Monday, May 13, 2013

PAS - UMNO Bersatu - Dilema Melayu Kita...

"PAS tidak mungkin bersatu dengan UMNO" itulah kata Setiausaha Agung PAS Mustapha Ali atau lebih dikenali sebagai 'Stopa Spender' selepas single terbaru beliau berjudul 'Baby' hangat tersebar di laman-laman internet. 

Populariti yang diraih Stopa Spender bersama 'Baby' turut melariskan jualan-jualan spender di seluruh negara.


Selepas keputusan PRU13 yang memperlihatkan penguasaan DAP terhadap undi kaum cina tempoh hari, ramai pihak mendesak agar dua parti melayu iaitu PAS dan UMNO bergabung bagi survival bangsa dan agama.

Bila mendengar cadangan yang disuarakan pihak-pihak yang bimbang dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu ia mengingatkan kita mengenai 'kerajaan perpaduan' yang timbul sebaik selepas PRU 2008.

Keletung-keletang kompang berbunyi agar kerajaan perpaduan ditubuhkan demi kebaikan Islam dan Melayu. Jika dulu yang mencadangkan 'kerajaan perpaduan' ialah Hadi Awang sendiri kerana melihat ketidaktentuan dalam PR.

Kini sejarah selepas PRU12 berulang dalam PRU13, melihat DAP berjaya menguasai dan menyatukan undi kaum cina. Maka cadangan agar PAS dan UMNO bergabung muncul semula. Tetapi sejauh manakah keikhlasan yang ada dalam diri pimpinan PAS?

Sejauh manakah kesungguhan untuk pemimpin politik melihat dua parti ini bersatu?

Boleh dikatakan tiada kesungguhan, pendek kata cadangan penyatuan dua parti ini hanya bersifat sementara. 

Kerana sikap pimpinan PAS lebih gemar menegakkan kepala takuk yang basah!

Cadangan yang tidak diusahakan secara berterusan, kejap timbul kejap tenggelam.

Jadi tak payahlah buang masa cadang dua parti ini bergabung jika ia tidak disusuli dengan usaha berterusan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah pemimpin-pemimpin politik Melayu!

Ulang siar Rencana tahun 2011 oleh Prof. Ahmad Atory Hussain dari USM : 
URA-URA untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan UMNO sebenarnya dimulakan sebaik-baik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang menunjukkan Barisan Nasional (BN)/UMNO menghadapi kemerosotan kuasa yang mana lima buah negeri (Perak, Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang) dikuasai parti pembangkang. 
Daripada 222 kerusi Parlimen, BN hanya memperoleh 140 kerusi yang buat kali pertama dalam sejarah, BN tidak mendapat dua pertiga kerusi Parlimen. 
Bahawa persepsi politik orang Melayu dan UMNO khususnya terhadap kerajaan pakatan pembangkang bukanlah berorientasikan kemelayuan dan keislaman lagi! 
Yang ada di benak hati kebanyakan orang Melayu (kecuali segelintir ialah kerajaan pakatan pembangkang adalah ditunjangi oleh DAP (Cina) di sebalik bertopengkan Pas (Melayu) dan PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) .
Ini yang menjadi masalah politik Melayu kini! Maka usaha hendak mewujudkan kerajaan perpaduan seperti pada era tahun tujuh puluhan dahulu telah pun diuar-uarkan oleh banyak pihak. 
Tetapi, usaha itu menemui jalan buntu. Difahamkan "tidak ada azam politik" yang kuat" untuk mengadakan rundingan di antara kedua belah pihak. Mengikut catatan penulis, pada mulanya, dikatakan UMNO dan Pas ada membuat beberapa usaha bermukabalah dan bermuzakarah ke arah kerjasama dan perpaduan kedua-dua parti Melayu itu. 
Pas mahu menggunakan istilah "mukabalah" yang tidak menekankan penggabungan/perkongsian kuasa tetapi lebih kepada mencari formula untuk kerjasama politik yang lebih bermoral dan menjaga kepentingan Islam dan Melayu. 
Dikatakan UMNO dan Pas memberi respons kepada tekanan orang Melayu (melalui beberapa NGO Melayu seperti konvensyen Melayu di Johor dan di Perak sebelum itu) agar wakil-wakil rakyat UMNO dan Pas termasuk PKR juga mesti mempunyai wadah mementingkan bangsa, agama dan tanah air daripada mementingkan kuasa, kedudukan, pangkat dan darjat dalam parti masing-masing. 
Maka pada Julai 2008 itulah juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam diam-diam menjalankan usaha mencari ruang berunding dengan pemimpin Pas bagi mencari jalan penyelesaian masalah perpaduan orang Melayu dan akhirnya telah membuat pengakuan yang beliau ada membuat pertemuan dengan pemimpin Pas untuk bermuzakarah. 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga memperakuinya. Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut lantas mencadangkan agar Pas dan UMNO dibubarkan sahaja dan menubuhkan sebuah parti yang mewakili keseluruhan orang Melayu. 
Maka heboh akhbar-akhbar tempatan menyiarkan pandangan pro dan kontra. 
Yang ramai sekali ialah mereka yang pro daripada kalangan pembaca dan orang Melayu. DAP melalui kenyataan Karpal Singh nampaknya menentang cadangan Pas bermuzakarah dengan UMNO. Sementara itu, pemimpin MCA berpendirian sederhana, asalkan tidak menyentuh Perlembagaan Malaysia. 
Bagi yang tidak faham dan tidak ingat sejarah kerajaan campuran Pas/UMNO 1973-1977 dahulu mungkin berfikiran akan berlaku peristiwa yang sama jika cadangan kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan pada masa ini. 
Ia ditimbulkan oleh sesetengah pemimpin Pas. Pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kaveas menyarankan supaya BN itu sendiri dijadikan sebuah parti menyatukan seluruh kaum di Malaysia. Tetapi cadangan ini kurang popular. 
Begitulah kalau orang Melayu sekarang ini yang penulis gambarkan sebagai berada dalam keadaan "sesat politik". Maka berbagai-bagailah kerenah masing-masing ingin menegakkan benang basah, ada pula ibarat enau ingin melepaskan pucuk masing-masing, tidak ambil pusing dengan keadaan kekalutan politik Melayu sesama Melayu hari ini. 
Dalam politik demokrasi, ada masanya sukar mencari kebenaran, sebab ia melibatkan kepentingan ahli-ahli politik terutama di peringkat kepimpinan elit. Ia boleh dicapai dengan ketakwaan, keikhlasan dan keimanan yang tinggi. 
Bolehkah? 
Sebab itu, bagi mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, ia melihat sesuatu isu itu di atas landasan kebenaran tanpa bersandar kepada kepentingan diri dan puak, pangkat, tetapi lebih kepada kepentingan watan, negara. perpaduan ummah Melayu dan Islam. 
Dalam sejarah hubungan politik antara UMNO dan Pas, tidaklah dilihat sebagai tegang selama-lamanya. Ada masa dan ketika kedua-kedua parti berkelahi, bertikam lidah dan tuduh menuduh satu sama lain dan saman-menyaman. Anehnya saman menyaman itu jarang-jarang sampai ke mahkamah pun. 
Hanya tinggal di balai polis sahaja. Sebagaimana air laut, ada pasang-surut hubungan Pas dengan UMNO. Begitulah keadaannya seperti yang diucapkan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak; "dalam politik macam-macam boleh berlaku, dulu kita berlawan, sekarang kita berkawan." (Utusan Malaysia 30 Julai 2008). 
Perjuangan Islam yang dibawa parti itu memang telah wujud melalui penubuhan parti politik pertama Islam iaitu Hisbul Muslimin pada tahun 1947-1948 yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Baqir. Malangnya parti itu dihapuskan oleh British. 
Buat sementara, sesetengah ahlinya menganggotai UMNO. Sebab itu, Pas dikatakan lahir dari rusuk kiri UMNO pada 1952 dahulu apabila Pengerusi Biro Agama UMNO ketika itu, Uztaz Ahmad Fuad keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Islam SeMalaya (Pas) yang bergerak hingga kini. 
Seperti UMNO, Pas turut serta dalam semua PRU yang diadakan sejak 1955 hingga kini. Parti itu pernah menguasai Kelantan pada PRU 1959 hingga 1978, dan 1990 hingga PRU 2008. Pas menguasai Terengganu pada 1959 hingga 1961; menguasai semula negeri itu pada PRU 1999 hingga 2004. 
Pada PRU 2008, Pas berjaya menonjolkan wakilnya menjadi Menteri Besar Perak dari 9 Mac 2008 hingga 4 Februari 2009 atas tiket pakatan pembangkang. Di peringkat Parlimen, Pas mengalami pasang surut. Pada PRU 1955, Pas memenangi satu kerusi (Parlimen Krian); manakala pada PRU 1959, Pas memperoleh 14 kerusi (9 Kelantan, 5 Terengganu); PRU 1964, 9 kerusi (8 Kelantan, 1 Terengganu) , PRU 1969, 12 kerusi (6 Kelantan, 3 Kedah, 2 Terengganu, 1 Perak); pada PRU 1974,14 kerusi (7 Kelantan, 3 Kedah, 3 Terengganu, 1 Perak); pada PRU 1978, 5 kerusi; PRU 1982, 5 kerusi; PRU 1986, satu kerusi; PRU 1990, 7 kerusi; PRU 1995 , 7 kerusi; PRU 1999, 27 kerusi; PRU 2004, 7 kerusi. 
Pada PRU 2008, Pas mempunyai 23 kerusi Parlimen dan 83 buah kerusi Dewan Undangan Negeri untuk seluruh Semenanjung! Manakala sebagai perbandingan dengan rakan parti pembangkang yang lain di mana DAP 28 buah kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN; PKR 31 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN. 
Ternyata bilangan kerusi Parlimen yang banyak sekali diperoleh Pas adalah pada PRU 1999 (27), manakala dalam PRU 1986 merupakan bilangan yang sangat sedikit iaitu hanya satu kerusi sahaja, menyamai bilangan PRU 1955. 
Dengan bermulanya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP, bilangan kerusi Pas menurun daripada 27 kepada 23 sahaja, kemungkinan berkongsi dengan PKR. Sebab itu, nampaknya sejak 1999, Pas lebih selesa berkerjasama dengan DAP dan PKR dari segi memperolehi kerusi sama ada Parlimen atau DUN. 
Jika mengimbau kembali selepas PRU 1969, hubungan Pas - UMNO mula rapat dan tidak lagi menggunakan politik antagonistik antara kedua parti orang Melayu yang sebelum itu ternyata membawa kerugian kepada perpaduan orang Melayu
Akhirnya Tun Abdul Razak telah melebarkan konsep parti Perikatan kepada BN sebaik-baik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri pada 1971 dan pada 1 Januari 1973, Pas menganggotai BN sekali gus menubuhkan kerajaan campuran di peringkat pusat dan negeri. 
Tetapi pada 1977, Pas keluar daripada gabungan BN dan mengisytiharkan "perang politik" dengan UMNO hinggalah ke hari ini! 
Sejarah berulang kembali, BN/UMNO sekali lagi menghadapi kemerosotan undi yang teruk pada PRU 12 lalu dan dilihat undi popular BN hanya sekitar tidak sampai 50 peratus dan kekuatan dan kekuasaan politik Melayu keseluruhannya nampak terhakis. 
Sampai bila orang Melayu dilanda perpecahan kerana perbezaan ideologi politik?  
Seperti yang disebut diawal tulisan ini, di akhir-akhir ini istilah mukabalah dan muzakarah antara Pas dan UMNO sudah tidak kedengaran lagi. 
Gencatan politik nampaknya telah dilanggar, masing-masing mencari haluan sendiri. 
PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN ialah Penganalisis Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia.
Lirik lagu dikir barat Dilema Melayu Kita mungkin sesuai sangat untuk Melayu hari ni :

6 comments:

  1. Ini semua salah Al juburi pengkhianat Melayu.

    ReplyDelete
  2. Pandangan saya, dalam keadaan ini beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
    1) Anjakan paksi perjuangan UMNO drpd Melayu kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
    2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
    3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
    4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
    5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
    6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
    7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini
    Persoalannya beranikah UMNO melakukan perubahan ini?

    ReplyDelete
  3. Selain aljuburi nik aziz jg punca prpecahan melayu.sbb itu sultan kelantan x nak dia jd mb lg.sultan pn dah jemu nmpk muka nik aziz.hipokrit n ego walaupn dah tua.org lain smua salah dia je la yg btul.

    ReplyDelete
  4. PAS + UNIted malay national organisation = putih+ hitam = ¿¡??!!!.PAS, jgn calitkan dgn warna pewaris british@zionist yg agendanya utk melunturkan islam. Sblm merdaka musuh@penjajah bangsa dan warna kulitnya lain, lps merdeka malayu keliru krn musuh @ legasi british ini sama bangsa...terus dgn agendanya menghalalkan riba, arak, judi,zina, rasuah, kerja syirik dan pembunuhan secara terbuka dan terang2an. PAS, kalau bergabund dgn UNIted mno, secara otomatik warna bertukar kelabu..isi kita jelas utk kembali pd islam sunnah waljamaah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mende le kamu mengarut nih..pas adalah sebusuk2 parti yg bertopengkan Islam serta byk mencemar kesucian Islam berbanding umno. Aku pun tak hingin pas bersatu dgn umno. Pas parti sampah dan terdapat ulamak celupar, penipu, riak dsn penzina..juga amalan songsang.nepotisme..kronisme..rasuah..mencuri juga berleluasa...

      Delete
  5. Sebusuk2 Pas busuk lg Umno, dh terdesak nk lemas br nk ajak berbaik, time die kuat dl abis dibulinye c kawan yg sorang tu... Ak harap pas still ddk ngan Pakatan supaya 2 blok politik yang lebih kurang sama kekuatannya ini akan terus wujud demi kebaikan semua rakyat Malaysia.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-