Thursday, May 30, 2013

@MuhyiddinYassin Gagal Pimpin Kementerian Pelajaran - Punca Guru Cenderung Sokong Pembangkang?


90 peratus golongan guru cenderung menyokong pembangkang - kenapa agaknya perkara ini terjadi, walaupun kerajaan dikatakan telah memberi banyak keistimewaan kepada golongan pendidik ini.

Saya tidak terkejut dengan isi kandungan surat 'Gelora Langkawi' - [sini]

Adakah kita akan lontarkan soalan seperti "apa lagi guru mahu?"

"boikot guru sokong pembangkang!"

"Jangan naikkan gaji guru untuk 10 tahun akan datang!"

Biasa inilah yang dilakukan oleh penyokong kerajaan, kita kritik, hentam, balun dan secara tidak langsung tindakan tersebut telah menyebabkan semakin ramai guru menolak untuk menyokong kita.

Hahaha...

Benarkah 90 peratus sokong pembangkang atau 90 peratus ini merupakan 'suara senyap' manakala baki 10 peratus adalah 'hardcore' pembangkang yang kerap mengkritik, menghina, mencerca pimpinan kerajaan di sekolah secara terbuka, lalu menggambarkan seolah-olah majoriti guru bersama pembangkang?

Saya tidak percaya 90 peratus guru bersama pembangkang sebaliknya, saya lebih percaya golongan guru adalah mereka yang terdiri daripada 'suara senyap' - di mana mereka memerhati, menilai akhirnya mereka memilih yang mana terbaik.

Mereka mengkritik kerajaan, tidak bermakna mereka mengundi pembangkang!

Apakah adil untuk menuduh guru yang mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna gagal membuat keputusan yang terbaik demi masa depan negara?

Bagaimana dengan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin - adakah tanggungjawab selaku Menteri Pelajaran dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Adakah dasar 1Malaysia, dasar tranformasi, GTP, ETP dan dasar-dasar lain yang dibuat dan dilancarkan oleh kerajaan benar-benar sampai dan difahami oleh golongan guru sepanjang Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan Menteri Pelajaran?

Hasil pemerhatian berdasarkan tindakan golongan guru kebelakangan ini jelas mereka tidak memahami dasar-dasar kerajaan, mereka juga gagal menyelami dasar 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri. Ini kita berbicara mengenai Kementerian Pelajaran sebelum Kementerian ini digabungkan dengan Pengajian Tinggi.

Jika sebelum Kementerian ini digabungkan dasar-dasar kerajaan gagal sampai dan difahami oleh golongan guru bagaimana selepas penggabungan?

Jika dulu Menteri Pelajaran gagal melaksanakan serta menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada 400 ribu golongan guru dengan berkesan sehingga segelintir guru secara terbuka menghentam kerajaan.

Adakah saudara merasakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menggalas tugas yang sama selepas ia digabungkan dengan Pengajian Tinggi?

Jika dulu kita berbicara soal 400 ribu golongan guru, kini Kementerian tersebut bertanggungjawab bukan sahaja kepada guru tetapi kepada 20 IPTA dan beratus IPTS di seluruh negara.

Nak tengok kegagalan Menteri Pelajaran mudah saja - kita tengok apa jadi kepada program "1 Murid 1 Sukan", "Senam Robik serentak 1Malaysia", "Key In PBS server share 1 Malaysia" (program yang memaksa guru tunggu sehingga jam 2-3 pagi trafik kurang sibuk untuk key in).

Kenapa akur desakan puak kononnya pencinta bahasa sehingga memansuhkan PPSMI?

Berapa ramai ibu bapa dan guru sokong keputusan ini, walhal rata-rata mengatakan murid dan guru mengalami peningkatan dalam penguasaan Bahasa Inggeris sejak ia diperkenalkan?

Cuba turun ke sekolah dan tanya apa jadi dengan program ini?

Guru-guru puas hati ke dengan program yang diperkenalkan?

Macam mana Menteri bertanggungjawab nak turun, jika beliau sibuk pun perlu fokus dengan tugasan selaku Timbalan Perdana Menteri.

Jadi kenapa jawatan sebagai Menteri Pelajaran tidak diberikan kepada pemimpin lain di mana individu tersebut tidak dibebani dengan tugasan lain.

Nak harap Menteri Pelajaran II - Datuk Idris Jusoh?

Saya rasa mungkin sekarang dia sibuk dengan kes saman Rafizi Ramli yang mana sepatutnya menjadi tanggungjawab Pengerusi SPR.

Hahaha...

Lagu untuk cikgu :)




YY : Jangan tanya "apa lagi guru mahu?" cuba tanya apa lagi Muhyiddin mahu, tak cukup dengan TPM saja ke?... :) "

24 comments:

  1. klu menteri dan kpm tanya cikgu yg bengap..maka..jawapan yg bengap akan diberikan...klu bab bahasa inggeris...baik tanye aku...aku blh siap bagi bukti bhw pihak atasan kena tipu bulat2 oleh penasihat yg bengap2

    ReplyDelete
  2. wakakaka apa lagi Muhyiddin mahu? dia mahu tengok Najib jatuh la ....buat-buat tanya pulak puak UMNGOK ni!

    ReplyDelete
  3. Apa Muhyiddin buat sampai pening kepala cikgu dan mak bapak ?

    1. Hapus PPSMI.

    2. Nak bawa masuk guru english daripada India....nanti habis anak2 kita cakap english pelat india yeverydei i feel yeyokay!

    3. Tukar sistem permakahan guna online tapi kemudahan sistem tu tak ada! Internet slow. Sistem sesak dan tak mesra pengguna dll.

    4. Sekolah cina bantuan banyak sangat! Sekolah kebangsaan jauh ketinggalan dari segi kemudahan dibandingkan dengan sekolah cina.

    5. Bawa masuk orang luar yang bukan nak jadi guru mengajar. Hancur pelajar kita nanti.

    6. Program BTN untuk guru dan kakitangan sekolah tak ada. Sebab tu tak ada semangat nak majukan anak bangsa.

    ReplyDelete
  4. ala......macam tak tahu, guru2 ramai orang klatan,apenak heran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul btul btul... Kat selangor je berlambak guru kelate... Blk indi nick najis...

      Delete
  5. BUAT ANON KAT ATAS...NUAR JATUH RCI KES LAHAD DATU...DASAR PENGKHIANAT NEGARA...HOTAK HANG

    ReplyDelete
  6. Ramai guru melayu ( yg cina x pyh ckp lah ) yg sya kenal sukakan pembangkang. Cuba lah buat random survey. Ini merupakan perkembangan yg merbahaya kerana gurulah contact point pertama generasi muda mengenal pembelajaran. Kalau cikgu mrk pro pembangkang, mrk juga akan mengikut hala tuju yg sama. Oleh itu kerajaan / kem. Pendidikan must do something. Dont take just brush off gelora langkawi. There's definetely some truth in what he has highlighted.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree. Cuma saya xnk letak persepsi majoriti guru bersama PR, wpun kecenderungan guru ke arah sana meningkat. 5 daripada guru yg ditanya 3 akan jwb dia sokong PR. ;)

      Delete
  7. Saya n ramai kwn2 saya adalah. Kami sentiasa menyokong krjaan. Sgala facilities disediakan oleh krjaan d sekolah. Yg terpengaruh dgn pembangkqng pun ada tpi majoriti masih bersama krjaan. Rezeki Allah beri dgn mendidik anak bangsa. Please jgn ingat kami mcm pr. We have our pride to be the Malaysian educators

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cikgu Anon 12:11am. Sbb tu kita suka kata cikgu ni 'suara senyap' ;)

      Delete
  8. Walaupun banyak tugas, kami tetap komited. Ramai warga guru sokong krjn tpi kami bkan mcm pr yg suka bising tp kerja krn trpaksa. Saya dh prgi BTN slama sminggu. Nw dah 24 thn mengjar. Mungkin Guru yg baru kluar perlu diberi penekanan tentang peranan guru dan perlunya mendidik pelajar menghormati dan menyayangi negara.

    ReplyDelete
  9. Setuju dgn kenyataan cikgu kt atas (12:50AM),

    Rata2 yg merungut adalah yg baru2 jadi cikgu. Yg menganggap bidang kerjaya sekadar kerja. Jiwa mendidik tak ada. Selain itu mmg diakui banyak dasar kerajaan diubah setiap kali bertukar Menteri.

    Dasar yang bagus dimansuhkan diperkenalkan dasar yg menyusahkan tanpa bertanya majoriti guru2. Dasar yg bagus diubah akibat tekanan politik.

    Bukti guru tak faham dasar kerajaan spt 1Malaysia jelas apabila kita melihat kes guru berbangsa cina di Gelang Patah yg secara terbuka mengeluarkan kenyataan rasis malah terdapat juga kes guru berbangsa Melayu terpengaruh sehingga turut mengeluarkan kenyataan rasis di laman sosial mereka.

    ReplyDelete
  10. Kursus BTN perlu dilaksanakan untuk semua kakitangan awam seperti kursus bina insan yang dilaksana Anwar Ibrahim dlm tahun 80an

    ReplyDelete
  11. SOALAN : SIAPA BAYAR YUSERIYUSOF

    ReplyDelete
  12. Tak semestinya kritik itu sebab dibayar. Kalau dibayar semua jawatan Muhyiddin sy pertikai dan persalahkan. Org bercakap dari skop Kementerian Pelajaran yg kini jadi lebih besar. Dgn kesibukkan tugas TPM mampukah TPM fokus kpd pembangunan Pendidikan.

    RTM : SIAPA BAYAR UNTUK TANYA MCM NI? ;)

    ReplyDelete
  13. Pelan Pembangunan Pendidikan telah menafikan peluang untuk Penolong Kanan jadi Pengetua atau Guru Besar,kena ada kursus khas(NPQL), bayangkan Penolong Kanan yang sudah berumur lebih 50 tahun telah berkhidmat lebih 25 tahun yang telah bertungkus lumus melaksanakan dasar KPM kini dinafikan hak untuk naik pangkat. Orang nombor 2 disekolah telah diabaikan oleh KPM, tak hairanlah BN kalah.

    ReplyDelete
  14. Salah satu yg saya marah sgt kenapa dimansuhkan kursus selama sebulan jd dua minggu untuk guru gred dg 44 ke atas? Byk drpd penjawat awam tidak faham dasar kerajaan dan lebih kepada persepsi.
    Ini cara yg jauh lebih profesional berbanding panggil guru ramai2 untuk menghadiri acara pemimpin politik. Saya mmg tidak suka pd guru yang pro pembangkang. Seolah2 tiada suatu kebajikan pun yang mereka perolehi daripada kerajaan.

    ReplyDelete
  15. Saya hormat kepada semua cikgu dimalaysia ni termasuk cikgu tadika, kerana mengajar anak2 kami ilmu dunia dan akhirat. Mengapa ada cikgu yang pro pembangkang, susah sangat ke kerja cikgu ni? Saya yang kerja swasta tak nampak kerajaan zalim atau mendera cikgu2 dimalaysia ni. Mungkin ada tambahan kerja, tetapi saya perhatikan cikgu selalu dapat keistimewaan dari kerajaan. Saya yang kerja swasta jadi barua cina kadang ada bonus kadang tak ada. Mujurlah gaji ada masuk walaupun lambat sikit. Nak jadi cikgu orang tua dulu tak mampu tanggung belajar, bukan macam sekarang dah dapat belajar tunjuk perasaan pulak sebab ptptn. Sepatutnya cikgu sokong kerajaan sebab dia majikan. Ajar anak2 bangsa sampai pandai tekankan kepada mereka bahasa inggeris yang amat diperlukan zaman sekarang ni. Cukuplah melayu sekarang ni dah kena main oleh bangsa sendiri, bangsa kafir dan yahudi. Sedar ler cikgu tony phua cakap kalau menang saiz kaki tangan kerajaan akan dikurangkan.

    ReplyDelete
  16. Dasar yang telah di perkenalkan oleh Muhyidin..telah banyak menyusahkan guru2.Bebanan kerja guru teramat banyak...Dasar KSSr yang di perkenalkan oleh kementerian pelajaran..adalah dasar Muhyidin. KSSR banyak menyusahkan cikgu2.Ramai cikgu2 memberontak ayas Kurikulum baru ni.Kenapa KBSR di hapuskan sedangkan sudah terbukti amat berkesan dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti.Masa aku bersekolah...aku belajar dalam KLSR...selpas itu..di Tukar ke KBSR..Bermulanya aku menjadi gguru...bermula dengan KBSR...tetapi selepas Muhyidin menjadi menteri pelajaran..maka dasar KBSR...di hapuskan dan memperkenalkan kurikulum baru KSSR. bebanan guru semakin banyak sehingga tak terhingga nak dikatakan...Di sebabkan dasar KSSR lah rami guru memberontak...itulah JAWAPAN sebenarnya....

    ReplyDelete
  17. Pertukaran Kurikulum dari KBSR ke KSSR..menyebabkan guru2 memberontak KSSR di perkenalkan oleh Muhyidin untuk menghilanggkan pengaruh Anuar Ibrahim yang memperkenalkan KBSR...KSSR telah menyebabkan ramai guru dah mental dengan bebanan kerja terlampau berat...Itulah puncanya...

    ReplyDelete
  18. Segala komen-komen yang dihantar oleh bro/sis cikgu-cikgu di atas, sangat2 dihargai... :)

    ReplyDelete
  19. Ada kajian ke ttg bilangan guru yg pro pembangkang atau kerajaan. ...yg pasti guru yg pro pembangkang ni lancang mulut..yg pro kerajaan pulak cam takde mulut....jadi suara yg hentam kerajaan louder than yg sokong

    ReplyDelete
  20. Gaji tak cukup lumayan ke ? tugas & tanggungjawab kena pikul, thats what ur paid for, memang semua tak jd gb / pengetua, tp sampai masa gred naik ?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-