kawan-kawan TMK la bro!

Pemimpin UMNO Kedah, tidoq lagi kaaa, BN menang Kedah Senang tapi bloggers tak senang-senang...


sudah-sudahlah jadi bengong tu McTheory...!

Lu nak maki gua sebab gua cakap lu bengong?

Lu marah blogger Sangkakala sebab gua petik dari blog dia [sini]...haha!

Wake Up McTheory, jangan jadi bengong!



5 comments:

  1. Elok la sama-sama hampa bertekak,,Tok Det dok steady aja nak jolok anak dia ke Pusat ,,next PM

    ReplyDelete
  2. Kami telah highlightkan benda ni kepada Pihak UMNO negeri, tapi apakan daya blogger-blogger hebat dari HQ lebih dipercayai.

    MB baru tiada kuasa selagi belum jadi Pengerusi. Sekarang ini basyah yg control.

    Dulu KedahTimes serang blogger hebat KL ni, mereka terus diam. Flyingkick pengurus Kedahan69ers menuduh blogger Kedah sebagai jurassic.

    ReplyDelete
  3. Kami tau sapa mereka ini. Dulu menuduh blogger kedah sebagai jurassic. Demi utk mendapatkan kontrak dgn Bashah.

    MB baru tiada kuasa ke atas UMNO kedah. Yg berkuasa ialah pengerusi. Jadi semua keputusan adalah dibawah Bashah.

    KedahTimes kenal Mc dan team dia, cadangan KT utk letakkan mereka ini di bawah UMNO negeri ditolah basah & geng mentah2.

    So apa nak dikata.

    ReplyDelete
  4. Apabila otai mcm Kedah Times setuju dgn apa sy katakan bermakna mmg benarlah pemimpin Umno Kedah tk boleh tau menilai peranan Mc dan TMK.

    ReplyDelete
  5. Tok Kenari pun kesian & simpati dgn Mc & geng TMK.. semoga depa teruskan usaha & perjuangan.. pemimpin BN Kedah pun tolong la mereka ni sama..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-