Gambar di atas sekumpulan anak muda berbangsa cina yang menunjukkan isyarat 'TAK BAGUS' di samping Jalur Gemilang, mesej yang cuba disampaikan mereka adalah Malaysia sebuah negara yang tidak bagus atau tidak adil.
Ramai maki, balun, keji, hamun tindakan 20 orang anak muda yang sengaja mahu memprovokasi dan melaga-lagakan kita. Akhirnya hari ini ada blogger ditahan kerana kita dilihat lebih rasis berbanding DAP.
Cina MCA & Gerakan Bersatu Undi DAP?
Benarkah undi ahli MCA juga pergi kepada DAP?
Saya tidak percaya dakwaan ini, kononnya kaum cina bersatu di bawah DAP. Ini kerana berdasarkan kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan di mana kawasan pengundi yang terdiri majoriti cina boleh dikatakan calon BN masih mampu memperolehi undi melebihi 10 ribu undi.
Kecuali kerusi BN di Kepong di mana calon BN berbangsa India hanya memperolehi undi sebanyak 7,530 kerana kawasan tersebut majoriti pengundi adalah kaum cina maka undi kaum cina beralih kepada DAP dan calon bebas (bangsa cina.)
Sebagai contoh saya mengundi calon berbangsa cina kerana saya percayakan perjuangan BN, tetapi tidak anak muda berbangsa cina (non partisan) kerana mereka lebih percayakan DAP berbanding MCA kerana DAP dilihat bparti yang perjuangkan semua kaum.
Kenapa agaknya undi anak muda Cina & India termasuk anak muda Melayu pergi kepada DAP?
Kenapa anak muda tidak yakin dengan PKR malah lebih yakin dengan DAP?
Pertama PKR dipenuhi hipokrasi dan pelbagai masalah moral melibatkan pimpinan mereka tetapi DAP dilihat lebih bersih berbanding PKR dan PAS.
Tidak hairanlah anak muda lebih yakin kepada DAP.
Kedua, saya melihat ia berlaku kerana kejayaan propaganda DAP kononnya, memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia tidak mengira kaum .
Propaganda ini telah berjaya mempengaruhi pemikiran majoriti golongan muda anak Malaysia.
Pengundi muda melihat perjuangan parti politik DAP lebih rasional untuk seluruh rakyat Malaysia, kerana sebagai anak Malaysia bagi setiap individu mereka dapat hak sama rata tanpa mengira apa bangsa mereka.
Justeru itu kenapa tidak mereka mengundi DAP?
Bagi mereka pergi jahanam dengan Perlembagaan, boleh jalanlah ketuanan Melayu, kita zaman moden, siapa rajin dia kaya, siapa pandai mereka layak masuk Universiti tidak kiralah apa bangsa mereka.
Berapa ramai sangat anak muda hari ini baca dan fahami sejarah serta Perlembagaan?
Kita pula sibuk menyalahkan kaum cina termasuk rakan dari MCA dan MIC. Kita salahkan mereka walhal mereka juga bersengkang mata bersama-sama kita, mereka juga mahukan kemenangan.
Gara-gara termakan propaganda Red Bra Cyber Army - blogger Melayu, ahli UMNO dilihat lebih rasis dari DAP sehingga tindakan kita telah menjauhkan lagi hati kaum cina yang bersikap rasional terhadap BN.
Kita claim kita pakar propaganda, pakar cyberwar, pakar perang psikologi - tapi hakikatnya kita telah termakan propaganda DAP kerana dua keping gambar provokasi yang sengaja dihantar untuk melaga-lagakan dan memecahkan kerjasama di antara UMNO, MCA dan MIC.
Kenapa tidak kita share status rakan kita Tim Ho yang kini di luar negara?
DAP telah berjaya mempengaruhi anak muda kononnya mereka perjuangkan semua kaum. Kini DAP berjaya bermain dengan emosi kita, sekaligus kita lebih suka menulis status bersifat hasutan yang mana, mata-mata anak muda bangsa lain melihat kita sememangnya rasis.
Kita gagal tunjukkan kerjasama dan semangat yang ada dalam BN kepada anak muda hari ini, mana pergi semangat kerjasama kita di BNYCT?
Tahniah Red Bra Cyber Army...
Kerana telah berjaya membuatkan bloggers UMNO menyalahkan rakan di MCA...
Rakan MCA menyalahkan rakan di Gerakan....
Rakan MIC menyalahkan rakan-rakan di PPP...
Tranformasikah kita?
diorang marah kejap jer tu, nnt sejuk la... aku pun dh sejuk ni, biasala melayu, kejap jer panas... :)
ReplyDelete